CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 2 Tahun Lima Bulan Terlantar Akibat Dipukul Suami, Keluarga Tunggu Keadilan Untuk Jahidah

27-12-2023 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14320| Komen: 37

Description: Seremban: "Kami sekeluarga berharap kakak mendapat keadilan sepenuhnya di atas penderitaan yang ditanggung selama dua tahun lima bulan," kata Fauziah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 45, yang juga ...
Seremban: "Kami sekeluarga berharap kakak mendapat keadilan sepenuhnya di atas penderitaan yang ditanggung selama dua tahun lima bulan," kata Fauziah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 45, yang juga mangsa keganasan rumah tangga.


Fauziah, 41, berkata, Mahkamah Sesyen Johor Bahru dijangka membuat keputusan terhadap suami Jahidah atas dakwaan memukul kakak sulungnya itu, 17 Januari depan.

Foto: Harian Metro

"Saya sudah dimaklumkan oleh pihak mahkamah di Johor Bahru mengenai tarikh keputusan terhadap lelaki yang didakwa memukul kakak akan dibuat pada tarikh itu.

"Kami sekeluarga termasuk bapa dari Sabah berhasrat untuk hadir ke mahkamah pada hari itu kerana ingin mendengar sendiri keputusan berkenaan.

"Kami berharap keputusan itu nanti akan memberi keadilan kepada kakak saya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengenai kemungkinan akan membawa Jahidah ke Johor Bahru pada hari berkenaan, Fauziah berkata, perkara itu belum diputuskan lagi tetapi dijangka tidak akan berlaku.


Menurutnya, tiada perubahan ketara berlaku daripada segi fizikal kakaknya itu sejak dilaporkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

"Dia masih seperti dulu, hanya terlantar di katil dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.

"Walaupun matanya terbuka tetapi keadaan mata kelihatan sedikit juling selain makanan utama adalah susu khas.

"Anaknya, Eshan Nufail sudah berusia dua tahun pada 13 November lalu.

"Dia aktif walaupun tumbesarannya kelihatan sedikit perlahan apabila berat anggota badannya ketika ini hanya 7.7 kilogram.

"Namun saya gembira kerana dia membesar dengan baik tanpa ada masalah walaupun masih belum berpeluang berkomunikasi dengan ibunya," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Jahidah yang hamil ketika itu parah selepas dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Johor Bahru pada 4 Mei 2021.

Kakitangan sebuah jabatan kerajaan itu kemudian dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Kes Jahidah yang menggemparkan negara itu menarik perhatian pelbagai pihak termasuk masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan apabila wanita berkenaan dilaporkan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain retak rahang, tulang belakang dan rusuk.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 27-12-2023 04:28 PM
Kesiannya la.. dia dpt tgk je anak dia ya xleh nak belai².
Quote black_handbag 27-12-2023 04:41 PM
dah besar dah anak dia.. 2 tahun dah umur. besar pengorbanan kakak dia sanggup menjaga mangsa. tak semua adik beradik sanggup menolong saat2 terlantar macam ni
Quote Carcosa 27-12-2023 08:37 PM
Lamaaanyelahhh case kakak ni... Kesian la.
Kerana kes kakak ni lah, meols ada terasa sedikit hidup ni amatlah tidak adil.
Kenapa si jantan sial tu selamat hidup segar bugar?? Kenapa? Bukankah jantan tu setan iblis yg patut mampos Dilanggar lori lapan tayar??
Quote JunkMail 27-12-2023 08:40 PM
black_handbag replied at 27-12-2023 04:41 PM
dah besar dah anak dia.. 2 tahun dah umur. besar pengorbanan kakak dia sanggup menjaga mangsa. tak s ...

Adik dia lah.. umur 41 tahun.

Anyway laki musibat dia tu sedap sedap main tiktok dah berbini baru katanya. Ke bini pertama dia.. ntah aku pun lupa. Jantan musibat ni ramai enabler keliling dia tak kenal erti insaf pun.
Quote amyza 27-12-2023 09:25 PM
Lama betul masih belum ada keadilan utk jahidah & family. Laki hanat tu aman² kawen lain membiak lagi dah kot
Quote white_musk 27-12-2023 09:33 PM
mungkin lelaki tu sudah insaf dan nak mulakan hidup baru...
Quote cmf_almondpecan 27-12-2023 10:13 PM
white_musk replied at 27-12-2023 09:33 PM
mungkin lelaki tu sudah insaf dan nak mulakan hidup baru...

Kalaupun dah insaf masih perlu dihukum untuk kesalahan yang dah berlaku.
Quote anggeriklatifah 27-12-2023 10:15 PM
JunkMail replied at 27-12-2023 08:40 PM
Adik dia lah.. umur 41 tahun.

Anyway laki musibat dia tu sedap sedap main tiktok dah berbini bar ...

Jantan musibat tu siap buat tiktok deco rumah..lepas tu leh lagi convoiiii dgn geng2 moto..
Katanyaa jahidah ni bini no 3 pejawat awam..bini2 yg lain pon penjawat awam..sedangkan jantan ni tak kerja ponn..meniaga biasa2 je..kejap niaga kejap tak...

Tapi hairan kes ni takde siapa simpati nak tolong akak nih....ngo2 memg tak nak tolong pon kan ke..adikk nyaa terpaksa hired peguam biro guaman kerajaan punyaa..kes bella tu pon kalau tak sebb lawyer probono dan ngo2 cam mona din tu kes bella diklasifikasikan sebagai NFA...
Takut kes ni pon NFA
Quote anggeriklatifah 27-12-2023 10:15 PM
white_musk replied at 27-12-2023 09:33 PM
mungkin lelaki tu sudah insaf dan nak mulakan hidup baru...

Mulakan idup baru dipenjara dgn sebatan
Quote dani-rox 27-12-2023 10:29 PM
Kesian. Jantan bangkai tu kebal sangat ke, terbang bebas takda tindakan langsung. Kalau undang2 masih ada 'telur' harap si bangkai tuh dihukum seberat2nya.
Quote adizero11 28-12-2023 07:52 AM
laki gampang tu tengah senang lenang duduk kat luar main socmed, kaki betina..kalau jumpa harap bantai jer ramai2..pundek jantan dayus..moga cepat nyawa dia kena tarik.
Quote duri_durians 28-12-2023 09:22 AM
tak sekarang ni apa masalah kes ni?
kenapa lelaki tu aman2 je?
kalau kes rakyat marhaen pun takleh selesai, apa tah lagi kes orang besar?
Quote kelapaparut 28-12-2023 09:27 AM
dani-rox replied at 27-12-2023 10:29 PM
Kesian. Jantan bangkai tu kebal sangat ke, terbang bebas takda tindakan langsung. Kalau undang2 masi ...

kes ni istana xmasuk campur, kalu kes bella tu istana masuk campur nmpk la peguam bkerja sunggoh2.. undang2 malaysia ni mmg xmenyebelahi pompuan xkesahla mahkamah sivil ke syariah ke, menteri lantikan madanon pun buat derk je, bodohh
Quote kucingitam 28-12-2023 09:38 AM
Carcosa replied at 27-12-2023 08:37 PM
Lamaaanyelahhh case kakak ni... Kesian la.
Kerana kes kakak ni lah, meols ada terasa sedikit hidup n ...

hahah nanti betul2 dilanggar, merempan pula bapanya..apa salah anak saya..anak saya cuma pukul bini je.. tak perlu dilanggar hingga mati..
Quote Amelyn22 28-12-2023 09:38 AM
kelapaparut replied at 28-12-2023 09:27 AM
kes ni istana xmasuk campur, kalu kes bella tu istana masuk campur nmpk la peguam bkerja sunggoh2. ...

Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat mane?
Quote cik_ingeniare 28-12-2023 09:55 AM
kesiannya.. tak settle lagi kes dia ni.. anak dia pun dah besar
Quote Nurul8001 28-12-2023 10:03 AM
Kan ada quote, lebih baik melepaskan seseorang yang bersalah berbanding menghukum org yg tak bersalah.

Saya rasa, suami dia lepas bebas sebab tak cukup bukti nak sabitkan suami dia ni.
Quote Prickford 28-12-2023 10:06 AM
Nurul8001 replied at 28-12-2023 02:03 AM
Kan ada quote, lebih baik melepaskan seseorang yang bersalah berbanding menghukum org yg tak bersala ...

Dengar nya mcm tu la. Tak cukup bukti yg dia memukul Jahidah.

Terbaca komen porumer kat atas, laki ni kemain kawin bnyk, bini semua penjawat awam. Apa yg pompuan2 ni nampak kat laki tu huhu


Quote annehuda 28-12-2023 10:13 AM
anggeriklatifah replied at 27-12-2023 10:15 PM
Jantan musibat tu siap buat tiktok deco rumah..lepas tu leh lagi convoiiii dgn geng2 moto..
Katany ...

Adik dia ada buat page  fb Pukul Isteri Hamil Sampai Koma tapi last aktif 2021 yg lalu. Dlm tu aku baca katenye harta arwah ni dh siap masuk wasiat dh kasi kt laki dia.
1000177807.jpg

Technically takde isu pun kalau laki die nak tuntut harta kalau Jahidah ni meninggal sebab diorang belum bercerai. And jantan tak guna ni pun rasenye tau kot sebab tu dia tak kisah dah pasal Jahidah ni. Mmg psiko sgt laki die

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072722 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top