CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Gemuk Nekad Turunkan Berat Sebab Suami Curang, Dah Berjaya Kurus Terus Ajak Cerai

24-12-2023 03:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12712| Komen: 32

Description: Seorang wanita mendedahkan bahtera rumah tangga yang dibina bersama suami memasuki usia empat tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun musnah disebabkan kecurangan lelaki tersebut. ...
Seorang wanita mendedahkan bahtera rumah tangga yang dibina bersama suami memasuki usia empat tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun musnah disebabkan kecurangan lelaki tersebut.


Dia mengakui saiz tubuhnya yang besar menjadi punca si suami mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain.


“Saya seorang plus size, tinggi 160 sentimeter dan berat 82 kilogram (kg). BMI (indeks jisim badan) memang dah obes tahap satu.

“Suatu hari, suami saya kantoi sembang dengan perempuan lain dekat aplikasi Tinder,” kata wanita itu menerusi satu luahan di laman X.

Bersemuka secara baik, wanita itu meminta diberikan tempoh selama setahun untuk kembali menarik perhatian suaminya dengan menguruskan badan.

Sepanjang tempoh itu, katanya pelbagai usaha yang dilakukan terutama mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pemakanan dan aktiviti senaman.


“Hari ini genap setahun tempoh yang saya minta dengan suami, daripada 22 Disember 2022 hingga 22 Disember 2023. Selama tempoh setahun, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 25kg.

“Saya diet, bersenam, saya sertai kelas zumba. Saya jaga pemakanan. Berat badan saya sekarang 57kg,” ujarnya lagi.


Menyaksikan perubahan yang progresif pada dirinya sendiri, wanita itu kemudian sekali lagi bersemuka dengan suaminya.

Namun, apa yang disuarakan wanita itu sememangnya tidak disangka-sangka.

“Saya cakap ‘Dah genap setahun hari ini. Jomlah pergi pejabat agama, failkan cerai’,” katanya membuat pengakuan.

Menurut wanita itu lagi, hasratnya untuk berpisah ternyata mengejutkan suaminya yang kemudian merayu untuk membatalkan niatnya itu.

“Suami saya melutut merayu menangis tak nak (cerai). Dia kata ‘You yang paling cantik di mata I’. Tergelak saya.

“Jujurnya, saya dah tawar hati sebab sebelum ni memang macam-macam hal dia dah buat. Doakan saya kuat,” katanya yang nekad mahu berpisah dengan suaminya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan mempertikaikan keputusan wanita itu, malah menganggap tindakannya sebagai membalas dendam di atas kecurangan suaminya sebelum ini.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 24-12-2023 03:36 PM
nasib baik jenis berdikari bukan jenis lurus bendul semua bergantung ke laki, ni baru betul.. 5 tahun tu kejap je, tak rugi mana pun...syabas..
Quote antikorok 24-12-2023 04:39 PM
"You yang paling cantik di mata I"

So cringeeee

Bau2 hasanah gaytuhh
Quote pearl.silver 24-12-2023 04:46 PM
Setahun laki dia tggu tu xde skandel ke
Quote kakikuDibibirmu 24-12-2023 05:12 PM
Bainun Badak Air tersenyum sinis

[youtube]PSKQ3ZNQ_O8[/youtube]
Quote shernazz 24-12-2023 09:10 PM
Hasanah le Ni
Idaknya laki nak.merayu gitu...
Quote selipar_hijau 24-12-2023 09:49 PM
Cerpen motivasi ke ni?
Quote Sazreena 26-12-2023 02:54 PM
Dalam masa setahun pastu dia bersemuka..adakah dorang PJJ? Pasal kalau serumah soheh dah leh nampak progress bini tu. Anyway padan muka..sapa suh mencurang..mendapat la jawabnyer.
Quote iznanaziz 26-12-2023 03:00 PM
Sazreena replied at 26-12-2023 02:54 PM
Dalam masa setahun pastu dia bersemuka..adakah dorang PJJ? Pasal kalau serumah soheh dah leh nampak  ...

tu la...aku pun baca..."bersemuka"
tak duk serumah ke?
Quote Sazreena 26-12-2023 03:05 PM
iznanaziz replied at 26-12-2023 03:00 PM
tu la...aku pun baca..."bersemuka"
tak duk serumah ke?

Mungkin sebb PJJ + gemok maka somi mencurang..sekadar meletakkan puzzle pada tempatnya.
Quote NazRysha 26-12-2023 03:56 PM
selama setahun tu laki dia dnegan skandal la ek
Quote Kurex 26-12-2023 04:00 PM
Dari ayat "u paling cantik" dah boleh tau cerita ni rekaan je
Quote rikiruj 26-12-2023 04:02 PM
orang obese ni bila turun berat badan, pakai baju nampak cantik la... tapi bila bogel tak berapa nak sempurna jugak, kulit lebihan & menggelebeh, nak kena operate buang kulit.. so sebelum naik teruk sampai level obese tu beringat sikit.. naik sampai certain stage bile kurus balik masih ok... tapi kalau dah sampai 100++ kg, kasi turun separuh confirm banyak kulit lebih & menggelebeh..
Quote Tinot7 26-12-2023 04:06 PM
Mcm tipu jahh.. org pompan nak turun berat bdn dari 82kg ke 57kg dlm masa setahun? Kalau laki voley la.. kalau pompan amik masa bertahun dekkk..
Quote green~tea 26-12-2023 05:55 PM
rikiruj replied at 26-12-2023 04:02 PM
orang obese ni bila turun berat badan, pakai baju nampak cantik la... tapi bila bogel tak berapa nak ...


2007-2011.. i penah gemok.. masa tu hormon treatment utk fertility...  so naik mencanak ke 74 kg..

Then 2011-2012 i seriously workout kat gym... reduce balik ke 52 kg.. mmg ada jugak kulit geleber tu... kawan2 i personal trainer / gym instructor advise amek vit C utk promote collagen production utk pejal kan balik..

Slow.. dlm 2 tahun baru pejal balik ke asal padahal weight loss i dlm 22 kg tu very slow la.. almost 2 tahun baru dpt 52, tu pun kdg naik ke 56kg pastu insaf diet balik...

Now berat i 49 kg... dah risau takut makin turun plak berat badan.. so far 2023 i maintained this weight 49-51 kg...  i mmg continuously jaga makan, eksesais & makan supplements (maca root, tocotrienol/fish oil, habbatus sauda)...
Quote bebulu 26-12-2023 07:06 PM
green~tea replied at 26-12-2023 05:55 PM
2007-2011.. i penah gemok.. masa tu hormon treatment utk fertility...  so naik mencanak ke 74 kg.. ...

Kaka green, maca root tu utk apa?
Quote green~tea 26-12-2023 07:16 PM
bebulu replied at 26-12-2023 07:06 PM
Kaka green, maca root tu utk apa?


Utk stabilize hormon utk org yang 40s..  is either u makan evening primrose or maca root ni..   kalo u bawah 40 takyah makan lg
Quote lazim 29-12-2023 07:44 AM
Tinot7 replied at 26-12-2023 04:06 PM
Mcm tipu jahh.. org pompan nak turun berat bdn dari 82kg ke 57kg dlm masa setahun? Kalau laki voley  ...

Boleh je kalau bt Atkins. Sbln 20kg pon blh
Quote Tinot7 29-12-2023 07:50 AM
green~tea replied at 26-12-2023 07:16 PM
Utk stabilize hormon utk org yang 40s..  is either u makan evening primrose or maca root ni..   ka ...

Hang mkn brand apa utk maca root? Pil ka?

Iols takleh mkn evening primrose oil.. pening kepala bila mkn
Quote Tinot7 29-12-2023 08:24 AM
lazim replied at 29-12-2023 07:44 AM
Boleh je kalau bt Atkins. Sbln 20kg pon blh

Boleh ka?
Iols tgk mkn sikit jahh.. mebbe iols kena mkn sikit baru menjadi..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054441 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top