CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siren Dah Bunyi, Penduduk Bersiap Sedia

24-12-2023 11:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6970| Komen: 0

Description: Jerantut: Kawasan pesisir sungai Tembeling di Kampung Bantal, Mukim Ulu Tembeling, mula dinaiki air, hari ini berikutan hujan lebat sejak petang semalam.Siren amaran mula berbunyi 10.30 malam tadi men ...
Jerantut: Kawasan pesisir sungai Tembeling di Kampung Bantal, Mukim Ulu Tembeling, mula dinaiki air, hari ini berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Siren amaran mula berbunyi 10.30 malam tadi menyebabkan penduduk di pesisir sungai mulia bersiap-sedia mengemaskan barang masing-masing.



Kejadian hujan lebat sejak petang semalam menyaksikan paras air yang melimpah masuk ke kawasan dataran kampung itu setinggi hampir dua meter menenggelamkan bumbung tempat menunggu bot di jeti serta memasuki ruang kedai makan dan kedai runcit.

Penduduk, Japrun Ali, 64, berkata, pagi ini air mula melimpah di kawasan pesisir sungai.

"Bagaimanapun kebanyakan kedai yang terletak di kawasan dataran pesisir Sungai Tembeling kampung itu sudah dipasang tong plastik agar barang dalam kedai terapung, selamat dan dan rumah kedai ditambat pada pokok besar," katanya.

Sementara itu, penduduk, Zaimi Abdullah, 50, berkata, fenomena banjir kali kedua tahun ini tidak mengejutkan mereka kerana dua minggu lalu air turut naik tetapi tidak lama.


"Kami tidak menolak banjir berulang semula memandangkan cuaca tidak menentu lebih lagi baharu sahaja berlaku angin monsun luruan dan hujan kerap turun sehingga ini.

"Cuma kami bimbang keselamatan penduduk yang menggunakan perahu sebagai alat perhubungan kerana arus Sungai Tembeling deras dan menghanyutkan kayu balak reput dan dahanpokok yang tumbang yang membahayakan penduduk tinggal di pesisir sungai itu," katanya.

Portal Laman Web Rasmi Public Info Banjir Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mencatatkan paras air Sungai Tembeling di Kuala Tahan Kampung Bantal setinggi 65.47 meter pada 8.30 pagi hari ini, menghampiri paras amara pada 66 meter.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047865 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top