CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Menyesal Berjiran Dengan Adik-Beradik, Jual Rumah Gara-Gara Kakak Ipar Toksik

23-12-2023 09:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 29618| Komen: 58

Description: Seorang ejen hartanah tampil menceritakan kisah hubungan adik-beradik yang retak disebabkan sikap ipar yang disifatkan sebagaik toksik.Menerusi TikTok, @meluryasmine1 berkata, dia diminta seorang pemi ...
Seorang ejen hartanah tampil menceritakan kisah hubungan adik-beradik yang retak disebabkan sikap ipar yang disifatkan sebagaik toksik.

Menerusi TikTok, @meluryasmine1 berkata, dia diminta seorang pemilik rumah untuk membantunya menjual sebuah rumah.


Gambar hiasan

"Aku pun tanya dekat owner, kenapa nak jual? Nampak macam lama tinggal rumah ni. Owner cakap ada masalah keluarga.

"Aku tertanya, apa sebenarnya jadi dengan keluarga dia? Rupanya.... Owner beritahu, dulu dia beli rumah dekat sini sebab nak duduk dekat dengan adik-beradik.

"Sebab abang dia duduk kawasan sini jugak. Mula-mula okay, happy anak-anak dia main dengan sepupu mereka. Dulu ruang tamu ni la budak-budak main. Main kejar-kejar. Masak-masak.

"Owner cakap, wife dia suri rumah. Owner selalu keluar outstation dalam dan luar negara. Jadi apabila duduk dekat dengan famili, dia tak risau sangat tinggal wife dan anak-anak," kongsinya.


Namun tanpa disangka, isteri kepada abang kandungnya sendiri rupa-rupanya iri hati dalam diam dan menjadikan isterinya sebagai sasaran.

"Ada je tak puas hati dengan wife dia. Sampai owner dengan si isteri perasan yang abang dan kakak ipar ni dah perangai lain.

Gambar hiasan

"Isteri owner tak nak keruhkan keadaan, sampai buang semua follower dalam media sosial sebab si kakak ipar tu asyik cari pasal je. Letak gambar anak-anak main playground pun jadi isu.

"Apabila jumpa dekat rumah mentua, kakak ipar dia selalu cakap sinis 'untunglah kau, duduk rumah goyang kaki je, asyik habiskan duit laki kau je'.

"Mula-mula owner tak tahu pun kisah ni. Sampailah apabila cuti panjang daripada outstation, dia sendiri nampak perubahan abang dan kakak ipar dia pasal isteri dia," kongsinya lagi.

Tambah ejen tersebut, pemilik rumah berkenaan juga menyedari situasi berkenaan membuatkan isterinya berubah daripada seorang yang ceria menjadi sedikit pendiam.

"Isteri owner pun selalu ajak pindah. Apabila dah tahu kisah macam ni, hati dia pun tak senang sebab selalu nak outstation. Jadi mereka decide nak pindah dari sini.

"Sekarang owner ni dah bekerja tetap di Switzerland. Jadi owner bawa terus anak-anak dan isteri pindah sana. Walaupun sayang dekat rumah ni. Tapi mental dan hati isteri kena jaga.

"Walaupun kakak ipar masih lagi sinis dengan mereka suami isteri. Tapi sekurang-kurangnya jauh daripada pandangan. Owner ada cakap, dia sedih juga. Sebab benda remeh, tapi hubungan adik-beradik terus renggang," kongsinya lagi.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang bersimpati dengan nasib pasangan berkenaan malah ada yang turut berkongsi kisah keluarga masing-masing, dikatakan hampir serupa.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 23-12-2023 09:19 PM
Hasanah? Kalau benar, baguslah laki tu faham apa wife dia lalui. Eloklah bawa anak isteri jauh2.
Quote kakikuDibibirmu 23-12-2023 10:17 PM
[youtube]Sw7A5fFjNfI[/youtube]
Quote syamzana 23-12-2023 10:41 PM
lorrr nak jual rumah ke menjoyah???
Quote akies 23-12-2023 11:10 PM
Ada pro n kontra duduk berjiran dgn adik beradik.
Lagi best..kalau masing2 buat hal sendiri.
Jaga privacy..jangan nak cite semua benda kt family.
Selamat
Quote Zazama 23-12-2023 11:35 PM
Pengalaman iols & suami pindah ke kg halaman suami utk jaga arwah ibunya, maka kami pun tinggal berdekatan adik beradik suami. iols dh biasa berbelas tahun balik kerje je tak ada masa nk lepak2 sbb ada kerje dlm rumah yg menanti. Maka tabiat ini terbawa bersama. Adik beradik perempuan komplain iols tak campur org. Mereka tiap petang ada aktiviti lepak. Kerjanya membawang. iols ada duit yg sgt mencukupi tp dah Allah design iols semacam ini. Tak suka pakai barang kemas. Maka ada la pulak adik perempuan kpd suami dok cite pd mak2 sedara mereka, katanya - si anu (iols la tu), bukannya ada barang kemas pun!! -. iols suka pakai baju yg sama berulang, bukan jenis beli dan beli dan top up dan top up baju2. Bukan keperluan pun. Tapi ada pulak adik perempuan suami yg lain, dok cite hal ini pd rakan2nya. Hal baju je kut?!?? Buruknya perangai korang ye. Ada la woi yg ngadu kt iols. Pelik betul lah! Skrg i is lega sbb dh pindah tempat lain atas sbb2 tertentu.
Quote jihyomelly 23-12-2023 11:41 PM
kak2 ipar iols mulut cam puaka..abis di hasut abg2 iols sampai gaduh bercakaran..iols adik xde hak tegur abg2 buat silap..sbb xnak keruhkan keadaan iols tarik diri..x kuasa hadap semua ni..dah tak bercakap almost 7 years..jumpa di kenduri / kematian just salam camtu je la nak berbaik mcm dulu memang susah sbb bini masing2 dengki nanti abg2 lebihkan the only adik perempuan..hambek la laki masing2 sbb aku pun ada somi
Quote Lily_Elizabeth_ 23-12-2023 11:53 PM
Meluryasmine tu bukan ke kakak silinatam??; kan??.
Quote doubleA 24-12-2023 12:00 AM
Kalau tak jual kisah hasanah ni tak boleh jual rumah ke? Kalau tau rumah mana dan siapa adik beradik yg dimaksudkan tu lagi keruh hubungan dorang? Agen hartanah ke agen insuran ke suka sgt menangguk di air keruh. Ko jual jela produk motip hadap publisiti murahan
Quote lightheaded67 24-12-2023 08:52 AM
so abg n anak beranak dia diam jer ipar mulut gitu kt adik beradik? kompom deme pun vavi sbenarnya tp tak tunjuk. kalao adik beradik anak beranak sndiri, kacau suami/isteri, sbenonya mula2 tak puas hati kt kita dulu, tp dia tak direct kt kita, dia kacau laki/bini/anak2. eloklah pancung awal2, sbb spisis ni licik. dorg pakai tiket anak beranak adik beradik nk halal kevavian
Quote chinta89 24-12-2023 09:08 AM
"Sekarang owner ni dah bekerja tetap di Switzerland. Jadi owner bawa terus anak-anak dan isteri pindah sana. Walaupun sayang dekat rumah ni. Tapi mental dan hati isteri kena jaga.


"Walaupun kakak ipar masih lagi sinis dengan mereka suami isteri. Tapi sekurang-kurangnya jauh daripada pandangan. Owner ada cakap, dia sedih juga. Sebab benda remeh, tapi hubungan adik-beradik terus renggang," kongsinya lagi.


elok la bawka skli. kisah ni hasanah ke btl ke, but mmg ada dlm kalangan kita kisah yg hampir serupa tp x sama.

aku mmg x nk la duk dkt sgt ngn family. jumpa sesekali its ok. sb nk elak benda2 mcm ni lah..
Quote zehra2 24-12-2023 09:13 AM
mmg selalu kalo berdengki2 ni adalah org terdekat.
Quote menjad 24-12-2023 09:48 AM
Betul lah tuh... Bila dekat bau busuk, bila jauh rindu pulak
Quote bambimo 24-12-2023 09:51 AM
Edited by bambimo at 24-12-2023 09:55 AM

Adikberadik Aku ok lagi..sbb Aku percaya air d cincang takkan putus..lain sedara ke sepupu sepapat yg tak rapatk
Then juga elakkan brjiran satu opis..kawan Aku habis kena cerita even halaman rumah rumput panjang jd bahan sanggup dia pindah duduk atas angin..rumah landed tu bagi mak ayah dia stay kalo dtg KL..
Quote fefeeling 24-12-2023 10:22 AM
Parents aku awal2 dah pesan kawin nnt anak2 sila cari rumah sendiri, amik tanggungjawab jaga family masing2.. biarpun menyewa dulu ke apa, it’s ok asalkan tak hidup satu periuk.. alhamdulillah kitorang adik beradik ada umah masing2, and jarak pun still within 20-30min kalau nak ke umah parents in case ada emergency senang berkejar tak jauh..
Quote asma87 24-12-2023 10:28 AM
Zazama replied at 23-12-2023 11:35 PM
Pengalaman iols & suami pindah ke kg halaman suami utk jaga arwah ibunya, maka kami pun tinggal berd ...

Mesti uneducated kat jenis belajar xhabis kot tu yg banyak membawang je kerja ipar2 u? Pastu dorg jenis suka berhutang x?
Quote shernazz 24-12-2023 10:29 AM
Takpe la.uols.tak.suka
Iols suka je baca2 Gini..hahaha
Walaupung last2 promot bisnes
MCM kat FB...cite mcm2 last2 share link shopee..
Sabo jelah
Quote antikorok 24-12-2023 10:32 AM
Keluarga toksik namampos ittew benar.
Tapi, daku pun seram dapat agent yg jaja citer client kpd umum. Eiii
Quote green~tea 24-12-2023 10:34 AM
Aiols dgn adik lelaki aiols (kami 2 beradik kandung je).. and husband with his siblings ok semua kitorang takde masalah with each other..

Bahkan kita banyak support naikkan kehidupan adik beradik.. usaha sehabis boleh.. sbb nak tengok semua beradik, anak2 berjaya...

Yang selalu kasi problem is orang keliling.. suka bebeno cucuk beradik kitorang supaya bercakaran... aiols dgn husband dah warning siap2 kat adik2.. TIADA orang dalam dunia ni yang ada di sisi korang semasa korang susah... hanya kaklong dan abang long je ada di samping korang semasa susah senang.. so the last person on earth yang korang nak bercekau pun adalah kitorg...

Orang lain semua tu celaka aje nak merosak hubungan baik & kehidupan tenang.. so pekakkan telinga aje dari dengar hasutan org..

Mmg adik ipar aiols siap screenshot and send to me bila ada kawan2 diorg cuba cucuk lagakan kitorang.. aku tau setiap biji butir amende org cuba cucuk tu.. hahaha... dan aku screenshot siap and send kat adik/SIL aku kalau ada org mengata and cuba burukkan diorang

Tp kitorang be professional je bila berdepan dgn manusia2 pengumpat and pengeji tu.. kita buat2 baik and FAKE je... no harm buat2 friendly pub
Quote airfilterkotor 24-12-2023 10:38 AM
Pelik cerita ni.
Agen boleh tau selok-belok dalam kelambu kehidupan si penjual.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049578 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top