CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Kecewa 2 Kali Gagal Ujian Memandu Terjun Jambatan

23-12-2023 08:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 29094| Komen: 43

Description: Seberang Perai: Seorang remaja perempuan yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai kecewa susulan dua kali gagal dalam ujian memandu Khamis lalu ditemui selamat berhampiran kawasan pel ...

Seberang Perai: Seorang remaja perempuan yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas dipercayai kecewa susulan dua kali gagal dalam ujian memandu Khamis lalu ditemui selamat berhampiran kawasan pelabuhan, Penang Port Sdn. Bhd. di sini, hari ini.


Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Faris Izwan Ahmad Fadzilah berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Perai menerima panggilan daripada pihak polis berhubung penemuan itu pukul 10.25 pagi.



“Mangsa yang berusia 17 tahun ditemui dalam keadaan lemah di kawasan Penang Port pada pukul 9 pagi, namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.


“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).


“Operasi tamat sepenuhnya pukul 10.51 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Terdahulu, media melaporkan operasi mencari dan menyelamat remaja terbabit dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Butterworth selepas menerima panggilan pada jam 11.23 pagi, Khamis lalu.


Mangsa meninggalkan motosikal milik ibu saudaranya di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang di sini, dari Perai menghala ke pulau.


Mengulas lanjut, Faris Izwan berkata, sejurus terjun dari jambatan, mangsa berenang ke arah bangunan berbumbung biru sebelum tersangkut pada pokok bakau di kawasan berlumpur berhampiran pelabuhan terbabit.


“Sepanjang dua hari tersangkut, mangsa dikatakan melambai ke arah orang awam untuk meminta pertolongan.


“Walau bagaimanapun, lambaian mangsa disedari seorang pegawai operasi bomba pelabuhan, yang sedang berjoging kira-kira pukul 9 pagi tadi sebelum diselamatkan,” katanya.



Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 23-12-2023 09:05 PM
Stress sgt kot nohh.
2x amik ujian 2x kna byq utk test.
Tu lom masuk kalo sambung lg blajaq memandu kalo xkonpiden lg utk test kali ke2.
Duit gak tu.
Pekej mkn maki gak ngn mak/pak kalo amik lesen tu depa yg tanggung.
Amik lesen bukan sikit modai.
Tp budak sgt lg sampai nk terjun jambatan pasal fail ujian memandu
Real life lg keras dekkkkk..
Haih
Quote jazaa100 23-12-2023 09:13 PM
Rapuh nya kau....
Elok jalan je.....hidup ni byk lagi cabaran bkn setakat lesen memandu je....klu fail lesen memandu pun kau dah pikir nk bunuh diri, tak tau pblm yg lebih complicated, mcmana kau nk hadap....
Quote Tinot7 23-12-2023 09:23 PM
Awat la nak terjun stakat fail ujian mandu.. ada byk menda lagi susah drp tu..
Quote batmana 23-12-2023 09:25 PM
Hidup tu pn satu ujian dik..
Quote zuuu 23-12-2023 10:28 PM
Contohi spongebob squarepants dik.. walaupon beratus kali fail ujian memandu dia tetap x putus asa walaupon mrs puff yg end up anxiety bila nampak spongebob
Quote syamzana 23-12-2023 10:36 PM
"Sepanjang dua hari tersangkut, mangsa dikatakan melambai ke arah orang awam untuk meminta pertolongan"

panjang umur ko nakkk....
baru 17thn kalau ada org blh ambil anto pegi sek/naik beskal takyah kalut la ambil lesen sampai stress laguni. tak berbaloi
spm dah dekat ni.
Quote sharlenetexas 23-12-2023 10:53 PM
Panjang umur kau dik.


Quote anakkerengga 23-12-2023 11:02 PM
Rohingya bawa motor kereta tak perlu amik lesen pun dik.. cukup la kad puaka unhcr tu.. kad ni lg besar dr lesen memandu.. so lps ni blh ka rkyt kita pohon kad unhcr jg…
Quote akies 23-12-2023 11:06 PM
Gini dikk..lepas abis spm..ko keje la partime kt mana2..
Kumpul duit amik lesen memandu.
Kalau kiranya failed lagi, takde la stress sgt
sbb pakai duit sendiri. Khuenn.

Skrg ni amik lesen mahal ye.
Quote ajinomotonosuga 23-12-2023 11:33 PM
berat mata mandang berat lagi badan terjun jambatan
Quote mejaputih 23-12-2023 11:47 PM
Pandai berenang rupanya..
Quote supernaturalee 24-12-2023 12:16 AM
Bagus dia pandai berenang
Klu iols confirm dh kembung
Tp iol lesen b full
Quote I.K.A888990 24-12-2023 12:35 AM
nasib la kau lambai2 ada org nampak tolong
buatnya tak mmg kaku la kau kat situ dik
Quote Jitu 24-12-2023 12:49 AM
semoga insaf la

dulu2 pun ramai je yg gagal pastu beli lesen 'special'
skrg ni tak tahu ada lg ke tak special tu
Quote SalenaGomez 24-12-2023 01:17 AM
Edited by SalenaGomez at 24-12-2023 01:18 AM
syamzana: "Sepanjang dua hari tersangkut ...


2 hari tersangkut xde orang yg cari dia ke? SG syak mcm anak terbuang je. Parents x cari ke? Alaa kesian nya life budak ni mcm xde sape care

Btw, 2 hari tsangkut kat bakau tu mmg bahaya. Dengan kemungkinan ada buaya, ular dan mcm2 … kulit tu sah rentung lah kot. Allah nak bg peluang hidup kedua dik. Semoga bersyukur dgn peluang kedua, keep strong dik. Kita pon x tahu apa yg dia lalui dlm umur 17 tahun tu

Dah lah nak SPM.
Quote faraway1 24-12-2023 01:25 AM
3 kali ambil lesen memandu 3 kali ambil lesen computer.. No hal pun penting hari ni juara di jalan raya..
Quote carlalily 24-12-2023 01:44 AM
Pelik gak dua hari hilang family x cari… mungkin bkn sbb fail driving test je dia terjun… adalah jgk tu sbb lain2 yg dah lama pendam kot… kotlahhh
Quote ezacbee 24-12-2023 04:05 AM
Agaknya budak ni dah biasa x dok umah. Tu yg parents x cari. Hmm lepak umah member le tu, padahal diri dah tersangkut.

Quote Firenzza 24-12-2023 08:21 AM
Rohingya, bangla xde lesen aman2 saja bawak kereta kt msia.....ada yg dh 20 tahun mcm2 keta dia bwk....setakat hellfire xde org tahan pun

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.051624 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top