CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Marsha Milan Teruja Nak Sambut Krismas Dengan Keluarga, Pernah Dapat Hadiah Mi Segera

22-12-2023 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9666| Komen: 11

Description: Hubungan Marsha Milan, dengan keluarganya yang beragama Kristian tidak pernah berubah sedikitpun walaupun penyanyi itu membuat keputusan bergelar seorang muslim sejak selepas bernikah dengan suami, Mo ...
Hubungan Marsha Milan, dengan keluarganya yang beragama Kristian tidak pernah berubah sedikitpun walaupun penyanyi itu membuat keputusan bergelar seorang muslim sejak selepas bernikah dengan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tahun 2014.


Bahkan, kasih sayang mereka begitu erat dan sama-sama meraikan perayaan seperti Hari Krismas.

Foto: IG

Tahun ini, awal-awal lagi penyanyi Sumandak Sabah itu sudah mengambil cuti dan bakal pulang ke Sabah untuk memeriahkan hari Natal bersama keluarganya pada Sabtu. Marsha masih ingat, seorang ustaz menasihatinya untuk sentiasa menjaga hubungan baik bersama keluarga.

“Saya pernah bertanya kepada ustaz mengenai hukum perayaan. Nasihatnya agar sentiasa memasang niat yang baik dalam menjaga hubungan silaturrahim dengan keluarga.

“Jadi, Hari Natal mahupun Aidilfitri adalah perayaan yang saya nantikan kerana itulah masanya saya pulang ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga.




“Lagipula keluarga saya berfikiran terbuka, sehingga suami saya pun tidak berasa kekok kerana ibu bapa saya sangat mengalu-alukan kehadirannya,” katanya kepada Hits.

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia sudah pun membeli hadiah buat adik beradiknya di Tamparuli, Sabah. Lucunya, dia terpaksa meminta bantuan kakak untuk menyembunyikan hadiah tersebut agar tidak diketahui ahli keluarganya yang lain.



“Sebenarnya dalam tempoh sebulan ini saya banyak dapat jemputan nyanyian di Sabah. Jadi setiap kali ke Sabah, saya akan bawa sedikit demi sedikit hadiah untuk diletakkan di rumah kakak.

“Mujurlah kakak okay. Sekarang semua hadiah sudah lengkap dibeli. Cuma saya akan balut hadiah itu bila pulang nanti,” katanya.



Bercerita mengenai hari Natal, keluarga Marsha wajib menyediakan nasi berlauk sebagai santapan mereka berkeluarga. Namun, apa yang lebih istimewa, mereka akan membuat kek sendiri pelbagai perisa setiap kali Krismas. Semuanya mewarisi kemahiran ibu, Missie, 69, yang memang dikenali sebagai usahawan kek di tempatnya.

“Ibu saya, memang buat perniagaan kek kalau ada majlis ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.

“Setiap tahun kami akan buat kek bersama-sama tak kiralah perisa coklat ataupun lobak merah. Masing-masing pula ada selera berbeza. Jadi, kek memang menu wajib kami,” katanya.



Mengimbau kenangan Hari Natal semasa kecil, Marsha ketawa apabila mendedahkan pernah menerima hadiah berupa Mi segera.

“Saya masih ingat waktu itu ada tukar-tukar hadiah. Saya sangat gembira kerana dapat hadiah dengan saiz yang besar berbanding orang lain.



“Tapi rupa-rupanya, bungkusannya sahaja yang besar. Isi hadiahnya kecil sahaja iaitu sepeket mi segera. Awalnya saya sedih, tapi bila difikirkan semula mujurlah mi segera itu saya suka perisanya,” tambahnya lagi. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AWEKSAMURAI 23-12-2023 04:58 AM
Sama lah tahun ni my kak ipor celebrate krismas besar besaran so mmg x sabar nk balik jb .. 24 balik jb yachh yippiyyy ..jing a bell ..jingg a bell ...lallaallallala...
Quote Farnor 23-12-2023 12:15 PM
Seronok dpt rai cny-raya aidilfitri and krismas.. Cuma penat sikit jer nak urus sana sni hehe.
Quote rayna_raynes 23-12-2023 03:24 PM
Eh bukan ke dulu family dia tak restu dia convert dan kahwin dgn sepol.
Quote codenamedream 23-12-2023 04:42 PM
rayna_raynes replied at 23-12-2023 03:24 PM
Eh bukan ke dulu family dia tak restu dia convert dan kahwin dgn sepol.

Dulu tak restu. Hasil usaha sepol solat hajat setiap malam, mereka dah restu.
Quote rayna_raynes 23-12-2023 04:57 PM
codenamedream replied at 23-12-2023 04:42 PM
Dulu tak restu. Hasil usaha sepol solat hajat setiap malam, mereka dah restu.

syukur. Rasanya beberapa tahun juga berkonflik dengan keluarga kan

Quote blekkep 23-12-2023 05:18 PM
family sheols kristian yg mazhab xleh mkn seafood, xleh pakai earings..lupa lak name mazhab tu..
Quote refleCtion 23-12-2023 05:54 PM
blekkep replied at 23-12-2023 05:18 PM
family sheols kristian yg mazhab xleh mkn seafood, xleh pakai earings..lupa lak name mazhab tu..

7 days adventist

Quote dmarinaris 23-12-2023 06:13 PM
blekkep replied at 23-12-2023 05:18 PM
family sheols kristian yg mazhab xleh mkn seafood, xleh pakai earings..lupa lak name mazhab tu..

Seventh day Adventist. Boleh Makan seafood tapi kena yang bersisik. Ikan boleh, cuma kena ada sisik. Ketam, Udang, Sotong tak boleh. Bukan itu saja, Babi pun tak Makan. Minum arak pun Haram. SDA ni strict makanan dia. Bukan makanan saja. Banyak lagi sebenarnya. Tapi biasalah ramai juga yang tak kuat agama dan tak ikut sangat benda2 yang tidak dibenarkan ni.
Quote Paiya 28-12-2023 02:39 PM
Mahzhab SDA pun tak rayakan Krismas sebenarnya
mereka tak ke church  pada tanggal 25 Dec
mereka percaya tarikh itu bukan hari lahir Jesus pun
Quote Paiya 28-12-2023 02:41 PM
dmarinaris replied at 23-12-2023 06:13 PM
Seventh day Adventist. Boleh Makan seafood tapi kena yang bersisik. Ikan boleh, cuma kena ada sisi ...

tapi kalau SDA sejak lahir mereka mungkin takkan makan benda-benda gitu

tu lah aku hairan nengok Marsha telan udang dan sotong dengan berselera sekali
agaknya dalam hati dia
napa lah makanan gini sedap diharamkan oleh SDA..

Quote Prickford 28-12-2023 03:01 PM
Ok la nak sambut sbb family members sheolls Kristian. Yg heran ni Acik Sheila Majid tu buang tebiat ke apa buat makan2 Krismas?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.200954 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top