CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iqbal Zulkelfi Kecewa Doktor Kata Tak Sesuai Buat Bariatrik, Suruh Telan Belon Gastrik

22-12-2023 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10184| Komen: 25

Description: Hasrat Iqbal Zulkefli melakukan pembedahan bariatrik terpaksa dilupakan apabila doktor mendapati dia tidak sesuai menjalani prosedur berkenaan.Pakar Perunding Pembedahan Gastrousus dan Obesiti Hospita ...
Hasrat Iqbal Zulkefli melakukan pembedahan bariatrik terpaksa dilupakan apabila doktor mendapati dia tidak sesuai menjalani prosedur berkenaan.

Pakar Perunding Pembedahan Gastrousus dan Obesiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Prof Datuk Dr Nik Ritza Kosai Nik Mahmood menjelaskan ia disebabkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) Iqbal tidak mencukupi sebagai salah satu syarat melakukan pembedahan tersebut.


Foto: IG

"Saya tengok Iqbal ini taklah besar sangat. BMI Iqbal tidak mencukupi untuk membuat pembedahan bariatrik," katanya.

Bagaimanapun impian mendapat badan idaman tidak terhenti apabila doktor menyarankan Iqbal melakukan kaedah belon gastrik atau Elipse Gastric Balloon bagi menggantikan bariatrik.

Malah kata Iqbal, kos kaedah itu juga lebih murah iaitu sekitar RM18,000 hingga RM23,000 selain mampu memberi hasil berkesan dalam usaha menurunkan berat badan.




"Saya nekad buat pembedahan bariatrik namun doktor saran kaedah telan belon gastrik.

"Saya mahu kurus segera, sekurang-kurangnya turun lapan kilogram dalam masa tiga bulan. Kata Prof, itu tidak pelik jika guna kaedah belon gastrik," katanya.

Tambah Iqbal, buat masa ini dia masih belum memberi kata putus dan masih meminta pendapat sama ada wajar untuk meneruskan pembedahan bariatrik.



"Jika gemuk begini susah saya dapat jodoh. Adakah salah jika saya 'potong' perut? Saya cuma ada masa seminggu sahaja untuk buat keputusan," katanya.

Difahamkan, belon gastrik dapat membantu menurunkan berat badan individu yang bergelut dengan obesiti (BMI lebih 27.5) sebanyak 10 hingga 20 peratus dalam jangka masa empat bulan.

Prosedur ini juga lebih mudah dan selamat di mana pesakit hanya perlu duduk di atas kerusi dan menelan belon gastrik berkenaan.

Kemudian bahagian hujung saluran akan diisi air supaya belon yang berada di dalam perut tadi dapat dikembangkan.


Posisi belon kemudiannya akan dipastikan dengan x-ray sebelum individu tersebut dibenarkan pulang.

Belon ini akan kempis dengan sendiri dalam masa empat bulan dan keluar melalui sistem penghadaman tanpa memerlukan prosedur tambahan.

Sebelum ini, Iqbal meluahkan hasrat melakukan pembedahan itu kerana bimbang perubahan saiz zakar disebabkan pertambahan berat badan.



Iqbal juga menjelaskan tujuan dia mahu melakukan pembedahan bariatrik bagi mengubah penampilan selain menjaga kesihatan.

Tambahnya, dia terdetik melakukan pembedahan itu selepas melihat ramai wanita lebih tertarik kepada lelaki bertubuh kurus. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 22-12-2023 02:55 PM
Exercise tkmo..jaga makan tkmo..
Tau nak kurus dgn cepat je
Quote AkokKocik 22-12-2023 03:07 PM
Iqbal nk kurus sbb bimbang dgn perubahan saiz zakarnya...lelaki gundu memang saiz 'adik' kecik ke?? Jgn kecam aku, tanya jerrr.
Quote sleepandream 22-12-2023 03:48 PM
takdela gemuk mana... bengkak2 sikit jahhh...
baik jumpa psychiatrist...
Quote taji2906 22-12-2023 03:49 PM
AkokKocik replied at 22-12-2023 03:07 PM
Iqbal nk kurus sbb bimbang dgn perubahan saiz zakarnya...lelaki gundu memang saiz 'adik' kecik ke??  ...

kote jadi sentut.. tertarik ke dalam sebab perut membesar.
Quote Rogue98 22-12-2023 04:20 PM
Ok....bagilah attention kat dia sikit....sendu sangat2 tu..
Quote che-cikL 22-12-2023 04:55 PM
Susah sgt ke nak turun 8kg dlm masa 3 bulan?

Bayar je lah PT buat training, jaga makan, apo???
Quote red_velvet 22-12-2023 05:00 PM
Kalo ko jumpa doktor ig tu mesti dia kata boleh buat.. semua boleh ma..janji ada fuluss...
Quote Kancilkering 22-12-2023 05:19 PM
beze ye dia n khairul aming …walaupun dua dua kelante dua dua trang tang tang
Quote slyfynx 22-12-2023 05:23 PM
Eh, ramai je x gundu pun bedah.

BTW, nobody asked la weh.
Ko leh gi gaung sana. xde sape nk amik tau
Quote tokchik 22-12-2023 05:26 PM
NONET TAK TIMBUL LAH JIKA TAK OPERATE YA?
Quote belacan_gurl 22-12-2023 05:30 PM
taji2906 replied at 22-12-2023 03:49 PM
kote jadi sentut.. tertarik ke dalam sebab perut membesar.

Hahahahaha sori aku tergelak ... Vongokla ko
Quote B40tastePosh 22-12-2023 05:31 PM
Peha dan bontot je besar...
Quote adizero11 23-12-2023 08:23 AM
Mohon meninggal jelaa attention seeker mcm ni
Quote menjad 23-12-2023 09:35 AM
Ko buat IF tak pun try puasa 7 hari tak makan... Minum2 jer. Konfem kurus. Kos kecik jer
Quote LadyCarefree 23-12-2023 10:45 AM
red_velvet replied at 22-12-2023 04:00 PM
Kalo ko jumpa doktor ig tu mesti dia kata boleh buat.. semua boleh ma..janji ada fuluss...

Mustapa tu kan?
Quote stokin 23-12-2023 04:42 PM
Buat la IF, puasa isnin khamis, exercise, hiking. Yihhhh!! Pemalas nak mati!
Quote hasniey 23-12-2023 11:06 PM
Org xnak ki bukan sbb size.tp takut dgn perangai dia.masih teringat2 lg dok brbalas dgn vida.esok2 abes semua dijadikan content.semua nk share dgn public.eii seram.
Quote rayna_raynes 24-12-2023 02:38 PM
Nok, kau pondan. Kau besar tiang lampu pun takkan jumpa jodoh kau
Quote noell 24-12-2023 08:10 PM
duit byk hire la personal trainer /dietiton segala

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.294171 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top