CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Menggigil Tahan Marah Ketika Live, Andi Arsyil Lembut Je Tenangkan

22-12-2023 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10986| Komen: 18

Description: Puteri Sarah Liyana dan Andi Arsyil sering mencuri perhatian peminat apabila mereka sering melakukan sesi siaran langsung bersama bagi mempromosikan produk kecantikan mereka.
Puteri Sarah Liyana dan Andi Arsyil sering mencuri perhatian peminat apabila mereka sering melakukan sesi siaran langsung bersama bagi mempromosikan produk kecantikan mereka.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian video peminat yang tular di TikTok, aktres itu kelihatan menggigil akibat menahan marah selepas ada individu yang meninggalkan komen provokasi ketika live tersebut berlangsung.


Foto: mStar


“Toxic dah mula masuk okay… I ada mood nak bergaduh ni, siapa nak bergaduh dengan I.

“Jom kita gaduh jom… suka sangat,”katanya.

Bagaimanapun, Andi yang pada ketika itu bersama Sarah ketika sesi live berlangsung sempat memberikan nasihat agar dirinya tidak terpengaruh dan melayan komen negatif netizen.



“Sudah-sudah, jangan dicari (masalah). Tak perlu dibahas.

“Ala, dapat pahala kamu,” kata Andi ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Andi yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

Bahkan, ramai dalam kalangan peminat yang seakan memahami situasi Sarah pada ketika itu.

Sebelum ini, Puteri Sarah tampil menjelaskan hubungannya bersama Andi Arsyil Rahman Putra hanya sebagai rakan kongsi dan kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan di Malaysia termasuklah mahu meluaskan perniagaan produk kecantikan dan hijab yang diusahakan sehingga ke Singapura.

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 22-12-2023 02:00 PM
Manic macam masa kat Court dulu

Ptsd kot

Get help pls, stay away fr socials sebentar. Heal.
Quote likilu 22-12-2023 02:04 PM
Dan andi atau sesapa, jgn dismiss atau gaslight dia

She feels what she feels. Acknowledge that.
It took her years untuk cometo decision dia boleh walk away dari 4 years of non functional marriage.  Dia tak tahu pun dia suffer sbb org keliling cuba keep her diam je
Quote Kurex 22-12-2023 03:00 PM
Bodan sundel kau ni
Quote prince_marhaen 22-12-2023 03:03 PM
diorang duduk sekali ke? PSL kat indo ke AA kat sini? emmm
Quote innocentsangat 22-12-2023 03:19 PM
Kahwin cepat please!
Quote asma87 22-12-2023 04:10 PM
Agaknya dulu time kawen dgn sol je, asal nk curhat, sol hilang ntah kemana2..nk curhat kat public datin xbagi. So tu yg hasilnya cm skrg kot?
Quote Didi_dido 22-12-2023 04:17 PM
Lain betul sara yg dulu & skrg. Dulu lemah lembut, senyum je. Skrg ni dia bold. Dia nk ckp, dia ckp je. Mesti dulu selalu makan hati & byk pendam perasaan. Tu yg jd mcm ni. Keep strong sara.
Quote noor2 22-12-2023 04:43 PM
Pelik2 dia ni...dah tahu ramai haters jgn la mengundang..
Quote Perawankota 22-12-2023 05:56 PM
Dulu2 before kawen pon dia sejenis yg ckp lepas kan.. dah kawen dgn Bekas laki Dulu nampak lah makin lembut.. Tak mustahil pon klu perangai lama sesekali.. lagi pon kita ni manusia biasa kan, mesti Ada perasaan marah dan macam2, lagi2 Kalau tertekan…
Quote Lavender_Violet 22-12-2023 06:00 PM
Lama2 jadi bosan pulak dgn dia ni
Especially bila asyk dihighlight kan kemesraan dia dgn si AA tu
Quote penmerah 22-12-2023 06:26 PM
Baiknya Andi ni
Cakap lembut jer
Heshe mmg penyabar ye
Sbb nampak mcm Andi perwatakan baik maka akak doakan Andi bertemu jodoh wanita baik budi pekerti menyenangkan hati
Quote she 22-12-2023 07:01 PM
Andi meh kawen dengan macik lah
Kamu tak perlu tenangkan macik
Bior macik yang tenangkan jiwa kamu

Macik pandai masak sambal ijo nasi padang
Quote Incanto 23-12-2023 08:36 AM
PS kena check BP, asyik melenting

AA ni jenis lembut, sopan

sesuai lah kot…opposites attract.

tapi kalau ada jodoh pun aku tak rasa derang akan kawin dalam masa terdekat
Quote love_warrior 23-12-2023 08:57 AM
Edited by love_warrior at 23-12-2023 04:17 AM

Kata nk banyakkan berdoa lepas balik Umrah... Gigih melayan toxic komen... Dh tu sendiri mengundang kecaman...
Quote amarakasih 24-12-2023 08:47 AM
Nampak jauh beza ya character and attitude mereka. Saya faham dia lama pendam but ya itulah, Andi is a professional
Quote Dolmat 24-12-2023 09:31 AM
Jual product kena sabar and professional.. block aje kalo dah melampau sangat toxic comment, simple!

She is vocal dari dulu cuma bila masuk clan Pak Selam maybe dia tone down... Now dah no more in the family, vocal dia start balik.
Mana dgn bertahunnnnnn memendam rasa...
Quote doubleA 24-12-2023 10:21 AM
Mental sesiapa pun boleh koyak kalau diganggu berpanjangan. Dari toxic marriage, ke court case sampai dah cerai pun masih diganggu. Nampak la sheols koyak walau potray kuat
Quote amarakasih 25-12-2023 05:39 AM
she replied at 22-12-2023 07:01 PM
Andi meh kawen dengan macik lah
Kamu tak perlu tenangkan macik
Bior macik yang tenangkan jiwa kamu

Saya sokong hahahaaa

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049040 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top