CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sampai 2 Jam, Tiket Konsert Siti Nurhaliza Sold Out!

22-12-2023 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14647| Komen: 39

Description: Tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan pada Khamis.
Tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan pada Khamis.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza yang terharu dengan sokongan peminat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang membeli tiket konsert berkenaan.


Siti turut memohon maaf kepada mereka yang gagal mendapatkan tiket ke konsert tersebut dan berjanji akan menghiburkan penonton pada persembahan akan datang sekiranya diberikan rezeki.


Foto: IG

"Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuh hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tidak dapat membelinya.

"Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga. Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya... Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.



Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kesal kerana tidak sempat untuk merebut tiket konsert berkenaan.

Malah ada yang menyarankan untuk penyanyi itu menukar lokasi konsert ke tempat yang lebih besar.

"Tokti (panggilan Siti) apa kata konsert ni cancel dari Axiata pergi tukar ke Bukit Jalil. Jadi, ramai lagi boleh beli tiket.

"Awak (Siti) tu ada peminat beratus ribu tau. Tak sesuai buat di Axiata Arena.

"Buatlah sehari lagi ekstra. Buat malam Sabtu. Pertimbangkan kami ini," tulis netizen.



Selasa lalu, Siti mengumumkan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Pengumuman itu membuatkan ramai peminat teruja selain menyatakan rasa tidak sabar menghadiri konsert tersebut.



Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah pun mula dijual pada pukul 2 petang Khamis dengan harga serendah RM129 hingga RM799. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 22-12-2023 09:24 AM
Bilik tu muat berapa orang sebenarnya
Quote likilu 22-12-2023 09:24 AM
Bilik tu muat berapa orang sebenarnya
Quote bbasir 22-12-2023 09:45 AM
likilu replied at 22-12-2023 09:24 AM
Bilik tu muat berapa orang sebenarnya

14k-16k... kalau dia buat kat stadium mgkn bole full house juga ni
Quote selipar_hijau 22-12-2023 09:49 AM
Mengatasi rekod ella la kt axiata haritu
Quote MatDeghem 22-12-2023 09:50 AM
Siti Nurhaliza's 19-yr record broken by Coldplay, hopes to regain it before retiring.

Nak challenge concert Retis international. Ok lah dah pegang concert retis lokal terpaling ramai beli ticket.


Coldplay - 75,000 ribu
Siti bakal pegang 80,000 kot....

Quote rosevelvet 22-12-2023 10:43 AM
MatDeghem replied at 22-12-2023 09:50 AM
Siti Nurhaliza's 19-yr record broken by Coldplay, hopes to regain it before retiring.

Nak challenge ...

Bukan ke tokti pnh pgg 100k dulu. X ingt dah mcm ada terbc. Masa sheol mendonia sblm kawen
Quote lasagna 22-12-2023 10:56 AM
pooodahh.. iols sokong concert kak G, tenang2 jer..
koser laa dgn ppuan ni..
Quote sayurmayur88 22-12-2023 11:00 AM
sape kata rakyat kita xde duit??? hahaha
Quote YomiuriLandMae 22-12-2023 11:05 AM
iols rasa harga rahmah dgn option atome payment main peranan tiket bole laku keras..
Quote apedehal 22-12-2023 11:15 AM
Lawa tokti ni.. the only mesian singer yg ada suara sedap muka cantik..bg aku la. Cuma rugi xleh pergi international je
Quote phalanx 22-12-2023 11:17 AM
Tiket mur mur kan berbanding konsert dulu. Cuckoo mesti absorb sikit harga tiket tu, tu yg boleh jual mur mur sikit.
Quote September14 22-12-2023 11:38 AM
Xleh lah tgk mulut dia
Quote sleepandream 22-12-2023 01:30 PM
macammana penyanyi kenduri kawen yang tak eksklusip macam siti ni boleh sold out 2 jam jeee?
yg eksklusip tu mesti sold out 2 saat jew?
Quote deebiz14 22-12-2023 02:04 PM
Ohhh... sheols maseh relevan yaa?

All the best Tokti.
Quote sofi_sofia 22-12-2023 02:13 PM
menangis bucu katil nek ani terpaling irama msia dgr berita nih ...
Quote kitaserupaaa 22-12-2023 03:10 PM
phalanx replied at 22-12-2023 11:17 AM
Tiket mur mur kan berbanding konsert dulu. Cuckoo mesti absorb sikit harga tiket tu, tu yg boleh jua ...

Konsert dulu konsert yg mana ? Kalau compare dgn konsert snot thn 2019, harga tket konsert nxt year mahal sikit utk semua kategori seat kecuali vip meet & greet.
Quote alesandra 22-12-2023 03:21 PM
Kalo betul2 nak lawan rekod ella buatla 2 mlm.ella 2 mlm pun sold out
Quote imanamsyar 22-12-2023 03:55 PM
lepas konsert ada harapan la anak tiri ngendeng tukar keta baru..eh, tibberrrrr...
Quote syamzana 22-12-2023 04:18 PM
YomiuriLandMae replied at 22-12-2023 11:05 AM
iols rasa harga rahmah dgn option atome payment main peranan tiket bole laku keras..

huhu nak p konsert pun atome payment....nmpk sgt takdop pitih. dok je la dendiam kat umah tgk hmi tokti jaman dulu2

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047305 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top