CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Arash Mohamad Tak Simpan Dendam Walaupun 5 Tahun Dipergunakan

22-12-2023 12:21 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 23130| Komen: 6

Description: Mendedahkan pernah dipergunakan selama lima tahun oleh sebuah syarikat, pelakon, Arash Mohamad kini lebih berhati-hati berurusan atau menerima tawaran sebagai duta.Menurut Arash, 54, dia bukan ditipu ...
Mendedahkan pernah dipergunakan selama lima tahun oleh sebuah syarikat, pelakon, Arash Mohamad kini lebih berhati-hati berurusan atau menerima tawaran sebagai duta.

Menurut Arash, 54, dia bukan ditipu atau dianiaya, namun terdapat pihak yang menggunakan namanya sebagai duta untuk menjalankan cara perniagaan yang bertentangan dengan prinsip pelakon itu.



“Selama ini ramai yang sudah memberitahu mengenai sikap dan perangai individu ini. Namun ketika itu saya rasa dia sangat baik dan enggan menghiraukan kata-kata itu.

“Namun selepas lima tahun menjadi duta syarikat itu, mereka ada melakukan sesuatu yang tidak mahu saya jelaskan secara terperinci, namun cukuplah jika anda tahu ia bertentangan dengan prinsip saya,” katanya.

Arash ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana dan sidang media filem Dalang, semalam.

Dedah Arash lagi, dia tidak menyimpan dendam apalagi individu dan syarikat berkenaan sudah mendapat balasan yang setimpal.


“Saya tidak berdendam sebab sepanjang berurusan dengan mereka, saya dapat menumpang rezeki.

“Saya hanya anggap saya dipergunakan dan mereka pun sudah mendapat kifarah daripada perbuatan mereka.

“Allah tak beri Kifarah on the spot, tapi Dia beri perlahan-lahan agar kita ada masa untuk sedar,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-12-2023 07:44 AM
Iols memang dah lupa kewujudan sheols
Quote MatDeghem 22-12-2023 07:50 AM
sampai lima tahun lama nya baru kamu sedar kamu di pergunakan.

ke kerana sekarang mereka tak gunakan kamu....plot twist di pergunakan.

Quote lasagna 22-12-2023 07:56 AM
alaa dia mesti tau dah kena tu.. cuma dia rse tu mmg rezki dia kan.
konsepnya 'biar laa org buat kat aku, tp aku tak buat org tu' aaaacentuhh
Quote LadyCarefree 22-12-2023 11:47 AM
Produk apa tu?
Quote babelina 22-12-2023 12:44 PM
nk tarik diri ssh agknya.. kontrak 5thn.. hmmm..
tp i ols suka dia.. lama dia x blakon dh..
Quote fealefea 22-12-2023 12:51 PM
produk kasut tu ke comfy fit by arash

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046515 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top