CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mak Jah Terharu Rosyam Nor Hadiahkan Kerusi Roda, Siap Bagi Belanja RM500 Sebulan

21-12-2023 02:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10297| Komen: 17

Description: Pelakon Mak Jah atau Maimunah Ahmad terharu atas keprihatinan Datuk Rosyam Nor menghadiahkan kerusi roda untuknya.Kata Mak Jah, Rosyam menghubunginya selepas membaca kepayahan hidup dan masalah kesiha ...
Pelakon Mak Jah atau Maimunah Ahmad terharu atas keprihatinan Datuk Rosyam Nor menghadiahkan kerusi roda untuknya.

Kata Mak Jah, Rosyam menghubunginya selepas membaca kepayahan hidup dan masalah kesihatan dihadapinya yang dilaporkan mStar pada September lalu.


Dia sebenarnya hanya bergurau meminta kerusi roda daripada aktor itu namun tidak menyangka Rosyam menghantar kerusi roda elektrik tersebut ke rumahnya.


"Rosyam tahu saya saya menerusi kisah saya yang dipaparkan dalam mStar dan dia terus telefon dan minta saya ke pejabatnya.

"Dia tanya sama ada saya perlukan apa-apa bantuan dan saya bergurau tentang kerusi roda elektrik, tak sangka pula selepas itu dia beritahu nak hantar alat itu ke rumah," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Mak Jah meluahkan rasa terharu apabila kisahnya mendapat perhatian rakan artis yang menghulurkan bantuan tatkala dia diuji dengan masalah kesihatan.


Dedah Mak Jah, Rosyam tidak hanya menghadiahkan kerusi roda elektrik tetapi turut menghantar produk minuman kesihatan berserta wang perbelanjaan RM500 setiap bulan.

"Rosyam ada beri saya produk minuman kesihatan dan minta saya amalkan untuk kesihatan lebih baik.

"Tak hanya itu, Rosyam turut bagi wang saku RM500 setiap bulan untuk perbelanjaan ubat-ubatan saya.

"Saya memang tak sangka ramai rakan artis yang membantu dan menghargai saya sebagai pelakon veteran," ujarnya.

Mengimbau keakraban mereka, Mak Jah memberitahu dia sudah mengenali Rosyam sebelum aktor itu masih bujang lagi.

Walaupun rapat sehingga kini namun Mak Jah berasa segan untuk meminta apa-apa bantuan daripada Rosyam.

"Sebelum ini saya memang rapat dengan Rosyam sebab saya sudah mengenalinya sejak dia bujang lagi.

"Sebelum dia jadi pelakon dan hanya bekerja dibelakang tabir kami sudah mula rapat dan melalui hidup susah senang bersama.

"Selama ini kami memang saling kenal tetapi tidaklah kerap berhubung. Saya pun segan kalau nak minta apa-apa bantuan daripadanya," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mamason 21-12-2023 02:32 PM
Alhamdulillah... Moga dipermudahkan segala urusan.
Quote jlo 21-12-2023 02:38 PM
Alhamdulillah..
Quote alien88 21-12-2023 04:45 PM
Alhamdulillah..
Quote Skyline_84 21-12-2023 04:50 PM
alhamdulilah rezki mak jah...
Quote ajeajelah 21-12-2023 04:53 PM
Alhamdulillah. Semoga mak jah sihat kembali. Rezeki rosyam nor bertambah amin.
Quote Mizlyn 21-12-2023 04:58 PM
Alhamdulillah...
Quote jihyomelly 21-12-2023 05:02 PM
alhamdulillah..moga terus dimurahkan rezeki..
Quote TomyamPuteh 21-12-2023 05:16 PM
Baru2 ni aku tgk helok je Mak Jah pegi mkn dkt Food Court Permaisuri tuh. Jauh jugak dia berjalan dari parking tu. I is musykil.
Quote LadyCarefree 21-12-2023 05:23 PM
TomyamPuteh replied at 21-12-2023 04:16 PM
Baru2 ni aku tgk helok je Mak Jah pegi mkn dkt Food Court Permaisuri tuh. Jauh jugak dia berjalan da ...

Ooooo. Laaaaaaa. Takpelah. Kot lepas ni retis2 yg perlukan bantuan bolehlah bergurau dgn Paklalat pulak kot dapat rumah. Tiber.
Quote 3chanceno 21-12-2023 06:17 PM
Alhamdullillah..semuga semua yg membantu dapat keredhaan Allah.
Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 06:52 PM
So tiap2 bln ada X terima bantuan JKM?
Quote sleepandream 21-12-2023 07:05 PM
moga murah lagi rezeki rosyam nor...
btw minuman kesihatan apa tu? jgn yang tidak2 yeaaa....
Quote she 21-12-2023 08:06 PM
Mak Jah ok
Takde kontroversi
Quote Mary_jane 21-12-2023 09:00 PM
Mak Jah sakit apa? Moga diberi kesembuhan & kekuatan.

Lega baca sharing positif macam ni, retis tolong sesama retis.
Quote asamfish 21-12-2023 10:47 PM
bagus lah rosyam ingat kkwn ....alhamdulillah....lebih kurang mcm usop selam gak
Quote babelina 22-12-2023 11:20 AM
syg mak jah & rosyam.. moga dpermudahkn segala urusan mak jah dunia dan akhirat.. amin yra..
aku mmg suka lakonan mak jah.. n minat giler ngn rosyam dari dulu lg..
Quote I.K.A888990 22-12-2023 07:01 PM
semoga dipermudahkan segala urusan mak jah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.065369 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top