CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisar Khaled Nak Pusing Satu Malaysia Agih Hadiah, Enggan Dilabel Penipu

21-12-2023 02:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9003| Komen: 1

Description: Baru-baru ini pempengaruh Aisar Khaled telah tampil berkata dirinya akan membuat 'tour' dari rumah ke rumah untuk memberikan hadiah kepada pemenang yang berjaya mendapat cabutan bertuah semasa siaran ...
Baru-baru ini pempengaruh Aisar Khaled telah tampil berkata dirinya akan membuat 'tour' dari rumah ke rumah untuk memberikan hadiah kepada pemenang yang berjaya mendapat cabutan bertuah semasa siaran langsungnya di TikTok.


Disebabkan sebelum ini didakwa menipu orang ramai yang masih belum mendapat hadiah dari Aisar, dirinya telah bertegas akan mengagihkan hadiah-hadiah berkenaan kepada si pemenang di serata Malaysia.


"Awak kena faham, cara komen “saya nak” di komen live ini adalah cara saya. Tiga tahun dah saya buat macam ni. 

"Disebabkan ramai yang panas, sebagai bukti hari ni saya akan pusing satu Malaysia untuk berkongsi rezeki kepada siapa yang komen dalam live saya," katanya.

Kata pempengaruh berumur 23 tahun ini, hadiah-hadiah yang bakal diberi kepada orang ramai terdiri dari sebuah motor, televisyen, Iphone dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, masih ramai yang tidak berpuas hati kerana hadiah sebuah kereta Mercedes yang dijanjikan Aisar masih lagi belum ditunaikan meskipun sudah berkali-kali berkata akan memberi hadiah tersebut secepat mungkin kepada pemenang.



Sumber: Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 21-12-2023 05:35 PM
sorry tp his face shouts gay

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.044901 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top