View: 10772|Reply: 17
|
Mak Jah Terharu Rosyam Nor Hadiahkan Kerusi Roda, Siap Bagi Belanja RM500 Sebulan
[Copy link]
|
|
Pelakon Mak Jah atau Maimunah Ahmad terharu atas keprihatinan Datuk Rosyam Nor menghadiahkan kerusi roda untuknya.
Kata Mak Jah, Rosyam menghubunginya selepas membaca kepayahan hidup dan masalah kesihatan dihadapinya yang dilaporkan mStar pada September lalu.
Dia sebenarnya hanya bergurau meminta kerusi roda daripada aktor itu namun tidak menyangka Rosyam menghantar kerusi roda elektrik tersebut ke rumahnya.
"Rosyam tahu saya saya menerusi kisah saya yang dipaparkan dalam mStar dan dia terus telefon dan minta saya ke pejabatnya.
"Dia tanya sama ada saya perlukan apa-apa bantuan dan saya bergurau tentang kerusi roda elektrik, tak sangka pula selepas itu dia beritahu nak hantar alat itu ke rumah," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Dalam pada itu, Mak Jah meluahkan rasa terharu apabila kisahnya mendapat perhatian rakan artis yang menghulurkan bantuan tatkala dia diuji dengan masalah kesihatan.
Dedah Mak Jah, Rosyam tidak hanya menghadiahkan kerusi roda elektrik tetapi turut menghantar produk minuman kesihatan berserta wang perbelanjaan RM500 setiap bulan.
"Rosyam ada beri saya produk minuman kesihatan dan minta saya amalkan untuk kesihatan lebih baik.
"Tak hanya itu, Rosyam turut bagi wang saku RM500 setiap bulan untuk perbelanjaan ubat-ubatan saya.
"Saya memang tak sangka ramai rakan artis yang membantu dan menghargai saya sebagai pelakon veteran," ujarnya.
Mengimbau keakraban mereka, Mak Jah memberitahu dia sudah mengenali Rosyam sebelum aktor itu masih bujang lagi.
Walaupun rapat sehingga kini namun Mak Jah berasa segan untuk meminta apa-apa bantuan daripada Rosyam.
"Sebelum ini saya memang rapat dengan Rosyam sebab saya sudah mengenalinya sejak dia bujang lagi.
"Sebelum dia jadi pelakon dan hanya bekerja dibelakang tabir kami sudah mula rapat dan melalui hidup susah senang bersama.
"Selama ini kami memang saling kenal tetapi tidaklah kerap berhubung. Saya pun segan kalau nak minta apa-apa bantuan daripadanya," jelasnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... Moga dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah rezki mak jah... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Semoga mak jah sihat kembali. Rezeki rosyam nor bertambah amin. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..moga terus dimurahkan rezeki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni aku tgk helok je Mak Jah pegi mkn dkt Food Court Permaisuri tuh. Jauh jugak dia berjalan dari parking tu. I is musykil. |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 21-12-2023 04:16 PM
Baru2 ni aku tgk helok je Mak Jah pegi mkn dkt Food Court Permaisuri tuh. Jauh jugak dia berjalan da ...
Ooooo. Laaaaaaa. Takpelah. Kot lepas ni retis2 yg perlukan bantuan bolehlah bergurau dgn Paklalat pulak kot dapat rumah. Tiber. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah..semuga semua yg membantu dapat keredhaan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
So tiap2 bln ada X terima bantuan JKM? |
|
|
|
|
|
|
|
moga murah lagi rezeki rosyam nor...
btw minuman kesihatan apa tu? jgn yang tidak2 yeaaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak Jah ok
Takde kontroversi |
|
|
|
|
|
|
|
Mak Jah sakit apa? Moga diberi kesembuhan & kekuatan.
Lega baca sharing positif macam ni, retis tolong sesama retis. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah rosyam ingat kkwn ....alhamdulillah....lebih kurang mcm usop selam gak |
|
|
|
|
|
|
|
syg mak jah & rosyam.. moga dpermudahkn segala urusan mak jah dunia dan akhirat.. amin yra..
aku mmg suka lakonan mak jah.. n minat giler ngn rosyam dari dulu lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan segala urusan mak jah |
|
|
|
|
|
|
| |
|