CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakit Perut Tiba-Tiba Beranak- Pemandu Lori Rogol Budak 14 Tahun Dipenjara 15 Tahun Dan Lima Sebatan

8-6-2023 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1113| Komen: 8

Description: Tawau: Pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun sehingga melahirkan bayi perempuan, 13 M ...
Tawau: Pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun sehingga melahirkan bayi perempuan, 13 Mac lalu.


Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh berusia 25 tahun selepas menerima pengakuan bersalah mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga sepupu kepada ibu mangsa dituduh merogol kanak-kanak berumur 14 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik tidur di Bandar Sri Indah, dekat sini, antara 2 pagi hingga 3 pagi, pada Julai hingga Ogos tahun lalu.


Foto: Harian Metro

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Suhaimi dalam hujahnya memohon hukuman berat ke atas tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam selain tahap keseriusan kes.


"Hukuman berat juga wajar dikenakan sebagai pengajaran ke atas tertuduh yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa selain faktor trauma dialami mangsa selepas dirogol berkali-kali sehingga melahirkan bayi.

"Malah tertuduh sedikitpun tidak menunjukkan perasaan insaf atau menyesal atas perbuatannya semasa diberi peluang membuat rayuan," tegasnya.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara 15 tahun dan lima kali sebatan manakala pelaksanaan hukuman berkuat kuasa tarikh tangkapan iaitu pada 15 Mac 2023.

Berdasarkan fakta kes, pada 13 Mac jam 3.45 petang, mangsa dibawa ke hospital oleh neneknya selepas mengadu sakit perut dan pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengandung 36 minggu sebelum selamat melahirkan bayi perempuan jam 7.15 malam hari sama.

Mangsa kemudiannya mendedahkan dirogol oleh tertuduh yang tinggal sebumbung di rumah neneknya sebelum ditangkap pada 15 Mac. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 9-6-2023 08:35 AM
mmg xnmpak eh klau mgndung anak haram?
Quote pinkpunk 9-6-2023 08:47 AM
15 tahun je, klu berkelakuan baik, less than that dah keluar.. budak pempuan tu tak smpai umur 40 lagi.. silap2 xkawen trauma ngandung anak luar nikah.. apalah hakim ni
Quote twins 9-6-2023 10:47 AM
kena 15 tahun je ?  keluar nanti umur baru 40... apa der hal... rogol lagiiiii...
bukan ke kalau rogol kanak hukuman penjara lebih 20 tahun ?
Quote gigahertz 9-6-2023 05:51 PM
pinkpunk: 15 tahun je, klu berkelakuan baik, less than that dah keluar.. budak pempuan tu tak smpai umur 40 lagi.. silap2 xkawen trauma ngandung anak luar nikah ...

kalau baby yang keluar tu baby girl. setelah 15 tahun di rogolnya lagi sekali.
Quote whimsicalmusic 9-6-2023 07:10 PM
adih kesiannya mangsa..umur cmtu da kena lalui proses hamil n beranak
Quote fortiori13 11-6-2023 03:26 PM
twins replied at 9-6-2023 02:47 AM
kena 15 tahun je ?  keluar nanti umur baru 40... apa der hal... rogol lagiiiii...
bukan ke kalau rog ...

Mamat tu kena tuduh bawah seksyen 376(2)(d) KK, mmg utk rogol budak pompuan bawah 16 tahun tanpa kerelaan. Penjara min 5 tahun, max 30 tahun & boleh kena sebat.

Yg sy tahu, kalau mamat ni sebelum ni tak ada rekod penah rogol budak (kira dia 1st offender), mmg jarang court bagi hukuman penjara maksimum, esp kalau mamat tu mengaku salah awal2 (tanpa gi bicara).
Quote fortiori13 11-6-2023 03:29 PM
gigahertz replied at 9-6-2023 09:51 AM
kalau baby yang keluar tu baby girl. setelah 15 tahun di rogolnya lagi sekali.

Tu pun kalau 15 tahun, lom tolak cuti, diskaun kelakuan baik dlm penjara sume. Silap-silap 9 , 10 tahun dah kuar ????????
Quote alieyrina 11-6-2023 05:07 PM
15 mcm tak cukup sbb dia tak buat muka insaf. Mesti duk buat muka poyo kerek nak mampos sbb dpt 15 thn ja

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057046 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top