CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah! Fauziah Nawi, Dj Dave Penggiat Seni Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Agong

5-6-2023 03:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2695| Komen: 37

Description: Pelakon Fauziah Nawi antara penggiat seni yang tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Ab ...
Pelakon Fauziah Nawi antara penggiat seni yang tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin.


Fauziah, 70, menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) bagi kategori penggiat seni sebagai pengiktirafan terhadap jasa sepanjang berkecimpungan dalam kerjaya sebagai artis.


Meluahkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut, Fauziah juga memberitahu dia tidak pernah mengimpikan dikurniakan darjah kebesaran sebegini.

"Alhamdulillah... bersyukur. Saya tidak pernah bermimpi untuk sebarang penghargaan.

"Dengan pingat ini saya harap dapat memberi lebih banyak khidmat bakti," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Fauziah memulakan kerjaya seni sekitar tahun 1974 sebagai seorang penyanyi sebelum aktif berlakon.


Dia telah membintangi puluhan drama dan filem sejak 1981 selain turut menjadi jurulatih lakonan buat pelakon baharu.

Antara filem lakonannya adalah seperti Sayang Salmah, Berlari Ke Langit dan Qabil Khushry Qabil Igam.

Fauziah juga pernah menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman dalam Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31).

Sementara itu, seorang lagi penggiat seni iaitu penyanyi Datuk DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah, 75, menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

DJ Dave tersenarai bagi kategori sukarelawan untuk jasanya sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air.

Tahun ini menyaksikan seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 yang berlangsung di Istana Negara.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-6-2023 03:11 PM
tahniah... acik pojiah nawi memang banyak berjasa pada industri hiburan di belakang tabir... ramai pelakon2 pun memang anak murid dia gittuhh...

dua2 dah umo 70 tahun baru dapat darjah kebesaran... kira lama betul yach nak dapat dato kalau takde duit sekarang ni...

Quote matbad 5-6-2023 03:26 PM
dudaberhias: tahniah... acik pojiah nawi me ...

Teringat teater dia yg jeng jeng jeng tu
Quote Rhyno 5-6-2023 03:28 PM
Kak Noraniza Idris bila nak dapat pengiktirafan yah? kesian sheols since 1997 memperjuangkan irama tradisional.....
Quote noor2 5-6-2023 03:31 PM
Rhyno replied at 5-6-2023 03:28 PM
Kak Noraniza Idris bila nak dapat pengiktirafan yah? kesian sheols since 1997 memperjuangkan irama t ...

Yela...ni artis indonesia pun depa bg gelaran dato...patut noraniza ni dpt...
Quote SANKURIANG 5-6-2023 03:40 PM
Datuk dari Agong…..memang Fauziah Nawi layak. Darjah Persekutuan bukan kaleng2 ye….
Quote Bipolajourney 5-6-2023 04:00 PM
dudaberhias replied at 5-6-2023 03:11 PM
tahniah... acik pojiah nawi memang banyak berjasa pada industri hiburan di belakang tabir... ramai p ...

Konsep rezeki namanya chu ol

***********************
@dudaberhias mengkhuatirkan jika dia terdakwa benar benar memiliki multinickname bermasalah yang dikenali seantero forum yakni @oyo_miow dan segala jenis @stingerbumpy . Oleh yang demikian ia bukan saja terlihat mencalarkan maruah dirinya dan keegoannya bahkan ia tidak dapat menerima jika seseorang berdiri firm membantahnya-. Ia digelar sebagai narcissistic injury yang akan bertukar kepada rage. Dan adalah satu kebiasaan bagi narcissists untuk menyebar smear campaign - tuduhan menghina agama melalui multinicknames. @dudaberhias gagal menyertakan bukti bahawa aku dihempuk/diserang Manak kerana dia bolehjadi adalah Manak.

DISCLAIMER : Satu satu nya multinickname yang aku miliki adalah @Guarddogs kerana menghadapi masalah login
Quote Bipolajourney 5-6-2023 04:34 PM
dudaberhias replied at 5-6-2023 04:01 PM
yer memang rezeki dia bukan chuols...

----------------------------

Mirroring ke tu

***********************
@dudaberhias mengkhuatirkan jika dia terdakwa benar benar memiliki multinickname bermasalah yang dikenali seantero forum yakni @oyo_miow dan segala jenis @stingerbumpy . Oleh yang demikian ia bukan saja terlihat mencalarkan maruah dirinya dan keegoannya bahkan ia tidak dapat menerima jika seseorang berdiri firm membantahnya-. Ia digelar sebagai narcissistic injury yang akan bertukar kepada rage. Dan adalah satu kebiasaan bagi narcissists untuk menyebar smear campaign - tuduhan menghina agama melalui multinicknames. @dudaberhias gagal menyertakan bukti bahawa aku dihempuk/diserang Manak kerana dia bolehjadi adalah Manak.

DISCLAIMER : Satu satu nya multinickname yang aku miliki adalah @guarddogs kerana menghadapi masalah login
Quote dudaberhias 5-6-2023 04:36 PM
Bipolajourney replied at 5-6-2023 04:34 PM
Mirroring ke tu

***********************

itu je ke modal chuolss...

Quote laksmanabentan 5-6-2023 05:30 PM
wahhh Datuk Fauziah Nawi...
bukan ker aritu dia cakap taknak la dato2 nih...
malu kalau ada title datuk nih kalau tak berduit gitu...
Quote noell 5-6-2023 05:38 PM
laksmanabentan replied at 5-6-2023 05:30 PM
wahhh Datuk Fauziah Nawi...
bukan ker aritu dia cakap taknak la dato2 nih...
malu kalau ada title da ...

kot dia kata takmo dato' mcm retis2 lain tuh kot kalo DATUK agung konpom mau punya neh hak gomen persekutuan sis

Quote laksmanabentan 5-6-2023 05:41 PM
noell replied at 5-6-2023 05:38 PM
kot dia kata takmo dato' mcm retis2 lain tuh kot kalo DATUK agung konpom mau punya neh hak gomen p ...

ada elaun ker uollsss kalau dapat Datuk nih?

Quote kitty_lynne 5-6-2023 05:49 PM
Johan Setia Mahkota tak bawa apa2 gelaran rasanya
Quote KirazMevsimi 5-6-2023 05:51 PM
tahniah tahniah
Quote hzln 5-6-2023 06:06 PM
Fauziah yg lagi sorang...bila pulak?

#ehhhh


Quote stingergrumpy 5-6-2023 06:56 PM
Bulus dada....tahap equatorial rainforest gais...

I loiked....

[youtube]oXfcVh06J3I[/youtube]
Quote ketupatnasi 5-6-2023 07:01 PM
Acik dj dep jek yg Datuk.. acik pojiah xdpt Datuk kan..
Quote jalfa 5-6-2023 07:09 PM
Harap agung x lupa fauziah sorang lagi
Quote harkktuih 5-6-2023 07:50 PM
Rasa xde pangkat datuk ke ape.. Cuma pingat kebesaran jer..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.048570 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top