CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terkenang Mendiang Ibu Bapa, Andmesh Nangis Nyanyi Lagu ‘Hanya Rindu’

5-6-2023 02:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 739| Komen: 5

Description: Tampil dalam konsert sulung Andmesh Live in Kuala Lumpur, penyanyi Indonesia itu tidak dapat menahan sebak apabila terkenangkan mendiang kedua ibu bapanya sewaktu membuat persembahan di Konsert Andmes ...
Tampil dalam konsert sulung Andmesh Live in Kuala Lumpur, penyanyi Indonesia itu tidak dapat menahan sebak apabila terkenangkan mendiang kedua ibu bapanya sewaktu membuat persembahan di Konsert Andmesh Live in Kuala Lumpur pada malam Ahad.


Pemilik nama sebenar, Jeandmesh Antonio Kamaleng, 25, mengalirkan air mata sewaktu mendendangkan lagu Luka dan Hanya Rindu yang didedikasikan buat kedua-dua orang tuanya.


Kata Andmesh, bapanya sangat berharap agar satu hari nanti dia dapat beraksi di pentas besar dengan iringan pemuzik.

Namun selepas dia berjaya mencapai impian itu, kedua ibu bapanya pula sudah tiada lagi untuk melihat kejayaan itu.

"Ayah saya benar-benar mendidik saya untuk menjadi apa yang dia inginkan. Saya mencintai muzik kerana ayah saya.

"Sewaktu kecil, ayah akan marah sekiranya saya salah bermain alat muzik atau bernyanyi, namun ibu pula yang akan membela saya.



"Kedua-dua mereka mempunyai pakej sempurna untuk hal yang sangat luar biasa untuk saya. Tidak kira mereka ada atau tidak, saya percaya mereka menonton di sana," katanya.

Dalam pada itu, Andmesh turut memberi penghormatan kepada kedua adiknya yang turut berada di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre yang hadir menyaksikan konsert sulung penyanyi berkenaan di Kuala Lumpur.

Tambah Andmesh, dia kini tidak lagi mempunyai sesiapa kecuali dua orang adik yang paling berharga dan mereka menjadi sebab dia terus tersenyum.


Malah, kedua-dua adiknya turut naik ke pentas sewaktu penyanyi itu menyampaikan lagu Hanya Rindu dan menangis bersama.

"Saya perlu beri penghormatan kepada kedua-dua adik saya yang datang dari jauh untuk saya.

"Sejak ketiadaan orang tua kami, merekalah harta yang paling bernilai buat saya," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-6-2023 03:05 PM
omg ni la penyanyi yang kaka @dua_chzy bagitau kat iols haritu...

rhoper heols memang kena tolak tepi yach sebab memang kuat leluhur hindu majapahit tu...

tapi memang lagu2 heols best jangan memain...
si acik pakai pesen pelik2 yang gigih nak buat album tu pun tak boleh challenge...

views pun berjuta2 gittuhh... lirik pun bukan calang2...

suara dia buatkan iols teringat dekat suara acik anuar zain... walaupun tengok2 rhopernyaa patrick star versi majapahit...

Quote heythere123 5-6-2023 03:10 PM
dudaberhias replied at 5-6-2023 03:05 PM
omg ni la penyanyi yang kaka @dua_chzy bagitau kat iols haritu...

rhoper heols memang kena tolak te ...

suara heols soothing sangat kan.

Memanh sesuai la untuk dengar bila2 pon
Quote dudaberhias 5-6-2023 03:19 PM
heythere123 replied at 5-6-2023 03:10 PM
suara heols soothing sangat kan.

Memanh sesuai la untuk dengar bila2 pon

memang hampir2 mirip suara anuar zain... memang sedap lagu2 dia...soothing dan sebutan tu jelas... berganda2 merdu lagu2 heols...

tapi tu la terpaksa cover skrin fon ke komputer tiap kali pasang MV heols... kadang2 guna tuala... habis kepanasan laptop iols...
Quote heythere123 5-6-2023 03:27 PM
dudaberhias replied at 5-6-2023 03:19 PM
memang hampir2 mirip suara anuar zain... memang sedap lagu2 dia...soothing dan sebutan tu jelas... ...

pasang youtube music la kakadud, album cover je keluar
Quote slyfynx 5-6-2023 04:29 PM
Semenjak irgoun punye kes, aku jadi kurang percaya lak retis2 indo yang chubby and x bape hensem.
Huhuhuhu
X baik kan aku

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.302462 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top