CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Lelaki Pukul Gelandangan Dengan Pemukul Besbol

4-6-2023 04:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 416| Komen: 3

Description: Klang: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan dua video memaparkan empat lelaki disyaki warga tempatan menaiki sebuah kereta dan memukul mangsa ...
Klang: Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan dua video memaparkan empat lelaki disyaki warga tempatan menaiki sebuah kereta dan memukul mangsa hari ini.


Polis sedang memburu individu yang tular memukul lelaki dipercayai gelandangan dengan besi pemukul besbol di sekitar kawasan bawah jambatan dan sebuah pasar raya di Pelabuhan Klang, di sini.


Katanya, polis turut menerima satu laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 43 tahun berkaitan klip video sama, pukul 12.02 tengah malam tadi.

“Kita setakat ini sedang berusaha mencari mangsa itu bagi mengetahui kejadian sebenar. Selain itu, polis masih mempergiatkan usaha mengesan suspek terlibat bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hoong Fong, kertas siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.


“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan beberapa individu menaiki kereta bertindak memukul lelaki yang berada di tepi jalan dipercayai gelandangan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-6-2023 06:13 PM
ya ampunnn sapekah tu... waras ke tidak?

harap2 bukan kaka @Bipolajourney lah sebab sheols pun waktu mood tak okey gigih duk hempuk2 orang siap iols pun di tag2 nya di setiap posting walaupun tak pernah ganggu hidup dia ke kacau dia... apalah nasib ko nyah...

Quote Ayda89 4-6-2023 11:50 PM
Geng cina ni mmg shilake dia mmg target gelandangan, tukang kutip besi buruk, mcmtula MO dia, acah2 berenti tanya lepastu belasah orang separuh mati. Banyak dah kes n report pun tak penah nya polis tangkap
Quote hokeypokey 5-6-2023 08:08 AM
kesian gelandangan, semalam punya berita gelandangan melecur kena bakar tilam dek org mabuk, hari ni cerita kena pukul plak..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046476 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top