CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Wolverine' Dikesan Di California, Kedua Disahkan Dalam Tempoh Seabad

4-6-2023 04:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1075| Komen: 14

Description: Los Angeles: Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lalu, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.Dalam tempoh dua minggu pada Mei, haiwan itu dilaporkan dilihat dua ...
Los Angeles: Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lalu, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.

Dalam tempoh dua minggu pada Mei, haiwan itu dilaporkan dilihat dua kali di Hutan Negara Inyo dan sekali di Taman Negara Yosemite.


Foto dan video haiwan itu dianalisis pakar Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mengesahkan ia haiwan sama berdasarkan perbandingan badan, warna dan pergerakan.


"Wolverine boleh menempuh jarak perjalanan jauh, menjadikan kemungkinan penampakan baru-baru ini sebagai haiwan yang sama.

"Pengesanan terbaharu ini sangat menarik berdasarkan hanya dua wolverine disahkan di California dalam tempoh 100 tahun lalu," kata Saintis Kanan Alam Sekitar Jabatan Ikan dan Hidupan Liar, Daniel Gammons dalam satu kenyataan.

Wolverine tidak pernah dikesan di hutan belantara California sejak 2018 dan makhluk sama itu juga dilaporkan pada 2008 di kawasan Truckee di Hutan Negara Tahoe.


Memandangkan wolverine biasanya hidup 12 hingga 13 tahun, penampakan pada 2023 ini dipercayai haiwan yang berbeza.

"Sesetengah orang mungkin ada melihatnya, tetapi tidak menyedari ia sangat jarang berlaku," kata jurucakap Jabatan Ikan dan Hidupan Liar, Tim Daly.

Julia Lawson, seorang lagi saintis alam sekitar di jabatan itu berkata rekod menunjukkan kewujudan wolverine di Sierra Nevada sehingga 1922, namun populasi itu pupus akibat aktiviti pemburuan, perangkap dan racun bagi mengelak mereka menyerang ternakan.

Haiwan itu yang secara genetik berkaitan musang dan luak, tersebar luas di Alaska dan Kanada, dengan populasi yang lebih kecil di Washington dan Idaho.

Wolverine boleh menyerupai beruang kecil memandangkan bulu dan saiznya serta disenaraikan sebagai haiwan terancam di bawah Akta Spesies Terancam California.

Mengeksport, membunuh, memiliki atau membeli haiwan itu adalah tidak dibenarkan dan menyalahi undang-undang.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 4-6-2023 04:29 PM
Edited by _blackbird at 4-6-2023 08:33 AM

wolverine pon tak tahu

Quote pisanggoreng 4-6-2023 04:40 PM
Hugh-Jackman-title-character-The-Wolverine-James.jpg
Quote Bipolajourney 4-6-2023 06:10 PM
kalau berbulu @dudaberhias tak mahu
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:11 PM
comeynya macam @Bipolajourney kalau waktu sheols tak makan ubat maybe sheols boleh terbayang keluar besi semua tu macam wolverine... gaytohhh


Quote dudaberhias 4-6-2023 06:17 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 06:10 PM
kalau berbulu @dudaberhias tak mahu

tapi chuols mahu kan berbulu2 gittuhh...chuols kan power bab delusional ni try la bayang yang tu manak ke apa...
boleh la rembes gittuhh....


Quote Tinot7 4-6-2023 06:22 PM
Iols dok bayang wolverine lain sbb inverted comma kat tajuk
Quote Lagubestbest 4-6-2023 07:08 PM
Edited by Lagubestbest at 4-6-2023 07:09 PM

ler.. i pun taktahu, gini rupanya.. awat tak nampak sharp pun muka dan bulu2 ittew. mcm comel je.
Quote green~tea 4-6-2023 07:14 PM
_blackbird replied at 4-6-2023 04:29 PM
wolverine pon tak tahu

He thought he was the only one... gayytohhhh
Quote green~tea 4-6-2023 07:15 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:17 PM
tapi chuols mahu kan berbulu2 gittuhh...chuols kan power bab delusional ni try la bayang yang tu m ...

Manak mana nampak bulu.. heols hitam
Quote terma2nkondisi2 4-6-2023 08:10 PM
Tinot7 replied at 4-6-2023 06:22 PM
Iols dok bayang wolverine lain sbb inverted comma kat tajuk

tu la.. sepatutnya xyah letak sbb artikel tu bgtau pasal wolverine yg mmg betul2 wolverine
Quote kaedahnya 4-6-2023 08:34 PM
macam gebu jah wolverine ni. ke keluarga anjing so kena samak kalu pegang?
Quote Tinot7 4-6-2023 10:47 PM
terma2nkondisi2 replied at 4-6-2023 08:10 PM
tu la.. sepatutnya xyah letak sbb artikel tu bgtau pasal wolverine yg mmg betul2 wolverine

Kaannnn...
Quote hokeypokey 5-6-2023 08:13 AM
comel jer wolverine ni..
Quote _blackbird 5-6-2023 08:43 AM
green~tea replied at 4-6-2023 11:14 AM
He thought he was the only one... gayytohhhh

Hihihi rasa ramai kot tak tahu. Aku igt selama ni wolverine ni ancient serigala yg dah lama pupus

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.075263 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top