CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Rugi RM110,556, Terpedaya Tawaran Kerja Sambilan Tidak Wujud

4-6-2023 11:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 361| Komen: 1

Description: Kuantan: Seorang suri rumah di daerah ini kerugian RM110,556 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berda ...
Kuantan: Seorang suri rumah di daerah ini kerugian RM110,556 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, wanita berusia 36 tahun itu menyertai iklan dalam aplikasi Telegram pada 30 Mei lalu.


Katanya, mangsa dikehendaki membuat tanda suka dan berkongsi video di Youtube yang diletakkan dalam aplikasi terbabit.


"Mangsa ditawarkan 15 hingga 20 peratus keuntungan daripada lapan tugasan yang diberikan oleh suspek.

"Pada masa sama, mangsa melakukan 21 pindahan wang kepada lima akaun bank yang berlainan untuk menjelaskan bayaran yang dikehendaki oleh suspek.

"Mangsa menggunakan wang simpanan sendiri dan pinjaman daripada rakannya untuk semua transaksi yang keseluruhannya berjumlah RM110,556.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam kes terbabit, Yahaya menasihati dan menegaskan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 4-6-2023 11:31 AM
Duit sendiri lesap hutang org nak kena bayar pulak..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041848 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top