CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Durian Klon Kini Lebih Murah

4-6-2023 11:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 863| Komen: 12

Description: Kuantan: Pengeluaran serentak selain tidak dapat mengeksport ke luar negara menjadi faktor utama harga durian Musang King dan beberapa klon terkenal kini jatuh berbanding sebelum ini.Lebih ketara apab ...
Kuantan: Pengeluaran serentak selain tidak dapat mengeksport ke luar negara menjadi faktor utama harga durian Musang King dan beberapa klon terkenal kini jatuh berbanding sebelum ini.

Lebih ketara apabila durian Musang King gred A yang sebelum ini dijual antara RM50 hingga RM70 sekilogram (kg) kini turun antara RM20 hingga RM30.


Peniaga buah, Mohd Kamarul Hafsan, 37 berkata, pada musim ini dia terpaksa menjual durian klon pada harga rendah berikutan harga ladang yang lebih murah.

Mohd Kamarul (kanan) melayan pelanggan di gerai jualan durian di Jalan Gambang-Kuantan dekat Batu Tiga. FOTO Mohd Rafi Mamat

Selain itu, katanya pengeluaran durian terutama di Johor kini berlaku secara serentak, dan pekebun perlu memasarkan buah segera bagi mengelak rosak, sekali gus berkenaan menyebabkan harga jatuh secara menyeluruh.


Menurutnya, setiap hari dia menerima bekalan buah terus dari ladang di Johor dan Maran termasuk kampung dan klon seperti Musang King, Kunyit, Udang Merah, IOI, Kasak Merah dan Tupai King.

"Disebabkan harga ladang yang rendah dan tidak boleh dieksport saya boleh menjual raja buah itu pada harga antara RM6 hingga RM30 kg.

"Rata-rata peminat raja buah itu berpeluang merasa durian klon musim ini pada harga rendah, sebelum ini mereka hanya mampu melihat sahaja Musang King yang dianggap buah harga kayangan," katanya di sini.

Dia yang berniaga di tepi Jalan Gambang-Kuantan dekat Batu Tiga, di sini berkata, dia mampu menjual lebih tiga tan pelbagai jenis durian sehari sejak seminggu lalu.

Mohd Kamarul berkata, permintaan durian kali ini begitu menggalakkan, dan setiap hari antara 200 hingga 300 pelanggan singgah ke pusat jualan 'Mok marah jual mahal' di Jalan Gambang-Kuantan dekat Batu Tiga yang turut menyediakan kawasan menjamu selera.

"Jualan durian tahun ini dijangka berlarutan sehingga tiga bulan, penggemar durian pastinya puas dapat menikmati durian pada harga murah dalam jangka masa panjang.

"Saya kini dibantu lapan pembantu untuk melayan pelanggan yang bertambah dua hingga empat kali ganda pada hujung minggu yang turut datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Perak," katanya yang sudah lima tahun berniaga durian di Jalan Gambang-Kuantan dekat Batu Tiga.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 4-6-2023 11:56 AM
Sejak bila harga dari ladang murah maka kena jual murah?
Quote TOPwind 4-6-2023 12:02 PM
Triple_8 replied at 4-6-2023 11:56 AM
Sejak bila harga dari ladang murah maka kena jual murah?

sejak menu rahmah di kenakan oleh madanon
Quote bunnyj3lly 4-6-2023 01:12 PM
Edited by bunnyj3lly at 4-6-2023 01:14 PM

Lagipun China dah mula menanam pokok durian. Bersedialah menghadapi krisis durian bagi pengusaha-pengusaha durian yang banyak fokus pada eksport ke China.

Quote PULANGKAN 4-6-2023 01:49 PM
netijen kata, Musang King ni sebenarnya overrated ja
sebab ada perkataan king
tapi selayaknya digelar Musang Yahudi, dek kerana harganya

menurut buletin netijen, di Malaysia yang ok, sama ada Black Thorn, atau IOI

entah lah nok. Iols makan durian kampung ja

itu pun tak lalu nak makan sejak musim panas melanda dunia

tambah pulak, risau darah tinggi lagi. almaklum le berumur
Quote antikorok 4-6-2023 01:52 PM
Cashhh kpd tokeh2 terpaling sebab sebelom2 ni caj rega seroper Jyehudi harga mampoo
tengok telan ayaq liuq jahhh??? Even ummah PRC pun dah tak pandang dahhh doyan terlebih racun perosak tuhh dan dah tanam doyan sendirik jahhh
Quote kakikuDibibirmu 4-6-2023 01:58 PM
[youtube]45bZozC1gZI[/youtube]
Quote dudaberhias 4-6-2023 02:05 PM
musang king ke klon ni sama je rasa macam durian lain, bukan beza mana pun... takat rasa sengat2 macam berasid tu jah....

durian kampung lagi sedap bagi iols...

cumanya kalau makan hari2 siap sedia lah nak potong kaki gittuhh...

@Bipolajourney

Quote Bipolajourney 4-6-2023 02:41 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 02:05 PM
musang king ke klon ni sama je rasa macam durian lain, bukan beza mana pun... takat rasa sengat2 mac ...

sejak durian naik harga, kak dude dah tak makan durian sebagai boikot.

betul ke ?

Quote dudaberhias 4-6-2023 02:43 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 02:41 PM
sejak durian naik harga, kak dude dah tak makan durian sebagai boikot.

betul ke ?

iols makan lagi sebab family iols ada kebun musang king gittuh...

cumanya tak larat nak makan sendiri dah...

buah semua lawo2 sebab pakai jaring supaya durian tu jatuh atas jaring...


Quote Decaffeinated 4-6-2023 04:08 PM
Triple_8 replied at 4-6-2023 11:56 AM
Sejak bila harga dari ladang murah maka kena jual murah?

aku pun pelik baca ayat tu

"dia terpaksa menjual durian klon pada harga rendah berikutan harga ladang yang lebih murah."

cakap ja lah terpaksa jual murah sebab dah tak laku kalau harga mahal

Quote Thunderclouds 4-6-2023 04:25 PM
Mana nk tau durian klon ka dak?
Dia boh label ka mcm mna?
Quote ctaz 4-6-2023 05:51 PM
ambik kat ladang rega murah....kendian penjual jual dgn harga murah juga...
baik sungguh penjual itu...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050073 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top