CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perintah Berkurung Di ESSZONE Dilanjut Hingga 19 Jun

4-6-2023 11:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 616| Komen: 8

Description: Kota Kinabalu: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 19 Jun.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dik ...
Kota Kinabalu: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 19 Jun.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, ia meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.


Gambar hiasan.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi.

"Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

"Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Jauteh berkata, ia turut memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 4-6-2023 12:10 PM
kesian penduduk di sana, nk hidup pun tak tenang..
Quote Supersirap 4-6-2023 12:11 PM
Semoga dipermudah segala urusan ya
Quote H0rr0rfan 4-6-2023 05:34 PM
Kalau di Lahad Datu, satu situasi normal di mana nampak kereta kebal berlegar-legar di bandar sambil askar lengkap bersenjata buat kawalan. Rasanya penduduk di sana pun sudah faham perintah berkurung ni. Fyi, perintah berkurung bukan untuk penduduk keluar rumah tetapi tidak keluar ke kawasan perairan berdekatan dengan sempadan bagi mengelakkan diculik 'mundu' (gelaran pirates di sana).
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:18 PM
alamak @Bipolajourney selamat ke tu... ke chuolss pun berkurung jugak tu yang takde keje pergi ganggu orang2 yang tak pernah ganggu chuolss gittuhh...
Quote Bipolajourney 4-6-2023 06:41 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:18 PM
alamak @Bipolajourney selamat ke tu... ke chuolss pun berkurung jugak tu yang takde keje pergi gangg ...

selamat lagi alhamdulillah.
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:43 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 06:41 PM
selamat lagi alhamdulillah.

alhamdulilah semoga cepat2 ye masuk ke sana supaya tak ganggu kehidupan orang2 dan manusia yang tak pernah ganggu hidup mu.... gittuhh....


Quote dua_chzy 4-6-2023 06:51 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 10:41 AM
selamat lagi alhamdulillah.

Uols dok area Esszone rupanya. Sama macam si Vespa tu.
Quote dua_chzy 4-6-2023 06:52 PM
Idok la penduduk2 sana hidup di zaman Jepun pun uols. Masih mampo berlibur berjimba2. Berbunuh2an pun iya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.053074 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top