CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Priyanka Chopra Berang Pengarah Filem Bollywood Nak Lihat Seluar Dalam

2-6-2023 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 838| Komen: 5

Description: Pelakon dan model popular, Priyanka Chopra mengimbas detik hitam berdepan permintaan menjengkelkan daripada seorang pengarah filem.Dedah isteri kepada Nick Jonas itu ketika mula-mula bergiat dalam ind ...
Pelakon dan model popular, Priyanka Chopra mengimbas detik hitam berdepan permintaan menjengkelkan daripada seorang pengarah filem.

Dedah isteri kepada Nick Jonas itu ketika mula-mula bergiat dalam industri hiburan, seorang pengarah filem Bollywood meminta untuk melihat seluar dalamnya dalam satu adegan filem.



IG

Mengimbau kejadian sekitar tahun 2002 atau 2003 itu, Priyanka berkongsi kepada The Zoe Report, “Saya berperanan sebagai seorang yang melakukan undercover, jadi ada satu babak saya perlu menggoda watak lelaki.  Jelas itulah yang dilakukan oleh gadis apabila memegang watak penyamar.

“Tetapi dalam adegan tersebut saya perlu menggoda lelaki itu dan perlu menanggalkan sehelai pakaian satu persatu. Oleh sebab itu saya mahu pakai pakaian berlapis namun pengarah itu berkata yang dia mahu melihat seluar dalam yang saya pakai, kalau tak kenapa orang mahu datang dan menonton filem lakonan saya itu,” kongsinya.


Walaupun begitu, Priyanka berkongsi lagi bahawa pengarah tersebut tidak menyatakan perkara itu kepada dirinya secara terus sebaliknya kepada stylist yang berada di hadapannya.

Berang dengan apa yang terjadi, dua hari selepas insiden tersebut pemenang Miss World 2000 itu menarik diri daripada filem berkenaan dan memulangkan kembali wang bayaran yang sudah diterima.


IG

Ujarnya lagi, “Saya tidak boleh nak berhadapan dengan pengarah itu setiap hari.”

Tidak lagi begitu aktif di  Bollywood, kini Priyanka menjadi satu nama besar dalam dunia hiburan Hollywood dengan membintangi pelbagai jenis filem dan drama yang mendapat perhatian ramai.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 2-6-2023 01:47 PM
laa.. aku ingatkan pengarah tu nk tgk dia pakai seluar dalam or fetish seluar dalam terpakai, sekali babak dlm filem jer pun..
Quote cikperiukkera 3-6-2023 11:39 AM
Byk bunyi plk aci ni…skrg katanya lebat job kt hollywood nanti x psl2 kena cancel. Patut la dkt dkt tpt sendiri pn d bolayan sampai ke hollywood perangai mcmni dia bawak.
Quote _blackbird 4-6-2023 10:54 AM
aku igt nak tgk seluar dlm sebab director pervert, rupanya masa tgh shooting utk scene movie. buang masa aku je baca sampai habis. ini pon nak cerita ke? mmg ada hak pelakon pon utk tolak / tarik diri dari scene yg dia tamau.
Quote shinyoung 9-6-2023 12:05 PM
Priyanka ni ada vibes xbest.. Bila kawin dgn nick lgla nmpk fake.. Ala2 terpaling hollywood plk.. Ms dia berlakon cite quantico ok je lps tu mcm feeling2 diva plk..
Quote delia3003 9-6-2023 08:44 PM
Edited by delia3003 at 9-6-2023 08:46 PM

PC ni berlakon tak best, muka pun beshe je. I nak layan Citadel kat prime pun takde selera. Kenapa lah ambik minah ni. Richard Madden tu walaupun lemau tapi still lah rasa boleh layan setakat streaming kat rumah je, nak ke panggung wayang memang tak la.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046966 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top