CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 5

Priyanka Chopra Berang Pengarah Filem Bollywood Nak Lihat Seluar Dalam

[Copy link]
Post time 2-6-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan model popular, Priyanka Chopra mengimbas detik hitam berdepan permintaan menjengkelkan daripada seorang pengarah filem.


Dedah isteri kepada Nick Jonas itu ketika mula-mula bergiat dalam industri hiburan, seorang pengarah filem Bollywood meminta untuk melihat seluar dalamnya dalam satu adegan filem.




IG




Mengimbau kejadian sekitar tahun 2002 atau 2003 itu, Priyanka berkongsi kepada The Zoe Report, “Saya berperanan sebagai seorang yang melakukan undercover, jadi ada satu babak saya perlu menggoda watak lelaki.  Jelas itulah yang dilakukan oleh gadis apabila memegang watak penyamar.


“Tetapi dalam adegan tersebut saya perlu menggoda lelaki itu dan perlu menanggalkan sehelai pakaian satu persatu. Oleh sebab itu saya mahu pakai pakaian berlapis namun pengarah itu berkata yang dia mahu melihat seluar dalam yang saya pakai, kalau tak kenapa orang mahu datang dan menonton filem lakonan saya itu,” kongsinya.


Walaupun begitu, Priyanka berkongsi lagi bahawa pengarah tersebut tidak menyatakan perkara itu kepada dirinya secara terus sebaliknya kepada stylist yang berada di hadapannya.


Berang dengan apa yang terjadi, dua hari selepas insiden tersebut pemenang Miss World 2000 itu menarik diri daripada filem berkenaan dan memulangkan kembali wang bayaran yang sudah diterima.




IG




Ujarnya lagi, “Saya tidak boleh nak berhadapan dengan pengarah itu setiap hari.”


Tidak lagi begitu aktif di  Bollywood, kini Priyanka menjadi satu nama besar dalam dunia hiburan Hollywood dengan membintangi pelbagai jenis filem dan drama yang mendapat perhatian ramai.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
laa.. aku ingatkan pengarah tu nk tgk dia pakai seluar dalam or fetish seluar dalam terpakai, sekali babak dlm filem jer pun..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk bunyi plk aci ni…skrg katanya lebat job kt hollywood nanti x psl2 kena cancel. Patut la dkt dkt tpt sendiri pn d bolayan sampai ke hollywood perangai mcmni dia bawak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 10:54 AM | Show all posts
aku igt nak tgk seluar dlm sebab director pervert, rupanya masa tgh shooting utk scene movie. buang masa aku je baca sampai habis. ini pon nak cerita ke? mmg ada hak pelakon pon utk tolak / tarik diri dari scene yg dia tamau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Priyanka ni ada vibes xbest.. Bila kawin dgn nick lgla nmpk fake.. Ala2 terpaling hollywood plk.. Ms dia berlakon cite quantico ok je lps tu mcm feeling2 diva plk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 9-6-2023 08:46 PM

PC ni berlakon tak best, muka pun beshe je. I nak layan Citadel kat prime pun takde selera. Kenapa lah ambik minah ni. Richard Madden tu walaupun lemau tapi still lah rasa boleh layan setakat streaming kat rumah je, nak ke panggung wayang memang tak la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.055541 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list