CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Kecewa Insiden Sekeluarga Dihalau Dari Pesawat Sebab Anak

27-5-2023 11:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18759| Komen: 868

Description: Pelakon Fazura meluahkan kekecewaan terhadap insiden membabitkan sebuah keluarga yang mendakwa dihalau keluar dari pesawat selepas anak mereka enggan duduk di kerusi ketika pelepasan. Sebagai ibu, ...

Pelakon Fazura meluahkan kekecewaan terhadap insiden membabitkan sebuah keluarga yang mendakwa dihalau keluar dari pesawat selepas anak mereka enggan duduk di kerusi ketika pelepasan.


Sebagai ibu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin mengakui sangat memahami melalu sendiri situasi sama ketika membawa anak sulungnya, Fatima menaiki kapal terbang.




Namun katanya, mereka bernasib baik mendapat layanan sempurna daripada anak kapal yang nyata cukup bertoleransi ketika berhadapan kerenah anak kecil.



“Saya sangat terkesan dan sakit hati dengan isu ini sebab saya pun pernah mengalami situasi tersebut bersama Fatima dulu.


“Namun, pihak anak kapal tetap memberikan tali pinggang kanak-kanak.


“Bukan setakat itu sahaja, mereka siap bagi coklat dan buku mewarna walaupun saya dan suami sudah menyediakannya,” luah Fazura dalam status Instagram.



Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut mempersoalkan keengganan kru kabin mempertimbangkan tangisan si kecil sehingga tergamak menghalau keluarga tersebut keluar dari pesawat.


“Betulkah bayi itu menangis 20 minit berterusan tanpa belas kasihan dan kerjasama daripada pihak pesawat sehingga keluarga diminta keluar kapal?


“Sangat tidak masuk akal sebab kita semua sepatutnya mempunyai kasih sayang dan belas kasihan,” tambahnya yang memahami perasaan ibu bapa berdepan masalah bayi sering menangis.


Selain itu, dia turut beranggapan bahawa anak kecil berusia dua tahun tentu saja tidak selesa duduk sendirian.


“Kasihan kanak-kanak itu. Umur pun lebih kurang Fatima sahaja.


“Mungkin dia takut mahu duduk di tempat sendiri dalam kapal terbang atau rasa lebih selamat berada di atas ibunya.


“Saya faham apa yang ibu bapa dia rasa. Harap mereka bertabah,” jelasnya.



Baru-baru ini tular sebuah video seorang bapa melalui detik memalukan dihalau keluar ketika menaiki penerbangan sebuah syarikat tambang murah negara.


Ini disebabkan anak bongsunya yang baru berusia dua tahun tidak mahu duduk di kerusi pesawat ketika kapal terbang hampir berlepas.


Dikatakan kanak-kanak terbabit menangis hampir 20 minit ketika proses perlepasan mengakibatkan ketua kru kabin mengarahkan supayas anak kecil terbabit duduk di kerusi dengan nada keras.


Sebagai solusi, bapa kepada kanak-kanak berkenaan meminta tali pinggang keselamatan tambahan bagi membolehkan anak kecil itu diletakkan di pangkuannya tetapi pihak anak kapal enggan berbuat demikian atas alasan polisi syarikat perlu dipatuhi. 



Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 27-5-2023 11:06 PM
1st to check in...
Quote stingerbumpy 27-5-2023 11:11 PM
Ko nak sakit hati pasal apa?

Cuba sexplain dgn aku....

Quote stingerbumpy 27-5-2023 11:13 PM
Sila sila....aku dah bentang permaidani merah utk benang ini...
Quote ashilalat 27-5-2023 11:16 PM
Fakezura ni baca tak apa org yg sama flight dgn mak bapak bebal ni tulis? Mcm tiber je nak komen isu ni, kang kau pon sama nampak bodo mcm mak bapak bebal ni  
Quote stingerbumpy 27-5-2023 11:18 PM
ashilalat replied at 27-5-2023 11:16 PM
Fakezura ni baca tak apa org yg sama flight dgn mak bapak bebal ni tulis? Mcm tiber je nak komen isu ...

Pembawakan janin dalam peyut kot?...iteww yang jadi nampak bengap?

Janji dapat luahkheun ghaser kasih sayang kebengapan....?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote likilu 27-5-2023 11:27 PM
Mohon jangan menunggang sangat isu isu viral ni

Quote kotakominami 27-5-2023 11:28 PM
Elok la dgr citer semua pihak....
Quote akuHavocczz 27-5-2023 11:32 PM
Dah kenapa nak interprem dengan orang delusional reka reka cerita tak wujud
Quote DeLuna85 27-5-2023 11:40 PM
Dah bapak budak tu sibuk merakam. Ntah la. Mak bapak la yang main peranan. Dah tau anak perangai mcmtu sabar2 la dulu nak travel.
Quote bunnyj3lly 27-5-2023 11:43 PM
Dah delete dah post kt ig. Tp story up lagi.. Tu laa.. tengok viral terus nak jump into bandwagon sebabkan ada anak kecil..
Quote Orenn1 27-5-2023 11:49 PM
Retiss bangsatt seko ni mmg bodoh, janji ada peluang utk dia ride demi secebis puja pujian phuiii huh eloklah jenis2 bodoh ni tagteam menunjukkan kebodohann lol kohkohkohhhh
Quote jalfa 27-5-2023 11:54 PM
Terphaling mempunyai kasih sayang dan belas kasihan. Adeh dah terfeeling punya kasih sayang anak dua tahun tak payah la nak vokay naik flite acik.bebudak tu apa tahu erti bercuti sgt pon dah besar nak keliling no orth korea pun dipersilakan.nak jugak sila pastikan anak anak behave ..tepaling toleransi ni sampai nak suruh capt langgar sop sebab anak depa terphaling
Quote mawardia 28-5-2023 12:24 AM
Nak jugakkkkkk enterprem!
Quote Jajabeans 28-5-2023 12:25 AM
Pajura2.. dia mmg mcmni ek.. aku dh lama perati.
Quote Lampuled 28-5-2023 12:55 AM
Masa mula2 terbaca kisah ni ingat seat budak tu terasing jauh drp parent dia.. rupanya 1 row jugak.
Tak tahu la nk backup sape sbb takde masa tu tp klau dah kak faz yg anak dia well behaved menurut peminat dia pun dh bersuara mungkin perlu diambil perhatian oleh pihak2 yang  berkenaan.

Mungkin nk kena buat policy semua kanak2 pun entitled utk dpt child safety belt and goodies mcm yg anak dia dpt jugak agar terjamin keselesaan dan keselamatan semua insan dlm flight tersebut.
Quote allshares 28-5-2023 01:12 AM
Paling takleh blah di comment nadjenal sibuk je interframe ckp dia pun ade pengalaman anak tak behave, nasib baik stewardess kenal dia. Euwwww tlg la ko fikir ko glemer sgt kerrrr? Yihhh retis gred D siap minta derma lagi pastu bongkak sombong yihhhh.
Quote allshares 28-5-2023 01:13 AM
bunnyj3lly replied at 27-5-2023 11:43 PM
Dah delete dah post kt ig. Tp story up lagi.. Tu laa.. tengok viral terus nak jump into bandwagon se ...

Sbb ramai yg tak sokong mak pak budak tu kot di comment? Ramai je yg bash lajuuuu nooo terus delete.
Quote VespaSilbe 28-5-2023 01:24 AM
Anak tu melalak kuat kut sampai capt dgq kat kokpit.. capt tu nak kejaq trip yach.. kapai terbang kut ada 2 ketui ja.. kena paham gak masalah org lain
Quote asamfish 28-5-2023 01:31 AM
halah halah halahhhhh.....mmg la sume sayang kan anak...tapi kalau betul2 sayang, idak la si bapak tu gigih merakam jah without helping his wife to calm the child!  kalau sayangkan anak, gurenti si makpak tu bertanggungjawab melatih si anak tu duduk kat car seat and bucked up whenever dorang dlm kereta...dan kalau si anak tu dah terbiasa duduk dlm car seat, si anak akan takde problem untuk duduk di seat and buckled up! selagi anak tu tak melambung melayang bila eksiden, boleh la nko cakap rules to be bend or jangan berkeras sgt, once dah anak tu patah riuk sebab 'rules to be bend' dah sah2 nko akan salahkan crew kan!  

Lihat semua komen(868)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.357940 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top