CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpisah Sejak Bayi, Akhirnya Dapat Juga Bertemu Dengan Ibu Kandung Selepas 48 Tahun

26-5-2023 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 384| Komen: 1

Description: Kuala Lumpur: Pertemuan semula antara seorang lelaki dan ibunya terpisah selama 48 tahun, sejak lahir meruntun hati netizen di media sosial.
Kuala Lumpur: Pertemuan semula antara seorang lelaki dan ibunya terpisah selama 48 tahun, sejak lahir meruntun hati netizen di media sosial.

Video berkenaan dikongsikan isteri lelaki berkenaan, dikenali sebagai Eyda Badri, memaparkan lelaki berusia 48 tahun dari Seri Kembangan, Selangor itu bertemu ibu kandungannya buat kali pertama di Machap, Johor.


Lelaki dikenali sebagai Ahmad Suffian Mohd Shafie mendakwa berpisah dengan ibu kandungnya sejak lahir dan tidak pernah bertemu dengannya.

Pada pertemuan itu, Suffian bertanya kepada ibunya jika dia mengecamnya melalui tahi lalat di wajahnya, namun jawapan wanita berusia 60-an itu negatif.


Foto: Harian Metro

Dia kemudiannya menyebut nama arwah bapanya Mohd Shafie @ Piyee dan seorang lagi bernama Suffian sebelum ibunya mengatakan Piyee adalah bekas suaminya.

Ibunya memberitahu yang dia mempunyai seorang anak lelaki dengan Shafie yang dinamakan Suffian, namun berpisah selepas melahirkan anak lelaki itu pada 48 tahun lalu.


Wanita itu turut bercerita yang Suffian dibawa ke Perak selepas dia melahirkan, namun masih tidak menyedari jika lelaki yang bercakap dengannya itu adalah Suffian.

Suffian kemudiannya menunjukkan kad pengenalannya dan dirinya sambil mengatakan adakah ini dirinya sebelum ibunya yang mendengar itu terus menangis terharu.

Seorang pengguna TikTok chekna2020 menulis: "Alhamdulilah, saya juga berasa terharu. Alhamdulillah, akhirnya mereka bertemu."

CikZirah pula memuji isteri Suffian kerana bersama-sama membantu mencari ibu suaminya itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 27-5-2023 11:09 AM
mana videonya??? orang nk potong bawang ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.042309 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top