CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Meringkuk Dalam Penjara 33 Tahun, Tup-Tup Diisytiharkan Tak Bersalah

26-5-2023 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 359| Komen: 5

Description: Los Angeles: Dah meringkuk dalam penjara selama 33 tahun atas dakwaan cubaan membunuh, seorang lelaki California y dibebaskan selepas diisytiharkan tidak bersalah, semalam.
Los Angeles: Dah meringkuk dalam penjara selama 33 tahun atas dakwaan cubaan membunuh, seorang lelaki California dibebaskan selepas diisytiharkan tidak bersalah, semalam.

Daniel Saldana, 55, dijatuhi hukuman penjara 45 tahun pada 1990 selepas disabitkan dengan cubaan membunuh dalam kejadian tembakan enam pelajar sekolah menengah Baldwin Park, timur Los Angeles pada 1989.



Foto: Los Angeles Times

Peguam daerah Los Angeles County, George Gascón berkata, dua daripada pelajar itu cedera dalam kejadian yang berlaku selepas perlawanan bola sepak.

Katanya, Saldana, Raul Vidal dan April Gallegos disabitkan dengan enam pertuduhan cubaan membunuh dan satu pertuduhan menembak ke arah kenderaan yang diduduki.

"Pada 2017, Vidal memberitahu lembaga parol negeri, dia bertanggungjawab ke serangan itu, malah Saldana tidak ada di tempat kejadian pada masa itu.


"Tetapi maklumat itu tidak disediakan kepada Saldana atau peguam belanya, tetapi seorang Pendakwa Raya Los Angeles hadir, mungkin tidak melaporkan maklumat itu," katanya seperti dilaporkan Los Angeles Times.

Katanya, pada Februari 2023, Lembaga Parol menyerahkan transkrip daripada pendengaran itu kepada Unit Integriti Sabitan Pejabat peguam daerah sekali gus satu siasatan dilancarkan.

Dilaporkan, pejabat itu menyertai usul daripada Saldana supaya sabitannya dibatalkan sebelum Hakim Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles, William Ryan membenarkan keputusan tidak bersalah akibat fakta pada 11 Mei lalu.

Dalam satu sidang akhbar di pusat bandar, Saldana yang diapit ahli keluarganya berkata, pembebasannya menunjukkan satu perjuangan menegakkan keadilan.

"Setiap hari bangun dengan mengetahui, anda tidak bersalah.

"Saya dikurung dalam sel, tak tahu sistem undang-undang dan tiada sumber atau wang," katanya.

Katanya, ketika ditahan dia baru berusia 22 tahun dan sedang bekerja dalam sektor pembinaan semasa serangan terbabit.

"Saya tak tahu kenapa dikaitkan dengan jenayah itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azurro 26-5-2023 05:52 PM
Lazimnya mangsa keadaan mcm ni akan dapat pampasan yang banyak.
Quote antikorok 26-5-2023 07:10 PM
Mentang2 ler dia tuhhhh Latino mesti pendakwaan tuh seboleh2 nak letak kesalahan atas bahu dia gak sbb ethnicity dia tuhhh, sama la jugek pulis sana anggap BLM tuh semua penjenayah. Bangsa terpaling white supremacy nih memang rasis! Yihhhh
Quote dua_chzy 26-5-2023 07:19 PM
Takpa. Boleh saman.
Quote TOPwind 26-5-2023 08:04 PM
besau juga dok dlm penjara

sepatutnya cekedinggg
Quote shamsadis 26-5-2023 08:40 PM
TOPwind replied at 26-5-2023 08:04 PM
besau juga dok dlm penjara

sepatutnya cekedinggg

kurus2 jadi bottom je dik

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040409 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top