CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terkejut Baju Tidur Anak Kecil Ada Gambar Wanita Lucah Dan Tak Senonoh

26-5-2023 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1761| Komen: 7

Description: PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila baju tidur yang dibeli untuk anaknya memaparkan corak yang tidak senonoh.
PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila baju tidur yang dibeli untuk anaknya memaparkan corak yang tidak senonoh.

Menerusi perkongsian di Facebook Anis Syahirah Anis, salah satu pakaian tidur yang dibeli untuk anaknya di sebuah kedai borong di Kuala Lumpur.


Dia berkata, akibat rambang mata ketika memilih pakaian membuatkan dia tidak menyedari perkara itu dan menyangka bahawa ia merupakan corak daun.


Foto: FB

“Macam mana la kedai pakaian boleh jual corak ini. Anak balik pakai, dia sendiri perasan gambar tak baik lah mama. Mama ingat corak daun berjalar masa di kedai.

“Ya Allah bila tenung-tenung, terkejut. Rosak minda anakku. Nasib ada sehelai lagi belum pakai, nak bawa report (lapor) nanti ke bos kedai,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tambahnya, dia berharap agar perkara itu tidak dibiarkan berleluasa kerana dikhuatiri boleh merosakkan minda anak-anak.


“Bayangkan ini saiz ‘pyjamas’ (baju tidur) untuk budak antara usia satu hingga 12 tahun. Apakah niat pengilang nak rosak minda kecil anak-anak?” soalnya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengecam pemborong berkenaan dan menyarankan wanita terbabit untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Kurang ajar yang buat baju ini. Engkau dah tahu nak buat untuk budak. Buat gambar macam ni pula. Memang tak patut,” kata Hazwani.

“Sekali tengok pun dah boleh perasan. Lagi satu bab tulisan juga. Banyak sangat tulisan lucah, kotor dan rosak akidah. Kita sebagai ibu bapa kena tahu asas bahasa Inggeris,” ujar Zubaibah.

“Buat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Nanti kena lah serbu dan rampas baru tak buat lagi,” jelas Nur Fadzilah. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 26-5-2023 04:24 PM
baju utk kanak2 pun pengilang boleh lepas pandang...
Quote harkktuih 26-5-2023 04:45 PM
baju2 gini mostly semua import direct dr china
Quote B40tastePosh 26-5-2023 06:49 PM
harkktuih replied at 26-5-2023 04:45 PM
baju2 gini mostly semua import direct dr china

Dah lama dah aku cakap, ban je barang2 murah dari China.

Baju, pinggan mangkuk, peralatan dapur, bedspread dan semua barang seramik dari China sepatutnya di ban
Quote doubleharmonic 27-5-2023 01:27 PM
baju logo kappa tu pon tunjuk badan bogel kan tapi elok jah orang dok pakai?
Quote ninja boy 27-5-2023 02:21 PM
T-shirt bikini
Quote nipskacang 27-5-2023 02:28 PM
harkktuih replied at 26-5-2023 04:45 PM
baju2 gini mostly semua import direct dr china

Tak jugak, brand2 pyjamas yg kat pasar2 tu slalu dtg dr bangladesh and vietnam. China ni mostly cutting dia kecik, ssh nk jual kat malaysia.
Quote Tinot7 27-5-2023 10:55 PM
doubleharmonic replied at 27-5-2023 01:27 PM
baju logo kappa tu pon tunjuk badan bogel kan tapi elok jah orang dok pakai?

Ha ah la.. baru prasan...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045526 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top