CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Perlu Hantar Surat Lima Hari Sebelum Dibenarkan Berjumpa Anak-Anak

25-5-2023 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 367| Komen: 4

Description: Farid Kamil memaklumkan mengenai pembaharuan dalam proses untuk dia bertemu dengan kedua-dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.
Farid Kamil memaklumkan mengenai pembaharuan dalam proses untuk dia bertemu dengan kedua-dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Dia kini perlu menghantar surat kepada pihak peguam isterinya, Diana Danielle, lima hari sebelum berjumpa dengan anak-anaknya.


"Dia ada pembaharuan dalam proses untuk berjumpa anak-anak. Saya diminta untuk menghantar surat, lima hari sebelum berjumpa anak-anak.

"Itu adalah perintah mahkamah, jadi, saya harus akur dan saya selesa dengan perkara itu," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Peguam syarie yang mewakili Diana, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, anak guamnya kekal dengan pendirian untuk mendapatkan hak jagaan anak-anaknya.

"Kami tetap dengan pendirian untuk mendapatkan hak jagaan dan defendan hak jagaan. Kami tidak pernah nafikan dan anak guam sentiasa fleksibel untuk defendan berjumpa anak-anaknya.


"Selepas ini sebutan dalam mahkamah di hadapan hakim. Betul, (akan lebih panjang) sebab hadapan penuh ini memerlukan perbicaraan.

"Jadi, kalau proses sulh yang berlangsung hari ini boleh mencapai kata sepakat, ia sudah boleh direkodkan dan diselesaikan," katanya.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 1 Ogos depan.

Sementara itu, Diana enggan memberikan sebarang komen saat keluar dari mahkamah menuju ke kenderaannya. 

Farid menambah dia hanya dapat melihat isterinya dari hujung mata dan tiada komunikasi secara langsung.

"Saya sentiasa berdoa supaya satu hari nanti, anak-anak dan isteri saya dapat hidup seperti biasa. Saya dapat melihat dia dari ekor mata sahaja. Tiada komunikasi secara berdepan, tapi, mungkin di dalam hati, siapa yang tahu." -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-5-2023 09:11 AM
aduiiii byk lak proses diaaaaa
Quote syamzana 26-5-2023 09:16 AM
lainkali nak baran tu beringat...kan dah mendapat.
ko buat mcm2 kat anak, dah reach limit maknya meletop ni la makannya.nak jmp anak pun bersurat bagai.
Quote yum3 26-5-2023 11:02 AM
Satu je nk ckp " hrgai le susah payah bini anda ".

PPuan ni kalau hati dah tluka memng tak kan patah balik le.  
So  jgn jadi gile talak le bila bserai nanti
Quote jalfa 26-5-2023 11:04 AM
Surat tu bermaksud ada bukti bertulis la dia amik anak...maksudnya secara official nanti leh jd bukti kat court.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048567 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top