Tular sebuah video memaparkan tangkapan skrin (screeshot) perbualan pasangan suami isteri yang hubungannya sedang berantakan. Difahamkan suami terbabit telah melafazkan cerai talak satu terhadap isteri yang sedang sarat mengandung.
Tiada langsung simpati, si suami memberikan tempoh masa seminggu untuk isteri mencari tempat tinggal baharu. Kata lelaki itu, dia akan tumpang ‘tidur’ dengan Linda yang dipercayai adalah orang ketiga. "Aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku bagi kau tempoh seminggu saja tau, cari rumah atau bilik sewa lain. "Sementara ini, kau duduk la situ dulu." Si isteri sempat mengucapkan terima kasih kepada suami kerana tergamak menceraikan demi ‘penyondol’. "Dengan keadaan saya tengah sarat ini, saya nak pergi mana? Awak pun tahu saya tak ada sesiapa. Sampai hati buat saya macam ini. "Sebabkan dia (orang ketiga) awak sanggup ceraikan saya. Terima kasih banyak awak." -CARI
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
4-10-2023 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.078377 second(s), 32 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.