CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

19 Maut Angkara Pelajar Perempuan Bakar Asrama Sebab Telefon Bimbit Dirampas

24-5-2023 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 558| Komen: 4

Description: 19 kanak-kanak di sebuah asrama di Guyana terkorban angkara fon bimbit seorang pelajar dirampas pihak sekolah.Polis dalam kenyataan berkata, seorang pelajar perempuan disyaki menyebabkan kebakaran ber ...
19 kanak-kanak di sebuah asrama di Guyana terkorban angkara fon bimbit seorang pelajar dirampas pihak sekolah.

Polis dalam kenyataan berkata, seorang pelajar perempuan disyaki menyebabkan kebakaran berlaku apabila telefon bimbitnya dirampas oleh ibu pengasuh dan seorang guru asrama.



AP

Reuters melaporkan, pelajar perempuan itu disahkan Datuk Bandar Mahdia, David Adams, tidak mengalami kecederaan di dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada suspek ditahan manakala kenyataan polis tidak menyebut mengenai sebarang penangkapan.

Penyiasat diberitahu beberapa pelajar bahawa mereka terjaga apabila terdengar jeritan dan melihat api memenuhi ruangan bilik air asrama.

Difahamkan, hasil bedah siasat post-mortem ke atas enam mayat menyenaraikan sebab kematian mereka sebagai keracunan asap dan luka terbakar manakala 13 mayat dipindahkan ke ibu negara Georgetown untuk pengesanan DNA.


Selain itu, hampir 30 kanak-kanak lain kini dirawat di hospital.

Susulan kejadian, Presiden Irfaan Ali mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung kebangsaan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-5-2023 09:59 AM
ada leak ke dlm fon tu.. eyuww...
Quote ctaz 25-5-2023 11:20 AM
HP....
itu la zaman sekarang ni...
kadang2 ada budak2 yg boleh naik jin kalau HP nya kena rampas
Quote syaz_lina 25-5-2023 11:22 AM
mental disorder budak2 sekarang weh..tak dapat handphone macam kena rasuk melalak. aku simbah air kat muka baru dia ada kesedaran
Quote syamzana 25-5-2023 11:27 AM
lbh krg kes bakar tahfiz dulu la, tak pasal2 anak org mati sbb peel huduh anak org lain.
xfaham sgguh reaction bdk2 skrg too extreme

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.213394 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top