CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumbuk, Tendang, Pukul Guna Mop Dan Kerusi- Lelaki Dera Teman Wanita, Paksa Makan Tahi Anjing

24-5-2023 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 490| Komen: 4

Description: BANGKOK – Seorang lelaki Thailand mengaku mendera teman wanitanya dengan memaksanya makan tahi anjing dan membunuh haiwan itu.
BANGKOK – Seorang lelaki Thailand mengaku mendera teman wanitanya dengan memaksanya makan tahi anjing dan membunuh haiwan itu.

Thaiger melaporkan, peguam, Kanthas ‘Gun Jompalang’ Phongphaibookvej menemani wanita berketurunan Thai-Britain tersebut yang berusia 25 tahun ke Balai Polis Bang Bo untuk memfailkan tiga pertuduhan terhadap teman lelakinya. 


Suspek yang berusia 24 tahun didakwa melakukan serangan, penahanan secara tidak sah dan penderaan haiwan.


Foto: Thaiger

Kanthas mendakwa bahawa suspek menumbuk dan menendang anak guamnya dan memukulnya menggunakan kerusi, mop dan kipas. Ia menyebabkan mangsa mengalami luka-luka di mata, muka, lengan serta kakinya.

“Setiap kali teman lelakinya bersikap agresif, anjing peliharaan mangsa menjadi takut dan haiwan itu akan membuang air besar di dalam rumah,” kata peguam berkenaan. 

Suspek kemudian dikatakan memaksa mangsa makan najis anjing tersebut sebelum mencekik haiwan itu sehingga mati, lapor laman berita KhaoSod.

Selepas rasa bersalah, suspek membelikan kekasihnya anjing peliharaan baharu. Namun, perkara sama berulang kembali sehingga suspek membeli dan membunuh enam ekor anjing secara kejam.

Mangsa yang pada awalnya dikatakan cuba bersabar akhirnya melarikan diri dan mendapatkan bantuan untuk memfailkan laporan polis terhadap teman lelakinya itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 24-5-2023 05:15 PM
Screenshot-20210917-182947-Twitter.jpg
Quote rosedemon 25-5-2023 08:18 AM
elok ko bg taik babi pulak
Quote copy_paste 25-5-2023 09:07 AM
benda da jd byk kali rupenye, nape la ko hadap sgt
Quote tipah89 25-5-2023 10:03 AM
yg pompuan tu pun bodo da 6 kali anjing kena bunuh baru nak kata xtahan? main sedap sgt ke apa xle nak lari

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048142 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top