CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Nak Keluar Rumah, Badan Berpeluh, Nak Cederakan Diri Sendiri- Ajoi Zainal Menderita ADHD, Minta Nasihat Sharifah Sakinah

22-5-2023 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1266| Komen: 17

Description: Setahun sepi, Ajoi Zainal akhirnya secara terbuka mendedahkan dia menderita serangan gangguan kebimbangan (anxiety) selain didiagnos menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Setahun sepi, Ajoi Zainal akhirnya secara terbuka mendedahkan dia menderita serangan gangguan kebimbangan (anxiety) selain didiagnos menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Kata Ajoi dia mula mendapatkan rawatan pakar sejak November tahun lalu namun mengambil keputusan untuk tidak bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan.

Foto: IG

Antara faktor membuatkan dia mula mendapat serangan anxiety adalah kehilangan anak saudara tersayang ketika sedang bertanding dalam program Big Stage 2022 selain tertekan dengan kecaman netizen.

“Dalam empat bulan awal selepas tamat Big Stage saya memang banyak berkurung. Saya mula rasakan serangan anxiety apabila rasa takut nak keluar rumah, badan berpeluh sehingga pernah terfikir nak cederakan diri sendiri.



“Selepas berjumpa doktor dan menjalani beberapa sesi terapi barulah saya rasa semakin sembuh. Doktor cadangkan untuk makan ubat namun saya takut terlalu bergantung.

“Sebab itu selama ini saya berdiam diri kerana doktor juga beri cadangan supaya saya menjauhi media sosial. Sepanjang tempoh 11 bulan sebelum ini saya cuba lawan sakit ini seorang diri,” katanya kepada mStar.

Ajoi sebelum itu berkongsi video nyanyiannya di laman Instagram sebagai tanda sedia untuk kembali dan meneruskan kerjaya seni.



Bercakap tentang penyakit yang dialaminya itu, Ajoi memberitahu dia juga turut menghantar mesej kepada pelakon Sharifah Sakinah yang juga pernah mendedahkan menghidap ADHD.

“Saya ada DM dia (Sakinah) tentang ADHD. Panjang lebar saya bertanya tentang simptom dan sebagainya. Dia ada memberikan kata-kata semangat buat saya.

“Sepanjang saya berdepan dengan masalah ini ada juga seorang sahabat yang banyak membantu. Dia beri saya semangat untuk pulih.



“Selain itu kekuatan saya bertahan adalah sentiasa ingat Tuhan. Dalam apa juga keadaan saya kena kuatkan diri supaya tidak menjadi lebih teruk,” ujarnya.

Tambahnya dia kini sedia untuk kembali dalam dunia hiburan dan bakal melancarkan sebuah lagu baharu yang sudah siap dirakam sebelum ini.



Malah Ajoi juga terharu dengan penerimaan peminat selepas dia memuat naik video terbaharu di laman Instagram pada Sabtu.

“Saya menangis apabila ramai yang memberi maklum balas positif. Ada yang masih ingat dan terus memberi saya semangat.

“Sekarang ini saya sudah sedia untuk kembali. Mungkin sudah 95% pulih dan apabila kembali aktif nanti saya harap dapat sembuh sepenuhnya,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 22-5-2023 12:09 PM
Ko mintak nasehat pon dgn betina ADHD jadi jadian je. Self diagnosed. Menggelitat lebih, pemalas nak baca buku lama2, tekak suara menjerit2 suka org tgk dia in public, terusssss self diagnosed ADHD. Aritu dpt ciknek kokosen sekejap, hilanggggg ADHD dia.PUIIIIIII.
Kalau kau dah Dr yg diagnosed, then better mkn ubat jela dek. Ni btw, akak tak tgk Big Stage, so akak nak Whuareyus kan ko je dek. Jgn depress plk.
Quote rosedemon 22-5-2023 03:12 PM
ko g meninggalkan diri jela dekkkk senduuu
Quote totokreturn. 22-5-2023 03:17 PM
rosedemon replied at 22-5-2023 03:12 PM
ko g meninggalkan diri jela dekkkk senduuu

adulaaaaaa, komen ni paling padu
Quote mamajawie 22-5-2023 03:21 PM
sape nakharom ni??
Quote supernaturalee 22-5-2023 04:56 PM
suara dia sedap


Quote Qmrnycb 22-5-2023 05:16 PM
Gaya lembik je pun masa big stage tu..tak mcm ada adhd pun
Quote dudaberhias 22-5-2023 05:26 PM
Who iz yuhhhh... Rambut karat gitu dah serhoper tok batin dari puak orang asli mah meri... Jangan lupa pakai topeng seram tu... lagi herlok yach!

Quote orkid_amani 22-5-2023 05:40 PM
Kuat peluh pun sampai dapat penyakit Ka? Kan baaanyaaak product deodorant kat market Tu yg boleh covered peluh..yg paling berkesan perspired tuu..tapi hat ni rega keras sikit la..nk jimat muuraahh pakai ja smelly no more total image tuu..seketoi kecik Tu tahan bertahun dgn syarat xjatuh laa.kalau jatuh pecah garam Batu dia.jadi tajam sakit ketiak time tonyoh
Quote sharlenetexas 22-5-2023 07:27 PM
Jangan miss makan ubat dik.


Quote fazila17 22-5-2023 10:05 PM
Teruskan rawatan dengan doktor pakar dan makan ubat je dik.. tak payah consult dgn entah sape2 tu
Quote dua_chzy 22-5-2023 10:42 PM
Haha. Mata ko memang.

Sama ja dengan mata si Kinah.

Ngan mata anak second aiols.
Quote dekmieDandy 23-5-2023 10:26 AM
ooo patut time big stage dulu dia ni banyak berpeluh

sian nengoknye
Quote drivethru 23-5-2023 10:50 AM
Makin lama makin ke arah bapok.
Mula2 kemunculan dia dulu, hensem jugak.
Quote azimodin 23-5-2023 11:17 AM
Pergi la jumpa doktor dik, dapatkan nasihat pakar. Zaman sekarang ni bercampur dah pesakit yg genuine & yg self diagnosed. Baru ni aku ada share la pendapat aku sebagai pesakit mental disorder tapi bertalu2 kena tuduh self-diagnosed padahal memang aku ada kad rawatan. Even sedara mara sendiri x percaya sebab "kalau betul sakit, macam mana boleh kerja". Dorang x faham istilah high functioning agaknya.
Quote sangbara2020 23-5-2023 11:22 AM
i loike ckp sape nokharam nihh...kohkoh
Quote Lavender_Violet 23-5-2023 11:23 AM
Halah...halah...halah.....
SEKIAN
Quote rosedemon 24-5-2023 07:56 AM
yg sakit2 ni xyah jadi retis boleh x berambuss la muka pon cam lipas

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.172059 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top