CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kawan Menjauh Sebab Takut Kami Pinjam Duit, Hari-Hari Makan Sosej Murah Je' - Isteri Lan Solo

19-5-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7323| Komen: 86

Description: Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila RazlanMengimbau momen sewaktu terpaksa mengharungi fasa hidup yang agak susah ketika baru memulakan hidup berumah tangga, isteri Lan Solo, Sheila Razlan mendeda ...
Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan 


Mengimbau momen sewaktu terpaksa mengharungi fasa hidup yang agak susah ketika baru memulakan hidup berumah tangga, isteri Lan Solo, Sheila Razlan mendedahkan dia dan penyanyi itu terpaksa melakukan apa sahaja yang termampu demi kelangsungan hidup disebabkan kurang jemputan persembahan.


“Cakap fasal susah senang ni, MashaAllah. Terkenang zaman susah payah ketika baru-baru kahwin dulu. Kereta pernah kena tarik sebab tak mampu nak bayar. Show tak ada dan anak pula kecil lagi.

“Susu dan pampers pun kami tukar yang paling murah. Lepas tu Lan beli sosej murah banyak-banyak untuk buat lauk harian. Hari ini rebus, esok goreng dan lusa makan dengan kicap pula,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Sheila dalam satu sesi soal jawab bersama para pengikutnya di laman Instagram.



Jelas ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, tidak ramai yang mengetahui kesusahan yang terpaksa dialami mereka ketika itu kerana ramai yang beranggapan kehidupan sebagai selebriti akan sentiasa senang.


“Langit tak selalu cerah awak. Makan fast food jauh sekali sebab duit yang ada disimpan untuk kecemasan dan sakit pening anak.

“Masa itu, insuran pun tak ada. Pening hari-hari nak fikir bayar sewa rumah. Kawan-kawan menjauh masa susah sebab takut kami pinjam duit,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Sheila turut mendedahkan antara individu yang banyak menghulurkan membantuan pada ketika itu adalah rakan selebriti dan penyanyi, Syura Badron.


IG

“Kelakar bila ingat balik dan nak tahu tak? Hanya Syura Badron je yang tahu keadaan kami masa itu. Sampai satu tahap, punyalah Syura nak tolong kami, dia pergi show kami tolong jagakan Dania.

“Kemudian, bila balik, Syura belanja kami makan. Sejuta rahmat sangat masa tu. Padahal, Syura pun tak berduit sangat tapi dia percaya rezeki. Alhamdulillah, sampai hari ini kami kenang masa susah. Allah tahu apa yang terbaik,” akhirinya.

Terdahulu, Sheila dan Lan kini sedang giat menjalankan bisnes barangan runcit daripada Sabah.

Untuk rekod, Sheila dan Lan berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian mereka dikurniakan empat orang anak.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote opie5662 19-5-2023 11:53 AM
Mesti jenis susah nk bayar hutang sbb org takut ko pinjam duit. Kalau jenis ug bayar hutang, org tak takut pon nk dekat.
Quote dudaberhias 19-5-2023 11:59 AM
Dah boleh simpan sosej banyak2 balik lepasni sebab takut kalah saman tahun depan.

Go go acik nana sendayan. Tewaskan tok batin perkampungan owang asli ni.

Quote tom2 19-5-2023 12:01 PM
Kalau ada hutang dengan orang, cepat2 selesaikan hutang. Time ada duit ni la langsaikan semua.
Quote Manusiabesa 19-5-2023 12:04 PM
Sosej xmahal ke? Klu mskin smpai makan nasi lauk siput babi tu lgi aku kesian.  Ini mmpu lg mkn sosej. Bukan btul2 mskin. Usahla over dlm ceritakan kesusahan. Jgn nk menokok nambah..xda siapa pun akan kagum.
Quote edoraixora 19-5-2023 12:07 PM
apesal setiap artikel pasal diaorg ni, mesti nak selit nama syura
ko nak saiko nana ke apa nih
Quote kerani_je 19-5-2023 12:11 PM
Dah tau susah awat beli sosej buat lauk harian. Sosej pun kategori mknn mahal jgk la. Better beli telur n ikan selar kecik2 tu lagi murah n bleh buat stok tahan lama.

Nk perli ct nana ke sbb xnk tolong sbb mention syura je baik n tolong time tu. Biasa la dunia artis time ada job ada la duit. Ko citer awal2 kawin ko susah cuma harap kn job laki kumpulan kristal yg harap kn nyanyi lagu org je pun bt cover..awat hang pilih retis sendu buat laki? Nasib la hang otak bisnes jgk ligat berniaga skrg n dah senang. Klau harap ke retis,  hanye tau cari job dlm industri je la. Xpndai nk usaha cari kerja lain jd guard ke cleaner ke,  cashier ke.
Quote kerani_je 19-5-2023 12:14 PM
Bini si lan ni sejenis mencapub jgk. Nmpk mcm negative vibes. Masa kes gadoh dgn nana pun,  die beriya lebih2 kutuk nana. Mcm hati busuk,  tp nasib la rezeki ko murah n berjaya dlm bisnes ko. Dpt jgk la ko n laki ko rmh besar n kereta besar. Anak2 plak klu bleh ajar sikit xpyh terkinja2 buat tiktok lagi2 yg perempuan remaja tu.
Quote cattiecute 19-5-2023 12:19 PM
dah kenapa bodoh bengap p beli processed food kat anak ko
sosej lagi mahal dari telur kot
ko beli telur sepapan sudah
makan nasi dengan kicap
tu anak kot jadi gitu sebab banyak makan processed food.
gittew
Quote noah8670 19-5-2023 12:28 PM
Sosej dulu paling murah rm3 10pcs
Baik beli telur rm10 30pcs

Harga 3/4 tahun lepas
Quote kucingitam 19-5-2023 12:37 PM
bodoh nya gi melantak sosej...beli tepung sekilo, uli2 boleh makan roti canai hari2, cucur, lempeng..
Quote zeetot 19-5-2023 12:45 PM
Rumah dia ke banjir tu
Quote chilly 19-5-2023 12:53 PM
Gaya cerita macam ayat pompuan kate 'Allah tengah bergurau' tu jer. Terpaling sangat. Banyak sangat makan sosej sbb tu kuat merempan agaknya.
Quote asfaz 19-5-2023 12:54 PM
Yihhhh macam la kau sorang aje susah. Masa nana susah ada kau tolong dia?
Laki kau pun sendiri mengaku sengaja tak keluar duit sb nak nana bayar

Ni ai save masa Kes diaorg dgn nana aritu

IMG_20230519_125401_755.jpg
Quote she 19-5-2023 01:28 PM
Lan ni jenis kawan tikam kawan

Masa Kristal tengah naik dulu
Dia racun Awie sampai Awie g tumbuk dan buang salah sorang ahli Kristal
Masa masuk GV4 Lan block semua ahli Kristal
Sampai jadi isu kenapa dia masuk GV solo tak bincang dengan Awie dan Kristal
Tapi guna nama Kristal
Lepas tu tukar Lan Solo

Kena pulau dengan kawan2
Buka kedai runcit tu
Hari2 keluar cerita bisnes kena aniaya bagai
Orang dengki report lah
Kalau kau berniaga elok
Orang report ke ape pun
Takkan sampai kena saman

Sekarang dah ada banglo
Laki bini mencapub kisah silam
Dah berapa kali ni ulang cerita sama

Tolonglah Nana menang kes saman tu
Quote Straya 19-5-2023 01:34 PM
Sosej murah? Lagi murah dr telur, ikan masin & beras ke?
Quote MissVixen 19-5-2023 01:40 PM
Patut la muka anak kusam dan rempit. Sumbat sosej je nak senang. Padehal banyak alternatif lain makanan mentah murah. Telur ada, sayur seikat baru rm2. Cakap macam2 untuk angkat bakul sendiri. Macam ni punya perangai sepatutnya nana menang saman tu.
Quote tiesza169 19-5-2023 01:52 PM
kerani_je replied at 19-5-2023 12:11 PM
Dah tau susah awat beli sosej buat lauk harian. Sosej pun kategori mknn mahal jgk la. Better beli te ...

Rasanya ct nana pun tgh payah nak survive masa ni kan
Quote LaskarHijayu 19-5-2023 01:56 PM
kerani_je replied at 19-5-2023 12:14 PM
Bini si lan ni sejenis mencapub jgk. Nmpk mcm negative vibes. Masa kes gadoh dgn nana pun,  die beri ...

Dia yg start live chat mengumpat nana dulu kan haha...

Eleeee yg nana byk dpt offer blakon pastu nana usul2kan nama laki dia jd extra tu tak nak mention pullekkkkk... dasarrr...
Quote namieamuro 19-5-2023 01:58 PM
asfaz replied at 19-5-2023 12:54 PM
Yihhhh macam la kau sorang aje susah. Masa nana susah ada kau tolong dia?
Laki kau pun sendiri menga ...

hanat nye pangai jantan ni saje buat2 pangai tak bayar. tah2 sbb ni la kenkawan ko larik mase susah. dh tau pangai ko cemane

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064006 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top