CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Masa Saya Kata Nak Beraya Dengan Ira Kazar?" Syafiq Yusof Bengang, Tak Nak Jawab Apa-Apa Lagi Tentang Syamsul Yusof

19-5-2023 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2147| Komen: 7

Description: Syafiq Yusof terkilan sungguh apabila ada pihak yang sengaja memutar belit kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini mengenai keinginan untuk menyambut hari raya bersama abangnya iaitu Syamsul Yusof.
Syafiq Yusof terkilan sungguh apabila ada pihak yang sengaja memutar belit kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini mengenai keinginan untuk menyambut hari raya bersama abangnya iaitu  Syamsul Yusof.


Disebabkan itu dia kini memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas sebarang isu berkaitan abangnya itu.

Foto: IG

"Saya minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Sebelum ini saya ada cakap yang saya nak beraya dengan abang saya tapi keluar cerita kata saya nak beraya dengan orang lain (merujuk Ira Kazar).

"Ada pula pihak-pihak yang reka cerita datang entah dari mana... benda yang tak ada pun tiba-tiba ada. Sampai saya rasa bila saya cakap macam itu," katanya kepada mStar.



Syafiq juga berharap orang ramai agar tidak mudah mempercayai berita yang diterbitkan daripada blog yang tidak diyakini sumbernya.

Tambah Syafiq, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya keadaan bertambah teruk.



"Saya harap orang jangan percaya dengan blog-blog yang tidak dikenali dan pelik-pelik di laman Facebook.

"Pusing cerita itu satu hal, selepas itu reka pula cerita itu memang fitnah. Harap benda itu tidak berlaku. Kalau teruk sangat saya akan ambil tindakan.

"Macam saya kata sebelum ini, setiap keluarga itu ada masalah dia masing-masing. Cuma keluarga saya ini dikenali sahaja."



Menyentuh mengenai Polis Evo 3, Syafiq berkata dia berlapang dada untuk menerima sebarang kritikan daripada semua pihak mengenai filem berkenaan.

Dia bagaimanapun beranggapan bahawa setiap pengarah juga berhak untuk mengeluarkan pendapat terhadap kritikan yang diterima.



"Saya sentiasa bersedia menerima kritikan... dari dulu memang terima kritikan tapi bagi saya apa salahnya kalau seorang pengarah itu ada pendapat juga.

"Takkan sebagai pengarah saya kena diam sahaja... saya boleh terima pendapat orang, mereka pun kena terima pendapat saya," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeowPARSI 19-5-2023 11:59 AM
Hahaha br ko tau penangan fitnah blog blog,,, dah tau Camtu,,, saman je.. Ni sbb stmt blog blog yg bkn bkn tu jugak laaa si Sarah lumat kene kecam mcm mcm,, x nk bg sesapa putar belit,, video 20,30 saat bg stmt utk clear kan issue pun,, blogger x dpt nak putar belit.. Mmg smpai blog blog hiburan
Quote Diamondmoney 19-5-2023 12:01 PM
Mesti da kena marah dgn tin fat kan . Tah2 kena piat telinga

Padan muka ko sapik. Len kali diam je.. jgn dilayan reput2 ni semua
Quote edoraixora 19-5-2023 12:04 PM
reporter memang suka twist lah nk melakukan artikel, click bait utk tarik viewer
jozan penah buat sketsa pasal ni..


[youtube]GHCpYRQrfIQ[/youtube]

Quote ghalibboy 19-5-2023 12:19 PM
Kat fb memang macam2 tajuk yg sensasi. Kalau hal Putri Sarah , macam2 tajuk2 sensasi yang terbit dan jadi bahan kecaman.
Quote dudaberhias 19-5-2023 12:39 PM
sian jugak... heols duduk elok je diam2 takde kontroversi apa (sebab tak herlok)... tiba2 terpalit sama dengan alkisahhhhh birah merendam gigi pelesu si sol dalam cawan... mujur ciknek masih tegang, utuh dan anjal bukan rhoper sotong kering macam laki2 acik maria paritdah dan pinah jebat dapat... kalau tidak kena rendam ciknek sekali dalam mangkuk selama 3 hari 3 malam nak bagi kembang...

Quote beatgirlX 19-5-2023 12:51 PM
Memula baca pun terkejut jgk kenapa dia blh ckp nak beraya dgn akak ipar baru.. Rupanya x betul...
Quote ReginaGeorge 19-5-2023 03:51 PM
Kaya tak seberapa so kena la jilat… kena menumpang..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.044587 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top