CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Priyanka Chopra Benci Stereotaip Putih Itu Cantik

16-5-2023 11:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 845| Komen: 5

Description: Pernah bergelar Ratu Cantik Dunia atau Miss World sebelum terjun ke dunia lakonan, Priyanka Chopra terkilan apabila ukuran kecantikan di Bollywood masih berpaksikan warna kulit.Sejak dua dekad dalam i ...
Pernah bergelar Ratu Cantik Dunia atau Miss World sebelum terjun ke dunia lakonan, Priyanka Chopra terkilan apabila ukuran kecantikan di Bollywood masih berpaksikan warna kulit.

Sejak dua dekad dalam industri, sehingga kini Priyanka masih berdepan pandangan stereotaip yang disifatkan satu kemunduran fikiran tersebut.


Menyingkap kisah lalu, aktres yang melebarkan langkah di Amerika Syarikat itu pernah dicop bukan kategori gadis cantik kerana mempunyai tona kulit agak gelap.


Kesan daripada pandangan tersebut, isteri kepada Nick Jonas itu pernah berasa rendah diri tetapi lama-kelamaan menangkis pandangan skeptikal tersebut dengan kehebatan bakat yang dimilikinya.

Bukan hanya isu kulit, Priyanka, 40, mendedahkan pernah diminta menurunkan berat badan supaya lebih kurus untuk muncul dalam iklan dan projek komersial lain.

Kini kata ibu kepada seorang anak itu, pandangan sekeliling bukan lagi faktor yang boleh menggoyahkan keyakinan dirinya. Kehidupan di luar negara juga menguatkan jiwa menjadi lebih kental.



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 16-5-2023 12:09 PM
btul la tu..yg penting krus n muka bersih bebas jerawat yachh
Quote greantea 18-5-2023 09:30 AM
memang la benci, sebab dia x putih

tp betul la, x semestinya putih, baru cantik
Quote Yoonggi 18-5-2023 09:40 AM
Stereotype ni bkn takat di Bollywood je. Kt negara Asia pun sama.
Quote sarah_ary2 21-5-2023 07:29 AM
Priyanka ni ada buat mika kan? Muka asal masa dia menang miss world ke universe ritu
Quote heythere123 1-6-2023 05:11 PM
sarah_ary2 replied at 21-5-2023 07:29 AM
Priyanka ni ada buat mika kan? Muka asal masa dia menang miss world ke universe ritu

ada, boleh google untuk muka lama sheols

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.115094 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top