CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hailey Bieber Tak Sabar Timang Cahaya Mata Tapi Takut Anak Jadi Mangsa Kecaman Netizen

16-5-2023 07:45 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 736| Komen: 11

Description: Model Hailey Bieber berkongsi tentang perancangan mempunyai anak bersama suaminya iaitu Justin Bieber dalam satu temu bual baru-baru ini.Menurut laporan Mirror UK, model berasal Amerika Syarikat berus ...
Model Hailey Bieber berkongsi tentang perancangan mempunyai anak bersama suaminya iaitu Justin Bieber dalam satu temu bual baru-baru ini.

Menurut laporan Mirror UK, model berasal Amerika Syarikat berusia 26 tahun itu berkata dia dan Justin sudah bersedia menanti kehadiran cahaya mata namun mengakui takut untuk melalui situasi baharu itu.



"Saya sangat mahukan cahaya mata tetapi saya takut. Cukuplah orang berkata tentang suami dan rakan-rakan saya.

"Saya tidak boleh bayangkan sekiranya anak-anak saya menjadi bahan bualan netizen," katanya.

Sebelum ini, Hailey juga pernah bercakap soal anak dalam temu bual bersama Harper’s Bazaar iaitu tentang usaha yang dilakukan dalam perkahwinan mereka.

Hailey berkongsi tentang bagaimana Justin mahu bergegas pulang setiap kali dia terbang ke suatu tempat untuk bekerja.


"Saya rasa perkahwinan perlu usaha yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Pada akhirnya, dia adalah kawan baik saya tetapi masih memerlukan banyak perkara untuk membuatkan ia berhasil.

"Berkenaan dengan cahaya mata pula, apabila kami ada anak nanti, ia akan menjadi satu lagi tanggungjawab tambahan dalam perkahwinan kami," ujarnya.

Untuk rekod, Hailey dan Justin menjalin hubungan cinta pada 2015 hingga sekitar Januari 2016 dan mereka berpisah.

Pasangan itu kemudiannya menjalin hubungan semula pada Jun 2018 dan bertunang pada Julai berikutnya.

Pada November 2018, Hailey mendirikan rumah tangga dengan Justin dan mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainonymous 16-5-2023 08:26 AM
ntah kenapa acik rasa budak dua ni tak lama. pastu dak Hailey ni meroyan la nanti
Quote cikatilia 16-5-2023 09:49 AM
buruknya dua2
Quote babelina 16-5-2023 10:16 AM
JB tu mcm x btl jer dh.. xnmpk dia tnjuk btl2 syg kn Hailey nie.. Hailey pula nmpk sgt obses ngn JB nie..
Quote mamajawie 16-5-2023 10:27 AM
aku rasa JB dengan selena balik..klu dgan hailey ni x pnah nmpak gmbar jb btul2 senyum nakkan hailey..agitchuu
Quote melinda_kerr 16-5-2023 06:37 PM
Tk pernah suka dua ni… kalau tknk kena kecaman lau tkyhla tayang
Quote gemazny 17-5-2023 02:44 PM
okay thank you next
Quote Yoonggi 18-5-2023 09:51 AM
Baik xyah ada anak dedua ni sbb dua2 pun mcm x stabil je.
Quote marchikobonzo 20-5-2023 11:36 AM
2 2 sama busuk
Quote mimirahim 20-5-2023 08:23 PM
alasa mcm attention seeker sangat. dah sendu, takut la org lupekan die. rhode brand die buat pon sendu. rare beauty gak better
Quote Whatsofunnyth 21-5-2023 01:14 PM
Hailey ni overrated sgt. Tkdepun hal bagus dari dia ni. Fashion? Fashion dia biase je bagi ioll ramai je luar sana yg lagi fashionable dari dia
Quote .N.A. 31-5-2023 08:03 AM
Dulu comei je dak JB ni sejak bela tattoo dah mcm selekeh. Anak David B penuh jugak tatoo tp tk lah nmpk busuk mcm dia ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054497 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top