CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jual rumah di Amerika RM4.8 juta, Amber Heard pindah ke Sepanyol

6-5-2023 10:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 884| Komen: 8|Original author: Tatod

Description: Sejak kalah dalam kes saman terhadap bekas suaminya Johnny Depp sebelum ini, pelakon Amber Heard dilihat mula menjauhkan diri daripada kehidupan glamour Hollywood.Terbaharu, Amber dilaporkan sudah ber ...
Sejak kalah dalam kes saman terhadap bekas suaminya Johnny Depp sebelum ini, pelakon Amber Heard dilihat mula menjauhkan diri daripada kehidupan glamour Hollywood.

Terbaharu, Amber dilaporkan sudah berhijrah ke Madrid, Sepanyol bersama anak perempuannya, Oonagh Paige dan tidak akan kembali ke Amerika Syarikat buat masa ini.



Amber dikatakan gembira dapat membesarkan anaknya jauh dalam suasana normal tanpa perlu bimbang dikejar paparazi setiap masa.

Pelakon filem Aquaman itu juga dilaporkan sudah menjual kediaman mewahnya di Lembah Yucca, California dengan harga AS$1.1 juta (RM4.8 juta).

Oktober tahun lalu, pelakon itu dilihat banyak menghabiskan masa di Sepanyol terutamanya di Palma de Mallorca.

Jun tahun lalu, mahkamah memerintahkan pelakon itu membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny selepas kalah dalam saman mendakwa didera bekas suaminya itu.


Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 6-5-2023 10:48 AM
Baguslah nanti tgkp jerung kt sana plak
Quote ayukpingu 6-5-2023 10:54 AM
matbad replied at 6-5-2023 02:48 AM
Baguslah nanti tgkp jerung kt sana plak

kalau jerung tahu kisah dia ni, jerung tu buat U-turn agaknya
Quote ladybugz 6-5-2023 02:21 PM
tetiba rasa kesian pulak kat dia ni. walaupun teruk dia abuse jony tu. kena mulakan hidup baru n berubahla ke arah yg lebih baik.
Quote alesandra 6-5-2023 04:29 PM
Mesti ada payung.mana dia ada duit  dok kat spain tu
Quote Samerosie 6-5-2023 08:14 PM
Bukan haritu caught on camera berak
merata kat spanish neighbourhood tu ke yg jiran2 complain bau taik sana sini.
Quote nakkomenjugak 7-5-2023 08:42 AM
Never to be heard anymore?
Quote jarikuku 8-5-2023 01:01 PM
kesian terus terumbang ambing life dia lpas kalah dgn abg jony.
Quote sarah_ary2 8-5-2023 06:48 PM
Samerosie replied at 6-5-2023 08:14 PM
Bukan haritu caught on camera berak
merata kat spanish neighbourhood tu ke yg jiran2 complain bau ta ...

Haah yucksss mabuk mabuk kan pastue berak ada cctv video lagi

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044223 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top