View: 962|Reply: 8
|
Jual rumah di Amerika RM4.8 juta, Amber Heard pindah ke Sepanyol
[Copy link]
|
|
Sejak kalah dalam kes saman terhadap bekas suaminya Johnny Depp sebelum ini, pelakon Amber Heard dilihat mula menjauhkan diri daripada kehidupan glamour Hollywood.
Terbaharu, Amber dilaporkan sudah berhijrah ke Madrid, Sepanyol bersama anak perempuannya, Oonagh Paige dan tidak akan kembali ke Amerika Syarikat buat masa ini.
Amber dikatakan gembira dapat membesarkan anaknya jauh dalam suasana normal tanpa perlu bimbang dikejar paparazi setiap masa.
Pelakon filem Aquaman itu juga dilaporkan sudah menjual kediaman mewahnya di Lembah Yucca, California dengan harga AS$1.1 juta (RM4.8 juta).
Oktober tahun lalu, pelakon itu dilihat banyak menghabiskan masa di Sepanyol terutamanya di Palma de Mallorca.
Jun tahun lalu, mahkamah memerintahkan pelakon itu membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny selepas kalah dalam saman mendakwa didera bekas suaminya itu.
Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.
Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah nanti tgkp jerung kt sana plak |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jerung tahu kisah dia ni, jerung tu buat U-turn agaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
tetiba rasa kesian pulak kat dia ni. walaupun teruk dia abuse jony tu. kena mulakan hidup baru n berubahla ke arah yg lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada payung.mana dia ada duit dok kat spain tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan haritu caught on camera berak
merata kat spanish neighbourhood tu ke yg jiran2 complain bau taik sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Never to be heard anymore? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian terus terumbang ambing life dia lpas kalah dgn abg jony. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 6-5-2023 08:14 PM
Bukan haritu caught on camera berak
merata kat spanish neighbourhood tu ke yg jiran2 complain bau ta ...
Haah yucksss mabuk mabuk kan pastue berak ada cctv video lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|