CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Perlu Tergesa-Gesa, Afieq Shazwan Nak Kahwin Pada Usia 30 Tahun

2-5-2023 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 253| Komen: 3

Description: Penyanyi, pelakon dan pengacara Afieq Shazwan, 26, masih tercari-cari kediaman baharu yang lebih selamat memandangkan rumahnya di Klang beberapa kali dilanda banjir.Ia bagi keselesaan dia dan neneknya ...
Penyanyi, pelakon dan pengacara Afieq Shazwan, 26, masih tercari-cari kediaman baharu yang lebih selamat memandangkan rumahnya di Klang beberapa kali dilanda banjir.

Ia bagi keselesaan dia dan neneknya, Puan Noor, 72, yang dipanggil emak supaya tidak lagi bimbang menghadapi banjir di kediaman mereka setiap kali hujan lebat. Namun, masih belum mendapat persetujuan daripada insan tersayangnya itu.



IG

"Saya ada membawa emak ke beberapa kawasan perumahan yang rasanya sesuai untuk kami tinggal di situ, tapi emak lebih memilih untuk terus menetap di kediaman lama. Dia bukan tidak suka, cuma sukar untuk meninggalkan rumah itu.

"Jadi, bagi memastikan emak terus gembira, saya memutuskan biarlah kami tinggal di rumah lama saja buat masa ini. Namun, saya tetap berwaspada setiap kali hujan. Apabila melihat ia (hujan) lebat semacam, saya sudah memindahkan barang penting di tempat tinggi.


"Apapun, saya faham kenapa emak agak berat untuk berpindah ke kediaman baharu. Rumah lama di Klang ini banyak kenangan indah saya bersama tiga kakak membesar bersama," katanya yang kini dalam perancangan membeli kediaman baharu.


IG

Menurut Afieq, dia sudah mampu untuk membeli rumah dengan pendapatan sendiri, namun masih meneliti yang sesuai dan memenuhi citarasa.

Katanya, ada beberapa pilihan tapi dia masih belum buat keputusan dan tidak mahu terburu-buru.

Ditanya mengenai perkahwinan, Afieq berkata, dia meletakkan sasaran ingin berkahwin pada usia 30 tahun.

Katanya, sehingga kini dia juga belum bertemu 'cinta hati' yang bakal menjadi suri hidup.

"Sekarang saya pun sudah berusia 26 tahun dan melihat ramai rakan lain yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Keinginan nak mempunyai isteri memang ada, tapi belum sampai jodoh saja.

"Insya-Allah, saya yakin sampai masa pasti dipertemukan dengan calon wanita yang sesuai. Apapun, buat masa sekarang saya memang fokus pada karier. Alhamdulillah, rezeki dalam cabang seni pun tidak putus.

"Saya ada lagu baharu, drama baharu dan program TV baharu sebagai buah tangan kepada peminat. Terima kasih sudah setia menyokong saya sejak dari dulu sampai sekarang. Saya akan terus bersemangat untuk bekerja keras lagi," katanya.

Mengakui masih selesa membujang, Afieq berkata, dia mahu berbakti kepada keluarganya dulu sebagai anak lelaki tunggal.


IG

Menurut penyanyi lagu Lelaki Di Telefon ini, dia tidak perlu tergesa-gesa untuk menamatkan zaman solo.

Sebelum ini, Afieq pernah menjalin kasih dengan penyanyi Wani Kayrie, 23, selama beberapa tahun sebelum mereka akhirnya mengambil keputusan berpisah pada 2021 dan kini hanya bersahabat baik saja.


SUmber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 2-5-2023 10:28 AM
jgn terhegeh hegeh balik kat wani kairy tuh ye…

Quote Themilo 2-5-2023 11:34 AM
@Kurex ada peluang lagi
Quote Kurex 2-5-2023 01:01 PM
Themilo replied at 2-5-2023 11:34 AM
@Kurex ada peluang lagi

Harap dapat rasa santan apik

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.167554 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top