CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Victoria Beckham Nampak Awet Muda Bukan Sebab 'Plastic Surgery', Cuma Buat Rawatan Laser Rm10k Satu Sesi

24-4-2023 08:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1109| Komen: 13|Original author: Tatod

Description: Bekas anggota kumpulan Spice iaitu Victoria Beckham memaklumkan dirinya tidak akan dimamah usia disebabkan menjalani rawatan wajah.Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada pemain bola sepak te ...
Bekas anggota kumpulan Spice iaitu Victoria Beckham memaklumkan dirinya tidak akan dimamah usia disebabkan menjalani rawatan wajah.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada pemain bola sepak terkenal David Beckham itu mendedahkan melakukan rawatan laser di Ghavami Plastic Surgery di Los Angeles.


Victoria juga memaklumkan bahawa doktor yang merawatnya meyakinnya bahawa wajahnya tidak akan dimamah usia seperti wanita lain.


"Kita tidak boleh undurkan masa tapi kita boleh hentikannya, jadi anda tidak akan menenua dengan rawatan ini.

"Saya pun begitu teruja mendengarnya daripada doktor yang merawat saya," katanya.

Bintang berusia 48 tahun itu juga memaklumkan bahawa dia terpaksa menjaga pemakanan dan tidur yang cukup untuk mendapatkan kulit sepeti yang dia mahukan sebelum ini.

Malah terpaksa memakai pelbagai sejenis barang penjagaan kulit namun hasilnya tidak seperti diharapkan.


Kata Victoria, rawatan yang dilakukan itu benar-benar memberi kesan pada wajah dan kulitnya.

"Saya dah cuba pelbagai perkara termasuk menggunakan barang penjagaan kulit mahal tapi tidak membuahkan hasil namun selepas mendapatkan rawatan di Ghavami saya dapat rasa perbezaan di wajah dan kulit," kongsinya.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 24-4-2023 11:09 AM
Oklah.. mmg nmpk betul perubahan.. mcm ko dh stop tua vic
Quote helicornia 24-4-2023 07:49 PM
Wpun kulit tegang air muka tua tu tetap tk bole elak.lain rupa org muda dgn org tua wpun kulit sama tegang
Quote sayurmayur88 25-4-2023 10:32 AM
untonglah banyak duit, semua nikmat atas dunia boleh dikecapi !!!
Quote delia3003 25-4-2023 11:30 AM
10k/session. Dalam sebulan ntah berapa sesi. Banyak duit, macam2 boleh buat untuk kekal cantik dan awet muda. Setakat puluh2 ribu tu celah gigi je. Sebab tu lah tak heran orang banyak duit maintain cantik, macam2 procedure ada, janji ada duit.
Quote KamikuP 25-4-2023 02:50 PM
Dia ni tak pernahnya nak senyum bila bergambo, kalau senyum gugur susuk gamaknya kot -  kataku memfitnah beliau
Quote shida81 25-4-2023 08:50 PM
Ye la.. Tp x dpt la mkn sedap2... Nk jg kulit la nk jg mkn la.. Tau2 mati je nnti..
Quote Tinot7 25-4-2023 11:10 PM
Tu filter ka bkn?

Tingat iols kat konspirasi teori.. pakai amender tah utk kekal rupa muda..
Quote borrow 27-4-2023 02:53 PM
Mcm2 usaha acikposh ni utk kelihatan cantik Tp oklah setakat ni tak nmpk pelik
Quote Blabbermouth 27-4-2023 03:26 PM
Cash is king. At least dia masih rupa seperti Victoria beckham dan bukanlah seperti ikan buntal seperti artis2 lain bila dah tua
Quote Page88 28-4-2023 05:27 AM
Hhhmmmmm...
Quote marchikobonzo 28-4-2023 12:19 PM
Ada duit, segalanya boleh jadi..kita ni semua cantik nok, kita cuma tak cukup ongkos jahhhh....
Quote crinklecut 30-4-2023 09:54 PM
helicornia replied at 24-4-2023 07:49 PM
Wpun kulit tegang air muka tua tu tetap tk bole elak.lain rupa org muda dgn org tua wpun kulit sama  ...

setuju
Quote blackpaper 1-5-2023 12:42 PM
ok la takde la muka nmpk kna repair yg bukan2.....masih muka victoria wpn dah nampak berusia.....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062151 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top