CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Apadehal, Rachel McAdams Selamba Tayang Bulu Ketiak Untuk Sesi Pemotretan Majalah

20-4-2023 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 983| Komen: 10

Description: Aktres Rachel McAdams mencuri perhatian apabila muncul untuk sebuah sesi pemotretan dengan majalah Bustle tanpa disunting gambarnya.Difahamkan, bintang Mean Girls yang kini berusia 44 tahun itu tidak ...
Aktres Rachel McAdams mencuri perhatian apabila muncul untuk sebuah sesi pemotretan dengan majalah Bustle tanpa disunting gambarnya.

Difahamkan, bintang Mean Girls yang kini berusia 44 tahun itu tidak mahu bentuk tubuh dan penampilan sebenarnya disunting, sebaliknya dia mahu pihak editorial menerbitkan penampilan dirinya dengan suntingan minima.



IG

Salah satu permintaan juga adalah tidak menyunting bulu ketiaknya. Dan menerusi foto yang dirakamkan, McAdams nampak sangat selesa ‘bergaya’ sambil bersandar santai di atas sebuah sofa berwarna merah pekat.

Bulu ketiak McAdams terlihat jelas kerana dia memakai baju tanpa lengan berwarna hitam, sementara pada satu lagi gaya dirinya menyarung dres putih tanpa lengan, bulu ketiaknya juga kelihatan.

Meski tidak memperincikan tindakannya tidak mencukur bulu ketiak dan membiarkan ia dilihat semua orang, Rachel mengatakan dia berhak berbuat apa sahaja terhadap tubuh badannya.


“Dalam sesi pemotretan ini saya memakai pakaian dalam dari latex. Tapi saya sudah mempunyai dua orang anak. Ini badan saya. Saya fikir adalah sangat penting untuk memberi refleksi yang sebenar kepada dunia,” ujar McAdams kepada Bustle seperti dilaporkan DailyMail.uk.’

Dia juga menambah: “Saya rasa adalah okay untuk berasa selesa dengan badan sendiri dan berada dalam keadaan sihat. Namun hal sebegini bergantung kepada pilihan masing-masing.”


IG

Bagaimanapun, menurut artikel sama, bintang yang berkongsi dua anak dengan pasangannya, Jamie Linden itu membenarkan mereka melakukan suntingan yang sangat sedikit terhadap foto yang dirakamkan.

McAdam kini sibuk mempromosikan filem terkininya, Are You There God? It's Me Margaret yang diadaptasi daripada buku popular tulisan Judy Blume.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 20-4-2023 05:13 PM
Duit byk tak kan le tk bole pi buat treatment hair removal.nak buang permanent pun bole.ke mmg rasa sexy ada buluh tiak
Quote bunnyj3lly 20-4-2023 07:58 PM
Feminist katanyaaaaa
Quote orangbiasaje 20-4-2023 08:34 PM
helicornia: Duit byk tak kan le tk bole pi ...


Trend kekdg. Mcm roda berputar. Dulu au naturele, kemudian shaven, sekarang naturel balik, lelama kang shaven balik
Quote alesandra 21-4-2023 12:26 AM
Baru 44? muka tua.zaman2 notebook dia lawa
Quote Perawankota 21-4-2023 07:20 AM
Dia mcmni, kalau femes, kaya, buatlah Apapon semua blh.. cer klu rakyat marhaen yg tunjuk mcmtu, pastu upload kat socmed.. mau setengah rakyat Malaysia dok mengata
Quote msdummy.2018 21-4-2023 02:16 PM
Perawankota: Dia mcmni, kalau femes, kaya,  ...


Benarrrrr sekali katamu itu...cth terdekat..kalo pompuan tetabiaya tuh cntik kemain bekup

Cuba kalo prmon teraniaya tuh hodoh atau beshe2 jer....kemain sakan xckp tanah maki walhal diri tuh kemain kepams
Quote exclusive_vvip 21-4-2023 03:07 PM
Julia Roberts dah buat lebih 20 tahun lepas
Quote borrow 22-4-2023 08:28 PM
tp mcm ada trim jugak. Tk nmpk serabut hehe. Ka mata ai kero
Quote Tinot7 25-4-2023 11:13 PM
Duit dah banyak tu, pi la laser..
Quote marchikobonzo 28-4-2023 12:13 PM
Ewwwwww...geli nok

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062063 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top