CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Wujud Pertengkaran Sejak 2020, Ari Wibowo Tuntut Cerai Dan Hak Penjagaan Anak

18-4-2023 08:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 963| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Ari Wibowo dilaporkan membuat permohonan cerai terhadap isterinya Inge Anugrah pada 3 April lalu.Menurut wakil peguam, aktor berkenaan memfailkan cera ...
Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Ari Wibowo dilaporkan membuat permohonan cerai terhadap isterinya Inge Anugrah pada 3 April lalu.

Menurut wakil peguam, aktor berkenaan memfailkan cerai atas alasan tiada persefahaman dan wujud pertengkaran antara mereka sejak tiga tahun lalu.



Dalam permohonan tersebut, Ari, 53, turut menuntut hak penjagaan dua orang anak mereka kerana mendakwa hubungan mereka lebih rapat dengannya.

"Pertelingkahan berlaku antara Ari dan isteri sejak tahun 2020.

"Pihak Ari juga memohon mahkamah untuk menyerahkan hak penjagaan anak kepadanya dengan alasan hubungan mereka lebih akrab," jelas wakil peguam.


Perbicaraan kes cerai mereka mula berlangsung pada Isnin namun aktor berkenaan gagal hadir ke mahkamah bagi menjalani proses mediasi.

Justeru pihak mahkamah mennagguhkan kes tersebut pada 8 Mei.

Untuk rekod, Ari mendirikan rumah tangga dengan Inge pada 7 Julai 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kenzo dan Marco.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 19-4-2023 07:13 AM
Teringat Ari dulu berlakon dgn Haliza Misbun
Quote marchikobonzo 28-4-2023 04:20 PM
Acik lija boleh masuk jarum

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.260441 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top