CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Han So Hee Mohon Maaf Tak Sempat Layan Peminat Di 'Airport'

17-4-2023 09:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 460| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Pelakon Korea Selatan, Han So Hee tampil membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran tidak dapat menyapa kesemua peminat yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul baru-baru in ...
Pelakon Korea Selatan, Han So Hee tampil membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran tidak dapat menyapa kesemua peminat yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul baru-baru ini.


So Hee menjelaskan dia yang baru tiba dari Los Angeles bagi menghadiri pertunjukan fesyen jenama Dior tidak dapat bermesra dengan peminat kerana tergesa-gesa hendak pulang ke rumah.


Aktres itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih dan rasa terharu kepada semua peminatnya yang sanggup menunggu di lapangan terbang pada lewat malam sekali gus berjanji akan cuba meluangkan masa bersama mereka pada masa akan datang.

"Saya minta maaf jika saya tidak dapat menegur semuanya, saya akan pastikan lainkan tidak akan terjadi perkara seperti itu.

"Saya terlalu sibuk sehingga ada peminat yang tidak sempat saya sapa. Saya minta maaf dan berterima kasih kerana menyambut saya pada lewat malam.




"Saya harap semua orang pulang dengan selamat, terima kasih dan jumpa lagi. Saya harap tiada yang cedera," katanya.

Menerusi ruang komen permohonan maaf itu, peminat meluahkan rasa terharu dengan sikap rendah diri So Hee dan tidak menyalahkannya kerana memahami dia dalam keadaan penat selepas menempuh penerbangan yang panjang.


Sumber: mStar, ALLKPOP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.043421 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top