CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jackie Chan Nak Berlakon Di Malaysia Tahun Depan

5-4-2023 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 708| Komen: 2

Description: Bintang filem ternama Hong Kong, Jackie Chan menyatakan minatnya untuk menjalani penggambaran sebuah filem di Malaysia pada 2024.Beliau yang turut menempa kemasyhuran di Hollywood secara peribadi sang ...
Bintang filem ternama Hong Kong, Jackie Chan menyatakan minatnya untuk menjalani penggambaran sebuah filem di Malaysia pada 2024.

Beliau yang turut menempa kemasyhuran di Hollywood secara peribadi sangat merindui Malaysia dan begitu teruja untuk kembali lagi ke sini.


“Saya yakin penonton di Malaysia akan mengalu-alukan saya menjalani penggambaran di sana (Malaysia). Sebetulnya, sudah ada jalan cerita (filem) yang akan menjalani penggambaran di sana.



“Penerbit juga sudah mengenal pasti beberapa lokasi di Malaysia. Jika semua perkara berjalan lancar berdasarkan rancangan, kami akan melakukan penggambaran filem di sana,” kata Jackie seperti dilaporkan portal berita The Star.

Pelakon berusia 68 tahun itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif di Beijing, China sempena filem baharu lakonannya, Ride On yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Dalam wawancara itu, beliau turut berseloroh memberitahu tidak akan ‘meletupkan’ tempat atau melakukan aksi ‘terbang’ bangunan kali ini dalam lakonan terbaharunya kelak.


Sekalipun tidak berkongsi panjang lebar mengenai filem yang belum memiliki tajuk itu, Jackie, bagaimanapun, memaklumkan, ia bukan filem bergenre aksyen.

Kali terakhir Jackie menjalani penggambaran di Malaysia ialah pada tahun 1991 iaitu filem aksyen Supercop yang turut menampilkan pelakon kelahiran Malaysia yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.

Ketika penggambaran filem berkenaan berlangsung, beberapa jalan sekitar Dataran Merdeka teah ditutup.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-4-2023 10:27 PM
Mesti Ada pelakon Malaysia berlakon sekali tu
Quote lasagna 17-4-2023 08:50 AM
fuhhh kalau dia dtg Msia lagi,
mmg ramai laa sibuk nk tgk shooting dia nti.
lepas tu ramai nk bergambo dgn dia.
kaka sempat bergambo dgn heol masa kat wax museum HK jer.
jadi lahhhh labuuuu..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.050151 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top