CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Justin Bieber Dan Hailey Perlekeh Ibadah Puasa, Netizen Minta Didik Diri Tentang Ramadan

4-4-2023 07:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16080| Komen: 25|Original author: Tatod

Description: Selebriti Justin Bieber isterinya, Hailey Bieber teruk dikecam warganet gara-gara melontarkan pandangan kurang bijak mengenai bulan Ramadan yang sedang dijalani umat Islam di seluruh dunia.Menerusi vi ...

Selebriti Justin Bieber isterinya, Hailey Bieber teruk dikecam warganet gara-gara melontarkan pandangan kurang bijak mengenai bulan Ramadan yang sedang dijalani umat Islam di seluruh dunia.

Menerusi video yang dimuat naik Justin, penyanyi itu berkata, dia tidak pernah berpuasa kerana merasakan dia perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk tidak makan dan minum seharian.

"Saya perlu fikirkannya terlebih dahulu dengan mendalam sebab saya tidak pernah melakukannya. Saya rasa badan saya perlukan nutrisi untuk berfikiran dengan betul," katanya.

Hailey pula menyelar amalan berpuasa di bulan Ramadan dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.


Kata Hailey, terdapat banyak cara lain untuk berpuasa seperti berhenti menonton televisyen dan bermain telefon pintar tetapi bukan makanan.

"Puasa bagi saya tidak masuk akal. Kalau berpuasa televisyen atau telefon bimbit itu saya percaya, tapi kalau berpuasa makanan itu tidak masuk akal.

"Tapi kalau berpuasa gula-gula atau gula minuman itu mungkin sesuai untuk saya," katanya.

Disebabkan kedangkalan pasangan itu tentang Ramadan, peminat meminta mereka belajar tentang ibadah puasa selain menghormati bulan mulia bagi umat Islam ini.

"Nampaknya pasangan ini memang secocok sebab sama-sama kurang bijak.

"Tolong didik diri Justin dan Hailey. Berfikir dengan baik dan cari ilmu mengenai puasa," ujarnya.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 4-4-2023 07:22 PM
Selama ni theyoll waras ke wpun cukup nutrisi?
Quote margo20 4-4-2023 07:58 PM
Korg tak puasa pun mcm tak cukup nutrisi
Quote delia3003 4-4-2023 08:40 PM
Si Hailey ni bukan ke kawan baik dengan Bella Hadid?
Quote doubleharmonic 4-4-2023 10:17 PM
Saya rasa badan saya perlukan nutrisi untuk berfikiran dengan betul," katanya.


selama ni ko tak pernah puasa pon dah macam orang tak betul jah hah babi?
Quote nakkomenjugak 4-4-2023 10:24 PM
Bimbo and bimboy
What to expect?
Nexttttttt
Btw Hailey, still stalk Selena ke?
Cerrr puasa dari jadik copycat Selena
Quote doubleA 4-4-2023 11:30 PM
Tak pernah dengar intermittent fasting ke kalaupun tak diet, dangkal benar pemikiran macam duduk planet zuhal
Quote Nurkaseh01 5-4-2023 01:55 AM
Depa ni tak puasa pun mash tak waras apalagi kalau puasa
Quote Kentot_Wangi 5-4-2023 05:50 AM
Byk bunyikkk plak si Bibir ni.. Panas hati ke selena dgn zayn.. Muahaha...
Quote Mulotkoyak 5-4-2023 07:18 AM
Meh try kecam penyakit si bieber plak...
Quote opie5662 5-4-2023 07:34 AM
Org2 mcm ni la nanti kalau dtg malaysia buat concert, penuh ngan org islam terkinja2 berebut beli tiket mahal dok support diorg..
Quote kamexkame 5-4-2023 08:18 AM
Hope gigi & bella sekolahkan diorg
Quote azimodin 5-4-2023 09:22 AM
Bukan orang islam je puasa la, ada je yg puasa for health benefit. In fact, ada yg buat water fasting berhari-hari, lagi bahaya.
Tapi kan, si Hailey ni iouls tengok "lemau" je, macam xde personality
Quote KamikuP 5-4-2023 10:13 AM
Depa tak tau yg kat bazar ramadan ada jual bubur utk org yg berpuasa
Quote azurro 5-4-2023 10:25 AM
Edited by azurro at 5-4-2023 10:26 AM

Perintah Allah tetap dipatuhi.. Ada rahsia, kebaikan yang kita semua tidak ketahui.
Quote Straya 5-4-2023 11:06 AM
Hailey ni model.takkan la kau tak pernah buat extreme diet nak maintain figure macam papan tu.ntah2 tak makan 1,2 hari pun pernah dia buat.dan2 pulak puasa tak masuk akal.bodo
Quote Beribear 5-4-2023 12:30 PM
Hahaha gelak je boleh dekat dua org ni.. Sbb tu berjodohan. Selamat selena tak dgn ignorant ni
Quote Whatsofunnyth 5-4-2023 01:11 PM
delia3003 replied at 4-4-2023 08:40 PM
Si Hailey ni bukan ke kawan baik dengan Bella Hadid?

Kawan kawan je... Chuollls expect apa??  Hahahaha bella tu bukan yang agamis sangat pun
Quote delia3003 5-4-2023 09:38 PM
Whatsofunnyth replied at 5-4-2023 01:11 PM
Kawan kawan je... Chuollls expect apa??  Hahahaha bella tu bukan yang agamis sangat pun

Si Bella tu mengaku puasa bulan Ramadhan. Buat ke idak tu tak tau.
Quote delia3003 5-4-2023 09:41 PM
Kentot_Wangi replied at 5-4-2023 05:50 AM
Byk bunyikkk plak si Bibir ni.. Panas hati ke selena dgn zayn.. Muahaha...

Fling je kot tapi pusing2 sepusat je diorang ni.

Zayn ex-Gigi. Gigi kawan dgn Taylor S dan Hailey. Selena kawan baik Taylor S

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.067318 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top