CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Halang Bomba Alih Pokok Timpa Kereta Sebab Nak Buat Tuntutan MBSA

29-3-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4596| Komen: 23

Description: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihalang mangsa daripada mengalihkan dahan yang menghempap kenderaan miliknya dalam satu kejadian di Kota Kemuning malam tadi.Pengarah Jabatan Bomba dan Pe ...
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihalang mangsa daripada mengalihkan dahan yang menghempap kenderaan miliknya dalam satu kejadian di Kota Kemuning malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, kejadian berlaku di Jalan Anggerik Mokara pada 8.15 malam itu mengakibatkan sebuah kereta mengalami kerosakan apabila dihempap pokok.



Sebuah kenderaan dihempap sebatang pokok dalam satu kejadian di Jalan Anggerik Mokara, Kota Kemuning, Selangor pada Selasa.

"Pihak bomba cuba untuk membantu mangsa mengalihkan dahan pokok yang menghempap kenderaan miliknya.

"Namun begitu, usaha itu dihalang oleh pemilik kenderaan dengan alasan menunggu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hadir ke lokasi.

"Tindakan mangsa tersebut dipercayai bertujuan membuat tuntutan kepada pihak MBSA," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Ekoran itu menurutnya, pihak bomba hanya mengalihkan dahan di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Katanya lagi, tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam insiden pokok tumbang tersebut.

"Kes diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 29-3-2023 04:08 PM
kalau dalam kawasan parking, kena hempap pokok mmg MBSA kena bayar ganti rugila
tp kalau dalam kawasan perumahan kereta kena hempap pokok, mmg ibarat jatuh ditimpa tanggala je sbb bukan kawasan parking walau MBSA yg tanam pokok tu

Quote B40tastePosh 29-3-2023 04:12 PM
Banyak kan tanam pokok Anggerik sebab Shah Alam Bandar Anggerik
Quote gigahertz 29-3-2023 10:37 PM
Ni mesti cina kalau tak.mesti india..
Diorang cerdik undang2
Quote LadyCarefree 29-3-2023 10:56 PM
tri-max replied at 29-3-2023 03:08 PM
kalau dalam kawasan parking, kena hempap pokok mmg MBSA kena bayar ganti rugila
tp kalau dalam kawas ...

Benar.

Nak selamat hati senang beli je additional coverage utk segala mala macam banjir, pokok tumbang etc etc Bukannya mahal pun.
Quote Skuau 29-3-2023 10:59 PM
Mohon pbt jgn 'memandai' lg tanam pokok area parking...
Quote sharlenetexas 29-3-2023 11:00 PM
Tanam bucida rajin2 cantas.

Quote airfilterkotor 30-3-2023 12:13 AM
Apa... tak reti amik gambar banyak sudut ke owner keta tu sebelum bomba kalih pokok?
Menyusahkan bomba betul.

Ni spesis kalu umah dia sendiri terbakar, elok jer bomba suh dia tunggu wakil insuran mai jengah umah... selepas bersaksikan wakil, baru kami padamkan api.
Quote fefeeling 30-3-2023 12:40 AM
Relevan ke tanam pokok kat area laluan aliran trafik ni? Mcm dr pasar selayang ke jln kuching tu, pokok2 besar kt tgh2 divider sepanjang jalan nyah.. semua menunggu masa je nak reban tu.. yg tepi jln toksah ckp la mmg dah terlalu tua dah pokok2 nye..
Quote Firenzza 30-3-2023 09:00 PM
airfilterkotor replied at 30-3-2023 12:13 AM
Apa... tak reti amik gambar banyak sudut ke owner keta tu sebelum bomba kalih pokok?
Menyusahkan bom ...

Mungkin sbb nk buat claim kt pbt cerewet
Quote MissVixen 30-3-2023 09:06 PM
Mbsa main tanam je pokok. Maintenance teruk. Tanam pulak pokok yang jenis tak kuat akarnya.
Mbsa tak terima aduan ke kalau bagi gambar dari setiap sudut? Kena tengok live ke? Mangsa ni nak maki dan sound mbsa ni depan2 kot. Bukan nak mengadu di fb dan twitter je. Nasib la dia tak jadi lempeng dalam kereta tu.
Quote Firenzza 30-3-2023 09:08 PM
LadyCarefree replied at 29-3-2023 10:56 PM
Benar.

Nak selamat hati senang beli je additional coverage utk segala mala macam banjir, pokok tu ...

Mmg bkn mahal tp pastu ncd hilang...lg2 yg dh 55%
Quote rogayahtop 31-3-2023 04:17 AM
sama je mana2 pun mejelis ni. org tanam pokok2 ulam keliling rumah pun suruh buang. pokok2 tah hape2 ditanamnya keliling taman tak berpaedah langsung spesis pokok tepi2 jalan ni selain jadi hazard.
Quote takayama 31-3-2023 05:25 AM
Mejelis ni tunggu ada yg hempap org br bhg landskap nk potong pokok2 yg dah tua
Area rumah kaka ni entah brp kali komplen br lah pbt dtg potong lps tu bio aje smp kering dekat nak seminggu br kutip
Quote pokokmeranti 31-3-2023 08:09 AM
teringat pensyarah aku sebut, kat Malaysia nie majlis tempatan mmg 'kurang cerdik' tanam pokok macam tak pakai otak. salah satunya tanam pokok renek yg berimbun sampai masuk ke jalan. maintenance pulak lembab. habis kereta tercalar dan masa nak keluar simpang kereta kena terjulur kedepan sbb pandangan mata terhalang disebabkan pokok2 nie menutup sudut pandangan
Quote s@s@ 31-3-2023 08:20 AM
tri-max replied at 29-3-2023 04:08 PM
kalau dalam kawasan parking, kena hempap pokok mmg MBSA kena bayar ganti rugila
tp kalau dalam kawas ...

aku pernah kena kawasan perumahan, luar pagar..... dapat claim
Quote sangbara2020 31-3-2023 08:29 AM
kat umah aku tanam pokok yg daun kecik2 tu
bila gugur menimpa kete aku dh mcm ape je....diselaputi dedaun
Quote azimodin 31-3-2023 08:43 AM
pokokmeranti replied at 31-3-2023 08:09 AM
teringat pensyarah aku sebut, kat Malaysia nie majlis tempatan mmg 'kurang cerdik' tanam pokok macam ...

Kat area taman permainan/laluan jogging rumah aku pulak ditanam pokok yg tak rimbun  tapi tumbuh meninggi & daun jenis "ringan". Bila angin tiup, luruh ala2 sakura masuk halaman rumah. Kat taman permainan tanam la pokok yg rimbun untuk orang berdeduh
Quote tri-max 31-3-2023 10:34 AM
s@s@ replied at 31-3-2023 08:20 AM
aku pernah kena kawasan perumahan, luar pagar..... dapat claim

huntungla, jiran aku tahun lepas kemek enjin kereta ngan atap pagar umahpkok besar patah dua

yg dpat claim hanya pagar, umah, kereta tak bley claim kata PBT bukan kawasan parking
apada nasib


Quote Skuau 31-3-2023 10:36 AM
airfilterkotor replied at 30-3-2023 12:13 AM
Apa... tak reti amik gambar banyak sudut ke owner keta tu sebelum bomba kalih pokok?
Menyusahkan bom ...

dia x pernh nengok citer csi...kot

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.154947 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top