CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wakaf Cermin Mata Jas Vision Di Masjid Ke-54

29-3-2023 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3074| Komen: 0

Description: Butik cermin mata Jas Vision memilih Masjid As-Salam, Chepir sebagai lokasi ke-54 Program Wakaf Cermin Mata untuk kegunaan jemaah yang mengalami masalah penglihatan.Difahamkan, jemaah dari 53 masjid d ...
Butik cermin mata Jas Vision memilih Masjid As-Salam, Chepir sebagai lokasi ke-54 Program Wakaf Cermin Mata untuk kegunaan jemaah yang mengalami masalah penglihatan.

Difahamkan, jemaah dari 53 masjid di seluruh Kedah telah memperoleh manfaat melalui penyediaan 36 bingkai cermin mata di setiap masjid terlibat yang dibekalkan syarikat itu dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.



MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (kanan) bersama-sama Jasniza Jamal (dua kiri) dan suaminya, Abdul Elias Zakaria selepas merasmikan Program Wakaf Cermin Mata untuk kegunaan jemaah di Masjid As-Salam, Chepir, Sik. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

Pemilik Jas Vision Sdn. Bhd., Jasniza Jamal berkata, program itu mula dianjurkan sejak 2007 selepas mendengar keluhan jemaah yang sukar mengikuti aktiviti keagamaan kerana mengalami masalah penglihatan.

“Mereka sering mengadu tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya terhadap program membaca al-Quran, mengaji kitab dan lain-lain aktiviti anjuran jawatankuasa masjid.


“Melalui cermin mata pelbagai ‘power’ yang boleh dipilih jemaah mengikut keperluan mata masing-masing, kita yakin jemaah lebih selesa dan bersemangat untuk beribadat kerana tidak lagi mempunyai masalah dari segi penglihatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Jasniza, bagi memudahkan urusan penyimpanan cermin mata berkenaan, Jas Vision turut menyediakan sebuah almari khas di setiap masjid bagi memastikan peralatan itu tersedia pada bila-bila masa selain memudahkan jemaah menyimpannya kembali selepas digunakan.

“Kita akan membuat penyelenggaraan jika terdapat cermin mata yang disediakan dalam wakaf itu rosak atau menukar baharu untuk membolehkan jemaah terus menggunakan secara berterusan,” katanya.

Berbekalkan pengalaman selama 16 tahun dalam bidang optometri, Jasniza yang dibantu suami, Abdul Elias Zakaria kini mempunyai dua butik cermin mata, masing-masing di Baling yang dibuka pada 2007 dan sebuah lagi beroperasi di Taman Batik, Sungai Petani.

“Perniagaan kami tidak berteraskan kepada menjual cermin mata sebaliknya lebih terarah memberi perkhidmatan merawat mata kepada semua golongan yang mempunyai masalah penglihatan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top