CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kompromi, Kerajaan Tak Campur Tangan Pendakwaan Kes Profil Tinggi

29-3-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2442| Komen: 2

Description: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi atau campur tangan dalam proses pendakwaan membab ...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi atau campur tangan dalam proses pendakwaan membabitkan kes berprofil tinggi di negara ini sebaliknya ia akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya secara profesional dan berintegriti.


"Setakat ini, tiada kompromi dari segi mutu pendakwaan yang dijalankan di mahkamah bagi kes berprofil tinggi.

"Oleh itu, adalah tidak benar untuk mengatakan terdapat campur tangan dalam perkara ini," katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen, semalam.


FB

Beliau menjawab soalan dikemukakan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang mahu mengetahui apakah jaminan kerajaan untuk tidak campur tangan dalam urusan mahkamah terutama terhadap kes mahkamah berprofil tinggi.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, setiap keputusan untuk mendakwa mana-mana individu yang dibuat oleh Peguam Negara adalah berdasarkan keterangan yang mencukupi dan mantap, selaras kuasa Pendakwa Raya yang diperuntukkan oleh Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.


"Keputusan sama ada untuk mensabitkan atau melepaskan mana-mana orang yang dituduh terletak pada budi bicara mahkamah berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang mahu mengetahui perkembangan siasatan dakwaan kempen Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) turut dibiayai dana daripada syarikat perjudian, Azalina memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan.

"Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tindakan mengkaji dan meneliti maklumat berkaitan untuk dibangunkan sebagai asas penyiasatan SPRM," katanya.

Menjawab tindakan kerajaan terhadap dakwaan politik wang pada PRU-15 yang dikemukakan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Azalina berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil maklum mengenai dakwaan dan laporan isu pemberian wang semasa pilihan raya lalu dan jika dilakukan ia adalah perbuatan rasuah.

"Terdapat beberapa kes berkaitan isu seumpamanya telah diambil tindakan undang-undang melalui pemfailan Petisen Pilihan Raya.

"Oleh demikian bagi menghormati prinsip 'sub judice', SPR menyerahkan proses perundangan itu dilaksanakan pihak mahkamah dengan sewajarnya," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 29-3-2023 02:55 PM
Nampak jantan terus sheols ni ya
Quote Firenzza 29-3-2023 03:42 PM
Kita tgok kes wak dulu...klau buang kes baru komen

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.046605 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top