CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat RM100 Dalam Masa 3 Jam- Lelaki OKU Beri Alasan Terpaksa Mengemis Untuk Beli Makanan Dan Sara Isteri Sakit

29-3-2023 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2460| Komen: 1

Description: Kota Bharu: Terpaksa mengemis demi menyara isterinya yang sakit dan berada di Thailand, alasan yang diberikan seorang lelaki warga asing (OKU) fizikal.
Kota Bharu: Terpaksa mengemis demi menyara isterinya yang sakit dan berada di Thailand, alasan yang diberikan seorang lelaki warga asing (OKU) fizikal.
  
Lelaki berusia 49 tahun yang kudung kaki kiri dari paras paha akibat penyakit kencing manis dan saraf memberitahu, dia terpaksa mengemis dan menebalkan muka disebabkan tidak mampu melakukan pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan.


Katanya, dia datang pada Jumaat lalu menggunakan feri dan menaiki kereta sewa dari Pengkalan Kubor, Tumpat ke Kota Bharu dan mendakwa menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu.


Foto: Harian Metro

"Tujuan saya datang ke sini selain untuk mencari wang bagi menyara isteri yang sakit, saya juga memerlukan wang untuk makan," katanya ketika Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan, di Kota Bharu, semalam.

Operasi berkenaan membabitkan pegawai dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.


Seramai 14 pengemis dan gelandangan termasuk lapan warga asing dicekup ketika mengemis di kawasan kaki lima di sekitar pusat bandar di sini.

Pengemis itu ketika ditemui berkata, dia menyedari kehadiran pihak berkuasa ketika sedang mengemis, namun tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa diangkat ke dalam trak bersama pengemis lain.

Katanya, hasil daripada mengemis dia mampu memperoleh antara RM50 hingga RM100 dalam masa tiga jam apabila mengemis di kaki lima bank.

"Saya tidak mempunyai pilihan lain kerana untuk menampung kehidupan saya dan isteri, saya terpaksa mengemis di jalanan dengan mengharapkan simpati orang ramai.

"Tambahan pula sekarang ini adalah bulan Ramadan, pengunjung yang simpati dengan keadaan saya akan menghulurkan sumbangan dan saya hanya duduk menadah tangan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 29-3-2023 02:39 PM
mahal weh
kalah gaji B40 sehari

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.266501 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top