CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mengadu diugut bunuh, Selena Gomez minta netizen henti buli Hailey Bieber

26-3-2023 09:22 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 483| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: PenyanyiSelena Gomez akhirnya bersuara tentang perselisihan dengan Hailey Bieber dan mendedahkan model itu menghubunginya selepas mendapat ancaman bunuh.Selena, 31, memohon kepada peminatnya untuk ber ...

Penyanyi Selena Gomez akhirnya bersuara tentang perselisihan dengan Hailey Bieber dan mendedahkan model itu menghubunginya selepas mendapat ancaman bunuh.

Selena, 31, memohon kepada peminatnya untuk berhenti menyebarkan negativiti serta membuli isteri kepada penyanyi Justin Bieber itu.

"Hailey memberitahu saya dia menerima ugutan bunuh dan kata-kata negatif daripada orang ramai. Ini bukan apa yang saya mahu.

"Tiada siapa yang patut menerima kebencian dan dibuli. Saya selalu memperjuangkan kebaikan dan berharap agar budaya negatif ini dihentikan," katanya.


Selena berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Susulan daripada kenyataan Selena, Hailey memberi maklum balas dan mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Love You Like a Love Song itu kerana telah bersuara.

Kata Hailey, mereka sudah berbincang untuk move on daripada perselisihan yang berlaku.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Selena kerana telah bersuara. Kami sudah berbincang beberapa minggu lalu untuk move on daripada segala naratif berterusan antara dia dan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Hailey turut memberitahu platform media sosial yang sepatutnya menjadi penghubung telah menjadi tempat perbalahan.

"Beberapa minggu kebelakangan ini adalah sangat sukar untuk semua orang yang terlibat. Berjuta orang melihat banyak kebencian di sekeliling kita dan ini sangat bahaya.


"Walaupun media sosial adalah cara luar biasa untuk menghubungkan dan membina komuniti, saat ini seperti hanya mewujudkan perpecahan, bukannya menyatukan orang ramai," katanya.


Sebelum ini, hubungan Selena dan Hailey didakwa dingin gara-gara model itu dikatakan merampas Justin daripada penyanyi berkenaan.


Sejak Justin dan Hailey berkahwin, pasangan itu sering menjadi sasaran netizen dan menunjukkan rasa kasihan terhadap Selena.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote doridori_hi 27-3-2023 05:43 PM
Mcm2 jenis peminat ada.. skeri
Quote hokeypokey 26-3-2023 09:43 AM
hailey muka ko keras cam jantan, lgsg tak comel..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.111546 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top